Adakah susu ibu boleh tercemar?

Nukilan Mama Ain
Perbincangan tentang susu ibu boleh tercemar di TV3: WHI

1. Adakah susu ibu boleh tercemar?
Boleh tetapi kebarangkaliannya sangat rendah, kerana susu ibu adalah susu HIDUP, manakala susu formula adalah susu mati. Ini bermakna dalam susu ibu terdapat antiviral, antifungal dan antibakteria yang akan melawan viral, bakteria dan fungal dari luar.

2. Adakah ubat-ubat yang boleh menyebabkan susu tercemar?
Ubatan untuk rawatan kemoterapi boleh memberi kesan kepada susu ibu tetapi ubatan lain adalah selamat.

3. Payudara adalah kawasan yang steril
Semua ibu digalakkan untuk menyusu secara terus dari payudara setaip kali bersama bayi kerana ia adalah kawasan yang steril berbanding botol susu atau alatan lain. Ini kerana, ‘askar-askar’ dalam susu ibu aktif jika keluar dari payudara, maka askar-askar itu akan memberi pertahanan kepada sistem tubuh bayi.
Keadaan adalah berbeza dengan susu yang diperah keluar dan disimpan. Askar-askar tersebut akan tidur dalam suhu yang rendah. Apabila dipanaskan, askar ini perlu berlawan dengan bakteria-bakteria yang telah muncul dalam susu ibu. Namun begitu bakteria itu tidaklah memberi kesan kepada bayi kerana askar-askar dalam susu ibu menjadi benteng pertahanan pertama dengan bakteria tersebut

4. Bolehkah Susu ibu basi?
Susu ibu tidak akan basi atau bertukar menjadi keju. Susu ibu akan tercemar semasa proses perahan yang tidak bersih atau tercemar.

5. Susu ibu mempunyai kepelbagaian rasa.
Keistimewaan susu ibu adalah ia mempunyai rasa yang berbeza-beza mengikut menu harian ibu. Keunikan itu akan menyediakan bayi dengan pelbagai rasa sebelum memulakan makan pejal. Kebiasaannya, bayi yang menyusu jarang menjadi bayi yag cerewet makannya (picky eater).

6. Susu ibu boleh bertukar warna
Seperti juga rasa, susu ibu boleh bertukar warna mengikut apa yang dimakan oleh ibu.

7. Menguruskan badan selepas bersalin dengan penyusuan ibu.
Dynaz, selebriti yang menyusukan anaknya mengakui beliau menguruskan badan dengan mengamalkan rejim penyusuan badan sahaja. :)

8. Peranan Majikan dalam memberi sokongan
Majikan diseru agar menyokong penyusuan susu ibu sepenuhnya kerana ia boleh membantumeningkatkan mutu kerja pekerja. Pekerja yang mempunyai anak yang sihat akan lebih gembira keluar bekerja. Selain itu, penyediaan tepat khas untuk memerah susu dan peti ais untuk penyimpanan susu juga amat digalakkan sebagai tanda sokongan kepada penyusuan susu ibu.

credit: Mummy Miqhael

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Healthy R Us Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez