Proses Penghasilan Susu

Nukilan Mama Ain
Proses Penghasilan Susu

Mari kita kenali bagaimana proses penghasilan susu tu berlaku supaya kita ni tidak lah di tipu bulat2 oleh orang lain.
credit

Susu yang terhasil daripada breast bukanlah bergantung pada saiz breast dan jenis puting ye. Harap maklum.

Kata orang.." badan kecik,breast kecik, maka susunye mmg banyak..org gemuk, breast besar, susu sikit"

Kasihan saya kalau saya jadi orang gemuk.. aduhai...sedihnye saya.. Saiz breast tu sebenarnye tergantung kepada komposisi lemak didalamnye. Breastfeeding ni adalah proses demand-n-supply. kerap kita menyusukan anak atau mengepam, banyaklah susu yang akan terhasil. Jadi siapa kata makin kerap pam, susu akan susut..itulah adalah MITOS shj.

Jom kita kaji anatomi breast kita...



Nipple dan areola ni akan berubah saiz ( membesar ) sepanjang mengandung. Sebab ia membantu anak kita utk 'shoot' nanti

bijik2 kt areola tu dipanggil 'Montgomery gland'. Tugas MG ni, menghasilkan minyak asli ( dlm minyak tu ada enzim yang dpt bunuh bakteria ) yang berfungsi untuk membersihkan, melicinkan dan melindungi puting sepanjang kita mengandung dan menyusukan anak.

Jadi untuk mengekalkan minyak asli, cuci breast kita dengan air sahaja. penggunaan sabun, losyen akan menghapuskan minyak asli tadi.

Jangan korang tak tau..Setiap puting ada 15-20 lubang untuk mengeluarkan susu.


Apabila bayi menyusu, rahang dan lidah bayi tadi akan menekan bahagian areola dan puting untuk menghisap dan menyebabkan susu keluar dan mengalir terus ke dalam mulut bayi.

LET DOWN REFLEX (LDR)

Bagaimana tubuh kita merespon pada hisapan bayi ?

Hisapan bayi akan meransang saraf2 yang ada dikawasan areola & puting. Rangsangan inilah yang membawa mesej pada kelenjar pituitari di otak kita supaya merembeskan hormon oksitosin & prolaktin.

Bagaimana breast kita merespons pada hisapan bayi ?

Prolaktin akan memberi isyarat kepada alveoli untuk menukarkan nutrien dalam darah spt gula dan protein kepada susu.

Oksitoksin pula akan menyebabkan sel2 di kawasan alveoli terangsang (meregang) dan berlaku pengeluaran susu oleh' milk duct'

bila LDR dah berlaku...

-bayi akan mula menghisap-menelan ( sebab susu dah keluar)
-susu meleleh pada breast sebelah
-rasa rahim mcm kejang ( ni masa awal2 slps bersalin. sebabnye, pengecutan rahim berlaku)
-rasa dahaga

LDR jugak boleh berlaku tanpa disengaja

- bila teringat bayi kita
- bila terdengar tangisan bayi kita/ bayi orang lain
- apabila masa menyusu tiba
- apabila kita terangsang

Untuk memberhentikan pengaliran susu dikala LDR tanpa sengaja ini, buat tangan mcm berpeluk tubuh, letak tangan atas nipple. Kemudian tekan pada bahagian nipple sampai susu berhenti.

Atau cara lain, pakai nursing pad.

GANGGUAN LDR

1. gangguan emosi -sedih,marah, tension, takut, risau
2. letih
3. posisi yang tidak betul ketika penyusuan
4. bayi menyusu terlalu singkat
5. sakit pada breast ( puting luka / kesakitan slps bersalin )
6. pembengkakan breast

KEADAAN YANG MEMBANTU LDR

1. cari tempat yang aman dari gangguan
2. pasang muzik yang sentimental
3. tarik nafas 4-5kali sebelum menyusu/mengepam
4. tgk gambar bayi
5. mengurut bahagian breast

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Healthy R Us Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez