Panduan Penyimpanan Susu Ibu

Nukilan Mama Ain

Panduan Penyimpanan Susu Ibu

Sebelum anda membuat persiapan untuk mengetahui tentang penyimpanan susu ibu, anda perlu tahu dulu istilah-istilah yang digunakan untuk susu ibu itu sendiri. Antaranya yang penting ialah:
  • EBM - express breast milk
  • FRESH EBM - susu yang baru diperah
  • CHILLED EBM - susu yg sudah diperah, dan disejukkan di dalam peti ais (bukan di rungan beku / freeze). Ia akan membentuk 2 lapisan (BUKAN BASI YE...)
  • FROZEN EBM - susu yang dibekukan.
  • THAWED EBM - susu beku yang telah dicairkan, dan tidak boleh dibekukan semula setelah dicairkan.

Bekas Yang Sesuai Digunakan

1. Bekas kaca (the best), tetapi sukar dikendalikan dan perlukan kos yang tinggi.
2. Bekas plastik atau botol susu (BPA FREE).
3. Bekas plastik berbucu keras seperti tupperware.
4. Bekas dadid - boleh digunakan sehingga 3 kali SAHAJA.
5. Breastmilk storage dlm bentuk liner khas untuk penyimpanan EBM.

Kadar / Tempoh Ketahanan Susu Ibu
1. Suhu Bilik
  • Bilik tak de aircond (suhu antara 25C - 37C) - tidak lebih 4 jam.
  • Bilik ade aircond (suhu antara 15C - 25C) - antara 6-8 jam, dimana suhu perlu stabil, maksudnye aircond sentiasa 'on' sepanjang masa.
2. Dalam Fridge/Freezer

  • Cooler bag/box - tahan antara 12 - 24 jam.
  • Peti sejuk 2 pintu - bahagian beku (suhu antara -18C - -20C), boleh tahan hingga 3 bulan, bahagian pintu bawah ( suhu antara 0C - 4C), boleh tahan 3-7 hari (sebelum  dibekukan) dan 24 jam (selepas dibekukan).
  • Peti sejuk 1 pintu - bahagian beku, 2 minggu
  • Freezer - tahan antara 6 bulan
 
 

Kaedah Penyimpanan

1. Pastikan kuantiti mencukupi setiap kali penyusuan. Contohnya, jika bayi minum 2oz tiap kali penyusuan, letakkan susu sebanyak 2-3 oz bagi setiap bekas.
2. Simpan di dalam bekas yang bersih dan tertutup.
3. Labelkan bekas dengan tarikh dan masa perahan dilakukan.
4. Simpan di dalam peti sejuk, di bahagian paling atas dan paling dalam peti sejuk bagi memastikan suhunya lebih stabil.
5. Jika susu ingin dibekukan, pastikan bekas tidak diisi terlalu penuh, maksudnye ada ruang untuk pembekuan susu berlaku.

EBM Basi?

EBM tidak mungkin akan basi, jika anda mengambil langkah2 penjagaan dan penyediaan dengan kaedah yang betul. Sewaktu penyimpanan berlangsung, mungkian akan berlaku perubahan dari segi warna dan rasa. Tetapi itu tidak bermakna ebm anda basi.Asalkan anda menjaga kebersihan sewaktu pengepaman atau perahan, menyimpan ebm dengan cara yang betul, memanskan ebm dengan cara yang betul, maka insyaAllah akan mengelak terjadinya ebm basi.

Jadi, ingatlah bahawa susu ibu adalah yang terbaik untuk anak anda.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Healthy R Us Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez