Susu Berbau Tengik, Kenapa?

Nukilan Mama Ain
Enzim Lipase
Seringkali ibu-ibu baru agak keliru dan ragu-ragu dengan bau tengik susu yang telah dibekukan atau susu perahan yang diperah yang telah diletakkan di dalam peti ais lebih dari sehari. Ini adalah biasa dan bukan kerana susu kita itu telah rosak atau basi tetapi oleh kerana adanya enzim lipase (sistem pencernaankita) yang ada di dalam susu kita. Lagi tinggi kandungan lipase itu maka lagi tengiklah bau susu kita itu. Lipase ini adalah enzim yang berfungsi untuk memecahkan/menguraikan lemak yang terkandung di dalam susu itu untuk memudahkan proses pencernaan. Lagi lama susu itu dibekukan/disejukkan akan terbentuklah 2 lapisan lemak di dalam susu kita itu di mana ia bertindakbalas di dalam susu kita. Oleh itu ibu-ibu baru janganlah berasa gusar atau susah hati jika susu kita berbau tengik dan perlu diingat setiap dari kita bau tengik itu tidak sama bergantung kepada individu tersebut dan jangan buang susu tu yer....kerana tengik tidak bermakna susu itu rosak atau basi. Untuk pengetahuaan semua ada satu teknik di mana teknik 'scalding' ini dilakukan sebelum kita membekukan susu kita itu untuk mengelakkan bau tengik itu.

Apa itu SCALDING?
Teknik memanaskan susu dengan suhu api yang perlahan dan tutup api sebelum ia mengeluarkan buih. Gunakan api yang perlahan. Tetapi melalui pengalaman rakan saya, susu tetap berbau tengik dan ia masih menjadi pertikaian di kalangan expert penyusuan kerana kita sedia maklum bahawa susu ibu tidak boleh dimasak.

Rujuk link ini http://www.kellymom.com/bf/pumping/lipase-expressedmilk.html

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Healthy R Us Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez