PENYUSUAN DI BULAN RAMADHAN

Nukilan Mama Ain


PENYUSUAN DI BULAN RAMADHAN                                                                                                                                                                        


First sekali, ibu itu hendaklah yakin bahawa dia mampu untuk menghasilkan susu sebanyak yg diperlukan oleh bayinya walaupun dia berpuasa. Sebab ibu yang positif dan mempunyai emosi yang stabil adalah antara faktor kejayaan penyusuan, walau nampak macam tak saintifik.



Seperti yg kita tahu, penghasilan susu pada masa fasa ketiga, iaitu selepas kelahiran tidak bergantung sepenuhnya kepada hormon, tetapi kepada kekerapa penyusuan. Ini juga bermakna, penghasilan susu juga tidak bergantung kepada berapa kerap ibu minum air atau tak minum air....Itu pun tak penting...Cumanya untuk pastikan ibu tak dehydrated masa puasa, maka eloklah ibu2 minumlah sebanyak air yg mungkin masa berbuka sampai ke sahur....~ 2-3 liter air lagi bagus. Ibu tak perlu minum susu untuk menghasilkan susu....minum air mineral lagi OK. Masa sahur, minum air at least 2-3 gelas (kalau boleh minum lebih banyak lagi bagus) dan beberapa biji kurma untuk membekalkan tenaga segera. Pada masa bulan puasa, sistem perkumuhan badan kita akan "adjust" dengan tidak menghasilkan urin dan peluh yang banyak. Maka ini akan mengurangkan air yang akan hilang dari badan.

Untuk ibu yang memerah susu mereka, teruskan kekerapan perahan seperti biasa, waktu pagi dan malam. Walaupun selepas memerah susu ibu tidak minum, tapi insyaAllah susu akan terus terkumpul dan akan boleh diperah lagi dalam 2-3 jam kemudiannya. Itulah uniknya kejadian dan aturan yang Allah buat...Dari mana susu ni datang? Ha...badan kita mempunyai lemak tersimpan yang cukup untuk menghasilkan susu. Dalam sehari ibu memerlukan dalam 500 kalori tenaga untuk menghasilhan susu dan tenaga ini di belakkan oleh lemak yang tersedia ada dalam badan kita. So, "kesan sampingan" meneruskan penyusuan di bulan Ramadhan ini, ialah ia dapat mengurangkan kandungan lemak yang terlebih tu!

Dr Zaharah Sulaiman
Konsultan Laktasi
Hospital USM Kelantan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Healthy R Us Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez