Tips berpuasa tanpa mengganggu pengeluaran susu ibu

Nukilan Mama Ain


Assalamualaikum…
Alhamdulillah, ramai yang dah mula berpuasa di bulan Sya’ban bagi meraikan kehadiran Ramadhan. Tak kurang juga ibu-ibu yang menyusu mula bertungkus-lumus menyediakan stok untuk bulan puasa.

Benarkah puasa boleh membuatkan pengeluaran susu berkurang?
Jawapannya TIDAK SAMA SEKALI terutama jika si ibu memastikan perkara berikut dilakukan. Tips mudah ini nampak mudah namun untuk dapatkan hasil pengeluaran yang berterusan si ibu perlu istiqamah.
a. Memastikan ibu minum sekurang-kurangnya 1-2 liter bermula dari jam 8 pm sehingga waktu sahur   [ hari sebelum berpuasa]
b. Memastikan bangun sahur dan mengambil makanan yang membantu ibu bertenaga sepanjang hari. Nasi berlauk, sayuran dan buah , kurma (sebaiknya ikut sunnah 7 biji atau nombor ganjil) dan air glukos jika ada.
c. Ibu tetap mengepam dengan konsisten di pejabat. Elakkan mempunyai sesi perahan yang lama iaitu melebihi 3 jam kerana ini akan menyebabkan hormon prolaktin menurun.
d. Amalkan berbuka dengan makanan yang seimbang, lengkap dengan sayur dan buah. Ibu perlukan makanan yang membantu membekalkan tenaga.
e. Memandangkan adakala kita makan sedikit sahaja ketika berbuka, maka pastikan selepas solat terawih, kita mendapatkan makanan yang seimbang pada ketika moreh.
f. Banyakkan berdoa dan solat sunat sepanjang berpuasa , semoga rezeki anak kita sentiasa melimpah dan dirahmatiNya. Sesungguhnya rezeki ini datang dari ALLAH jua.

Perlukah si ibu mengambil supplement?
Jawapannya, bergantung kepada si ibu sendiri. Tiada paksaan dan ianya bukan satu kewajipan sama sekali.
Jika si ibu mampu melaksanakan perkara yang disarankan di atas dan mendapati tubuhnya tetap bertenaga dan mampu melaksanakan tugas harian dengan baik, maka tidak perlu mengambil supplement.
Ibu yang memerlukan supplement ialah ibu yang mendapati dirinya lemah longlai, tidak bertenaga, mudah moody dan keletihan sehingga tidak dapat melaksanakan tugas sebagai ibu dan isteri di rumah. Namun ada juga golongan yang tetap mengambil supplement walau mempunyai kesihatan fizikal yang baik atas sebab mahukan stamina yang berterusan.
Bagi saya secara peribadi, jika nak amalkan supplement…ia adalah hak individu. Tiada siapa yang lebih memahami diri kita kecuali kita sendiri. Jika kita sihat dan tetap nak amalkan supplement, tidak salah kerana kita memegang pada prinsip dalam tawakal perlu ada usaha. Ia sebagai satu usaha agar badan kita bertahan terutama bagi ibu yang menyusu.

Sebaiknya bersahur dengan makanan berat dan berkhasiat ya. Tapi kalau dah tak sempat, InsyaAllah pengambilan Performance Drink, Energizing Soy Protein dan Mealshake dapat membantu untuk bertahan.
p/s- tips yang diberikan istimewa untuk pelanggan Healthy R Us sahaja.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?
Hubungi saya di mama.tasnim@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 019-3347834 untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Healthy R Us Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez