Raikan Ramadhan dengan Mighty 3 Gems

Nukilan Mama Ain 0 comments


Raikan Ramadhan dengan Mighty 3 Gems

Alhamdulillah Ramadhan menjelma lagi. Popular sebagai ‘Pesta Ibadah’ kerana dari siang ke malam dalam bulan ni kita penuhi dengan ibadah. Siang-puasa, malam-terawih; tadarus dan sebagainya.
Ibadah puasa bertujuan untuk merasai kehausan, kelaparan, kepenatan.. pelbagai hikmah di sebaliknya samada dari segi rohani mahupun fizikal. Namun kegiatan harian harus diteruskan seperti biasa. Malah Rasulullah SAW dan para sahabat berjuang di Perang Badar di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.
Ibadah ini tersembunyi 1001 rahsiah hikmah dari Allah Taala. Malah Allah sendiri yang memberi pahala untuk orang berpuasa.
Jom ikuti program raikan Ramadhan bersama Mighty 3 Gems, untuk pengalaman Ramadhan yang lebih bermakna. Sesuai untuk:-
  • Ibu mengandung
  • Ibu yang menyusukan anak
  • Pekerja yang menjalankan kerja menggunakan tenaga seperti mekanik, etc.
  • Warga tua
  • Kanak-kanak terutama yang sedang belajar berpuasa
  • Pelajar
  • Sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan kebaikan Mighty 3 Gems!
mighty 3 gems
Ia juga adalah amalan saya sekeluarga. Alhamdulillah selama bertahun set ini membantu saya menyusukan anak-anak saya, sambil meneruskan puasa dan ibadah lainnya.
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Berminat?
Hubungi saya di mama.tasnim@yahoo.com atau SMS ke 019-3347834 untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Kebaikan Vitamin C

Nukilan Mama Ain 0 comments

Adakah anda perlukan vitamin C? Sebenarnya soalan ini tidak perlu ditanya lagi, sebaliknya “Vitamin C yang manakah yang paling efektif?”
Vitamin C adalah sejenis vitamin arut air, yang bianya didapati dalam buah-buahan sitrus, beri dan sayuran. Apakah fungsi vitamin C ni?

Fungsi Vitamin C

  • ANTIOKSIDAN – diperlukan untuk memerangi radikal bebas dalam tubuh, mencegah kanser
  • MENINGKATKAN FUNGSI METABOLIK TUBUH – terlibat dalam membina dan memperbaiki tisu, meningkatkan fungsi kelenjar adrenal dan membina gusi yang sihat.
  • MENGELAKKAN ATHEROSCLEROSIS – arteri mengeras apabila timbunan kolesterol jahat (LDL. vitamin C merendahkan paras LDL dan menaikkan paras HDL.
  • PEMBENTUKAN & PEMELIHARAAN KOLAGEN – kolagen tubuh memerlukan vitamin C
  • IMUNITI – meningkatkan imuniti
  • SERAP ZAT BESI
  • SINGKIR TOKSIN – Vitamin C bergabung dengan toksin dalam badan seperti logam berat dan membuangnya dari tubuh

Kesan Kekurangan Vitamin C

  • Luka lambat sembuh
  • Gusi mudah luka dan berdarah
  • Kelesuan melampau
  • Sakit sendi
  • Mudah diserang selesema
  • Stress
  • Kulit kering

Interaksi  Positif Vitamin C dan Vitamin/Mineral/Ubat Lain

  • Amat bagus diambil bersama Vitamin E. Meningkatkan potensi Vitamin C
  • Ambil bersama iron tapi jangan dalam megadose. Ikut arahan label.

Interaksi  Negatif Vitamin C dan Vitamin/Mineral/Ubat Lain

  • JANGAN ambil vitmin C dengan ubat diabetes kerana ia boleh mengurangkan kesan ubat itu.
  • JANGAN ambil vitamin C dengan Aspirin kerana boleh mengganggu perut.

Ikut Arahan DOS PADA LABEL, kerana…

  • Menyebabkan oksidasi (adverse effect, ia tidak lagi menjadi antioksian) jika diambil berlebihan oleh pesakit buah pinggang.
  • Menyebabkan bayi dalam kandungan menghadapi simptom kurang vitamin C apabilalahir jika ibunya mengambil lebih daripada 5000mg (LIMA RIBU, BUKAN LIMA RATUS) Vitamin C semasa hamil.
Vitamin C terbaik adalah yang diperbuat dari bahan semulajadi dan terpilih,kerana vitamin C memerlukan bioflavonoid yang meningkatkan keberkesanan Vitamin C untuk diserap oleh tubuh kita.
vitamin c shaklee

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Berminat?
Hubungi saya di mama.tasnim@yahoo.com atau SMS ke 019-3347834 untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.



-------------------------

NASA Mengeluarkan Kenyataan Matahari Akan Terbit dari Barat

Nukilan Mama Ain 0 comments

NASA Mengeluarkan Kenyataan Matahari Akan Terbit dari Barat


Nasa Mengeluarkan Kenyataan Matahari Akan Terbit Dari Barat – Kenyataan dari NASA berhubung Matahari keluar dari arah sebelah BARAT. Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.
NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”.
Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!
Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.
Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.
Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
NASA confirms possibility of sun rising from the west:
NASA Mengeluarkan Kenyataan Matahari Akan Terbit dari Barat
TEORI QURAN VS TEORI BARAT
Kalau di kaji dengan teliti, teori yang dijelaskan Al-Quran ini agak berbeza dari teori-teori barat. Yang pertama, Al-Quran menjelaskan bulan yang menyebabkan bumi bertukar arah. Al-Quran menunjukkan perkaitan yang erat dan rapat antara bumi dan bulan. Tetapi teori barat tidak ‘nampak’ pun peranan bulan dalam proses kejadian ini.
Yang ke-duanya, teori Al-Quran nampak lebih jelas dan mudah difahami, malah boleh dibuktikan melalui ujikaji makmal. Sedangkan teori barat tidak dapat diuji dalam makmal dan tidak menunjukkan keadaan matahari akan naik dari barat! Kalau berlaku perlanggaran yang teramat dahsyat (dengan komet yang besar), maka bumi akan hancur! Perlanggaran ‘kecil’ (seperti yang berlaku di Mexico) tidak akan dapat menukar putaran bumi. Lagi pun sekiranya komet melanggar bumi dari “arah yang salah” ianya mungkin akan menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang misalkan dari 24 jam kepada 10 jam sahaja/hari. Sekiranya bumi berputar pada kelajuan ini, maka kelajuan objek yang berada pada permukaan equator (atau khatulistiwa) ialah kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan segala-galanya yang ada dipermukaan bumi seperti rumah, bangunan, tumbuhan, pohon kayu, dan manusia serta binatang-binatang akan berterbangan.
Lagi pun untuk membolehkan bumi perputar pada arah bertentangan, komet yang melanggar bumi mesti pergerak pada kelajuan lebih dari 2 kali kelajuan putaran bumi iaitu 3,300 km/jam (sekiranya saiz komet sama besar dengan saiz bumi), dan mesti melanggar bumi pada sudut dan lokasi yang tepat. Kalau ianya melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak akan ‘terbit dari barat’.
Yang ke-tiga, teori Al-Quran adalah lebih tepat sebab tidak berlaku kerosakkan yang besar kepada makhluk di bumi. Sekiranya berlaku kemusnahan yang besar (misalnya bumi hancur), maka ini bermakna sudah “betul-betul kiamat” dan bukannya lagi “hampir kiamat”. Di dalam hadith di atas menjelaskan selepas matahari naik dari barat maka segala amalan dan taubat tidak diterima lagi, dan dajal akan turun ke bumi (ini menunjukkan manusia masih lagi hidup di bumi, dan berjalan seperti biasa).
Tambahan pula Al-Quran menyatakan (15:76) manusia akan melihat jalan-jalan tetap tegak, nampak seperti biasa tanpa sebarang kerosakan, dan masih boleh dilalui.
Ke-empat, penjelasan Al-Quran lebih menyeluruh dan dari teori barat. Ahli sains telah mendapati bahawa terdapat ‘2’ jenis permukaan bulan iaitu permukaan yang cerah (yang sentiasa mengadap bumi), dan permukaan gelap (yang sentiasa membelakangi bumi). Ke dua-dua permukaan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang amat ketara seperti warna, daya graviti, kandungan bahan-bahan, ketumpatan dan kemampatan, keradioaktifan, dan sebagainya. Oleh itu apabila bulan merekah ia akan merubah polar graviti, mengeluarkan tenaga elektromagnetik yang boleh menyebabkan daya graviti dan magnet bumi bertindak balas.
Sumber: Nizarazu.com

PERFORMANCE DRINK - MELENGKAPKAN HARI ANDA

Nukilan Mama Ain 0 comments
Keistimewaan Performance Drink (Sport Drink)

Jualan pada harga ahli di bulan puasa - PERFORMANCE DRINK RM66 sahaja... Dapatkan ia hari ini!!!



Bulan Puasa
Performance Drink
Kita biasa dengan minuman untuk sukan (minuman isotonik) yang biasa dijual di kedai. Adakah semua tu sama nilainya dengan Performance Drink? Mungkin tidak, yang dijual di kedai itu lebih murah. Namun ternyata Performance Drink jauh lebih baik, kenapa?
Sebabnya:
1. Performance Drink kurang gula (less sugar).
2. Performance Drink bersifat isotonik iaitu mempunyai kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Jadi ia lebih mudah diserap untuk menaikkan kadar gula dalam darah ke peringkat sepatutnya, dengan segera – kurang penat.
3. Performance Drink mengandungi sedikit natrium bagi mempercepatkan penyerapan cecair oleh tubuh – kurang haus.
Golongan yang sesuai mengambil Performance Drink:
1. Mereka yang aktif bersukan.
2. Mereka yang berpuasa (diambil semasa sahur dan berbuka).
3. Mereka yang menghidap gout.
4. Ibu yang menyusukan anak.
5. Mereka yang kurang minum air.
6. Mereka yang kerap sakit kepala.
7. Bila rasa nak demam, atau sedang demam.
8. Kanak-kanak yang demam.
9. Menggantikan minuman ringan terutama yang berkarbonat.
….dan banyak lagi.
Dapatkan Performance Drink dari kami dan nikmati diskaun serta Bonus menarik hanya dari kami. 019-3347834.

Amalan Yang Boleh Dilakukan Wanita Ketika Haid

Nukilan Mama Ain 0 comments
Amalan Yang Boleh Dilakukan Wanita Ketika Haid

Haid adalah hukum fitrah yang telah ditentukan oleh Allah, yang mana mendatangkan banyak faedah dan nikmat yang tidak diberikan kepada seorang lelaki. Tambah-tambah di bulan Ramadhan...

Saat paling indah?? Yer, sangat indah dan feveret momen kerana dapat makan tanpa rasa bersalah...

Buat kuih raya sepanjang hari lalu tiru Maria Tunku Sabri, 'satu untuk kuih, satu untuk saya' ? Wajib buat...

Membeli belah di tengah panas, Jalan TAR etc dan xsempat balik rumah, dalam kereta dah teguk milo ais...Kenapa tidak..?

Haid di bulan Ramadhan
Untung nye jadi wanita

                                   
Seronok kan? Tapi keseronokan tu tak dapat ditandingi dengan keberkatan mencari Lailatul Qadar di sepuluh malam terakhir :'(

So what we have to do? Makan pil supaya tak didatangi haid sepanjang Ramadhan? No way, it will ruin your hormone and period cycle. Menangis dan menyesal dicipta sebagai perempuan lalu mengomel 'Untunglaaaa jadi lelakiiiiii'? Don't. Because:

“Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran).(Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. “(An-Nisa’:32)

Hal-hal yang dilarang dilakukan oleh wanita haid, dan wanita nifas: 

  1. Solat
  2. Puasa
  3. Memasuki masjid (terdapat ikhtilaf dikalangan ulama]
  4. Perceraian , wanita haid tidak boleh dicerai,namun harus menunggu hingga ia suci.
  5. Berhubungan / bersetubuh suami isteri
  6. Membaca Al-Qur’an (ada perbezaan pendapat) dan menyentuhnya
  7. Tawaf

 Mungkin kita terlalu memandang kepada ibadah-ibadah khusus sehingga terlupa tentang ibadah yang lain. Jadi, apakah yang boleh dilakukan oleh wanita ketika haid dan nifas?


Amalan ketika haid dan nifas:

1. Memberi makan orang yang berpuasa. Pahalanya adalah sama dengan orang berpuasa. Bayangkan haid 7 hari, setiap hari sediakan untuk 3 orang berbuka puasa, maka anda akan dapat pahala puasa untuk 21 hari. Untung tak? Perlu diingat, makanan yang disediakan adalah sekurang2nya sebiji kurma dan segelas air pun sudah memadai.
2. Melakukan kerja-kerja rumah.
3. Membaca buku / menambahkan ilmu pengetahuan.
4. Berdoa.
5. Berzikir.
6. Beristighfar.
7. Berselawat.
8. Bersedekah.
9. Ziarah orang sakit.
10. Berdakwah.
Dan banyak lagi.


Maka raikanlah Ramadhan penuh kesyukuran kerana kita, seorang wanita.

Set Berpuasa - Set Mighty Triple Gems

Nukilan Mama Ain 0 comments
Set Berpuasa - 3 Serangkai

Set ini sesuai untuk semua dibulan Ramadhan. Jualan untuk Ramadhan kali ini agar semua pelanggan terutama ibu-ibu menyusu kekal cergas disamping menyusu bayi anda dengan berkualiti.

Ia terdiri daripada Energizing Soy Protein (ESP), Performance Drink dan Mealshake.

Harga Runcit RM308

Tawaran sah sehingga 20 Ramadhan sahaja.

SET BERPUASA - SET MIGHTY TRIPLE GEMS


DOA RAMADAN 

“Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima olehMu melalui jalan 
keredaanMu serta keredaan rasulMu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, 
demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, 
Tuhan sekalian alam”. 

O Allah, on this day, make my fasts worthy of appreciation and acceptance, according to what 
pleases You, and pleases the Messenger, the branches being strengthened by the roots, for the 
sake of our leader, Muhammad, and his purified family. Praise be to Allah, the Lord of the worlds.


Salam Ramadhan!
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya. Ya Allah, berkatilah amalan kami.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Berminat?
Hubungi saya di mama.tasnim@yahoo.com atau SMS ke 019-3347834 untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.


Tips minum air 3 liter di bulan Ramadhan

Nukilan Mama Ain 0 comments


Assalamualaikum…
Bila masuk bulan Ramadhan ramai yang risau tak dapat minum air 3 liter sehari dan tak dapat istiqamah pengambilan supplemen. Jadi, saya kongsikan sedikit tips supaya kalau tak dapat 3 liter pun paling kurang dapatla dalam 2 liter air sehari.
    ibu menyusu
  1. Sediakan sebotol air masak sebagai indicator yang ada tulis berapa liter boleh muat. Lebih senang beli yang 1 liter atau 1.5 liter. Tak payah ulang-alik isi banyak kali.
  2. Setiap kali ambil supplemen, ambil bersama 2 gelas air. Satu gelas lebih kurang 200ml~250ml. Jadi kalau ambil 3 kali iaitu selepas berbuka, sebelum tidur dan selepas sahur, paling kurang akan minum 600ml air kan.
  3. Bawa sebotol air masak semasa pergi solat terawikh. Setiap kali lepas 2 rakaat boleh minum air sikit-sikit.
  4. Letak sebotol air masak di tepi katil. Kalau terjaga tengah malam boleh minum sikit. Atau bila bangun je sebelum nak masak nasi untuk sahur minum sikit air.
Tak susah sebenarnya, cuma bila kita tak biasa, itu yang menyebabkan kita rasa susah. Tapi kalau tak bermula dari sekarang, bila lagi? oh ye, dengan pengambilan air yang banyak juga membuatkan kita dapat mengawal nafsu makan. Jadi, takde la makan overload kan.
Salah satu kebaikan puasa adalah dapat merehatkan perut tapi kalau berbuka kita makan sebanyak-banyaknya maka, makin tersiksalah perut. Silap-silap lebih tersiksa dari bulan tak puasa.
Akhirnya, puasa adalah tarbiyyah dari Allah untuk mendidik kita supaya bertaqwa.
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu berpuasa agar kamu BERTAQWA. (Surah al-Baqarah:183)
Jadi masa bulan ni, kita lebih mudah melatih diri untuk lebih mendekati Allah kerana syaitan dah dirantai. Dan semoga dengan latihan sebulan ni, kita dapat berjuang berhabis-habisan untuk menentang syaitan untuk 11 bulan berikutnya.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Berminat?
Hubungi saya di mama.tasnim@yahoo.com atau SMS ke 019-3347834 untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Breastfeeding : Punca Masalah dan Penyelesaian

Nukilan Mama Ain 0 comments


Assalamualaikum..
Ramai yang beranggapan penyusuan susu ibu mudah tetapi apabila menghadapi sedikit masalah, maka mulalah ibu berputus asa dan terus memberikan susu formula. Sebenarnya setiap masalah ada penyelesaiannya. Saya kongsikan sedikit situasi, masalah dan penyelesaiannya.
Kes pertama :
Aisyah seorang surirumah dan mempunyai seorang bayi berusia 3 bulan. Beliau berusaha menyusukan anaknya walau dalam keadaan beliau sakit di bahagian tempat pembedahan semasa melahirkan anaknya itu. Namun adakala beliau merasa sangat ngilu ditempat bahagian pembedahan itu dan disebabkan kerana itu beliau terpaksa adakala memberi anaknya dengan susu formula sementara menunggu kesan sakitnya hilang. Lama kelamaan suami beliau meminta agar penyusuan berlangsung untuk setakat itu kerana tidak mahu isterinya merasa sakit terutama mengiring untuk menyusukan anaknya dengan susuibu.
Punca masalah :
Sakit ditempat bekas pembedahan. Apabila sakit hormon menjadi tidak stabil. Otak akan lebih tertumpu kepada kesan sakit dan sistem tidak dapat berfungsi dengan baik kerana otak tidak fokus kepada penyusuan.
Penyelesaian :
Dapatkan rawatan agar luka tersebut cepat baik. Apabila tiada lagi kesakitan, otak akan lebih fokus kepada apa yang sedang diusahakan.
………………………………………………………………………………………………………….
Kes Kedua
Fatim adalah seorang pegawai salah sebuah syarikat swasta. Beliau menyusukan anaknya yang berusia 7 bulan. Sejak akhir-akhir ini beliau merasakan susunya merundum dengan teruk sekali walaupun beliau telah membuat perahan yang konsisten setiap hari iaitu setiap 3 jam.Kehidupan beliau sangat hectic, yang mana biasanya beliau akan memanaskan lauk yang dibeli dari luar untuk makan malam atau memasak lauk yang sangat simple untuk makan berdua bersama suami. Beliau cuba mencari alternatif iaitu apa jua milk booster bagi mengatasi masalah kerunduman susu yang dilaluinya.
Punca masalah:
Fatim sangat keletihan dan mungkin pengambilan makanannya sangat tidak seimbang dan tidak mengikut saranan dalam piramid makanan yang dicadangkan oleh kementerian kesihatan.
Penyelesaian :
Fatim digalakkan untuk memastikan beliau mendapat cukup zat melalui pengambilan makanan hariannya. Jika wujudnya kekangan melalui makanan, pengambilan supplement merupakan salah satu alternatif. Ianya boleh dibeli atau dapatkan melalui klinik kesihatan yang berdekatan.
………………………………………………………………………………………………………….
Kes ketiga :
Saerah baru sahaja memulakan kerjanya selepas bercuti dua bulan kerana berpantang melahirkan anak keduanya. Beliau berniat untuk menyusukan anaknya dengan susuibu setelah mendapat pendedahan kebaikan susuibu. Namun beliau memberi alasan sibuk dan tidak mampu untuk mengepam di pejabat. Namun beliau teruja dengan cadangan kawan-kawannya yang mengamalkan pengambilan supplement brand XXXX yang dikatakan boleh membanyakkan susuibu. Beliau mencubanya dan kesannya sangat hampa dan mengatakan brand XXXX tidak bagus.
Punca masalah :
Saerah tidak memahami konsep asas penyusuan susuibu. Penghasilan susuibu berlandaskan konsep permintaan dan pengeluaran. Lebih banyak yang diminta maka lebih banyak yang ditawarkan. Bermaksud lebih banyak penyusuan secara langsung @ direct feeding / kekerapan perahan @ consistantly pumping maka lebih banyak susu yang dihasilkan. Makanan tambahan atau milk booster tidak akan memberi kesan apa2 ke atas penghasilan susuibu jika konsep asas ini tidak difahami.
Penyelesaian :
Saerah perlu pandai membahagikan masa dipejabatnya untuk membuat jadual perahan berkala iaitu perahan yang konsiten supaya penghasilan susuibu telah berlangsung dengan berterusan.
………………………………………………………………………………………………………….
Kes Keempat
Rohaiza seorang kakitangan kerajaan dan beliau seorang yang kuat semangat untuk menyusukan anaknya. Beliau sangat yakin dengan amalan pemakanan yang sihat demi memastikan susuibu yang dihasilkan memberi kesan yang sangat baik pada perkembangan anaknya. Namun satu hari beliau telah disahkan mendapat penyakit kurap kulit di belakang badannya. Beliau diminta oleh doctor menghentikan penyusuan susuibu kerana beliau terpaksa bergantung dengan kesan ubat yang sangat tinggi untuk membaik pulih kesihatan beliau.
Punca masalah
Penyakit yang dilaluinya berpunca dari pemakanan yang tidak seimbang hakikatnya beliau mungkin kekurangan zat terutama vitamin yang berkaitan dengan sistem imunisasi. Beliau hanya bergantung dengan seorang panel doktor tanpa mencari alternatif lain untuk merawat penyakitnya itu.
Penyelesaian
Sebenarnya beliau boleh mendapatkan beberapa pendapat doctor bagi merawat sakitnya itu. Setiap doktor mempunyai pandangan dan cara perawatan yang berbeza. Beliau boleh mendapatkan khidmat nasihat pakar pemakanan jika mahu menggunakan perawatan melalui pemakanan dan bukan semata bergantung dengan perubatan sahaja.
………………………………………………………………………………………………………….
Kes Kelima
Suzi seorang peminum coffee tegar. Beliau mendapati penghasilan susuibunya semakin merosot dan makin merosot walaupun membuat perahan yang konsisten. Suzi mudah penat dan stress walaupun bekerja hanya seorang guru sekolah.
Punca masalah
Coffee mengandungi kafien. Sifat kefien merosakkan semua zat vitamin yang sedia ada dalam tubuh manusia. Sifat vitamin sangat fragile. Ianya mudah musnah apabila pengambilan kafien yang banyak, keletihan melampau, panas terik dan stress. Secara tidak langsung ia boleh mengganggu penghasilan susuibu.
Penyelesaian
Suzie boleh kurangkan pengambilan minuman coffee dan menggantikan dengan teh yang rendah kafien bagi membantu menjaga semua zat makanan yang sedia ada dlm badan ibu.
Nama-nama di atas cuma rekaan semata-mata. Ini cuma beberapa contoh. Sekiranya anda menghadapi masalah lain, jangan segan-segan untuk hubungi saya. InsyaAllah saya akan cuba membantu.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Berminat?
Hubungi saya di mama.tasnim@yahoo.com atau SMS ke 019-3347834 untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Tips berpuasa tanpa mengganggu pengeluaran susu ibu

Nukilan Mama Ain 0 comments


Assalamualaikum…
Alhamdulillah, ramai yang dah mula berpuasa di bulan Sya’ban bagi meraikan kehadiran Ramadhan. Tak kurang juga ibu-ibu yang menyusu mula bertungkus-lumus menyediakan stok untuk bulan puasa.

Benarkah puasa boleh membuatkan pengeluaran susu berkurang?
Jawapannya TIDAK SAMA SEKALI terutama jika si ibu memastikan perkara berikut dilakukan. Tips mudah ini nampak mudah namun untuk dapatkan hasil pengeluaran yang berterusan si ibu perlu istiqamah.
a. Memastikan ibu minum sekurang-kurangnya 1-2 liter bermula dari jam 8 pm sehingga waktu sahur   [ hari sebelum berpuasa]
b. Memastikan bangun sahur dan mengambil makanan yang membantu ibu bertenaga sepanjang hari. Nasi berlauk, sayuran dan buah , kurma (sebaiknya ikut sunnah 7 biji atau nombor ganjil) dan air glukos jika ada.
c. Ibu tetap mengepam dengan konsisten di pejabat. Elakkan mempunyai sesi perahan yang lama iaitu melebihi 3 jam kerana ini akan menyebabkan hormon prolaktin menurun.
d. Amalkan berbuka dengan makanan yang seimbang, lengkap dengan sayur dan buah. Ibu perlukan makanan yang membantu membekalkan tenaga.
e. Memandangkan adakala kita makan sedikit sahaja ketika berbuka, maka pastikan selepas solat terawih, kita mendapatkan makanan yang seimbang pada ketika moreh.
f. Banyakkan berdoa dan solat sunat sepanjang berpuasa , semoga rezeki anak kita sentiasa melimpah dan dirahmatiNya. Sesungguhnya rezeki ini datang dari ALLAH jua.

Perlukah si ibu mengambil supplement?
Jawapannya, bergantung kepada si ibu sendiri. Tiada paksaan dan ianya bukan satu kewajipan sama sekali.
Jika si ibu mampu melaksanakan perkara yang disarankan di atas dan mendapati tubuhnya tetap bertenaga dan mampu melaksanakan tugas harian dengan baik, maka tidak perlu mengambil supplement.
Ibu yang memerlukan supplement ialah ibu yang mendapati dirinya lemah longlai, tidak bertenaga, mudah moody dan keletihan sehingga tidak dapat melaksanakan tugas sebagai ibu dan isteri di rumah. Namun ada juga golongan yang tetap mengambil supplement walau mempunyai kesihatan fizikal yang baik atas sebab mahukan stamina yang berterusan.
Bagi saya secara peribadi, jika nak amalkan supplement…ia adalah hak individu. Tiada siapa yang lebih memahami diri kita kecuali kita sendiri. Jika kita sihat dan tetap nak amalkan supplement, tidak salah kerana kita memegang pada prinsip dalam tawakal perlu ada usaha. Ia sebagai satu usaha agar badan kita bertahan terutama bagi ibu yang menyusu.

Sebaiknya bersahur dengan makanan berat dan berkhasiat ya. Tapi kalau dah tak sempat, InsyaAllah pengambilan Performance Drink, Energizing Soy Protein dan Mealshake dapat membantu untuk bertahan.
p/s- tips yang diberikan istimewa untuk pelanggan Healthy R Us sahaja.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?
Hubungi saya di mama.tasnim@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 019-3347834 untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Zinc Complex

Nukilan Mama Ain 0 comments

Product Name : Shaklee Zinc Complex
Servings per Container : 120 Tablets.
Serving Size : 1 Tablet per day.

Metabolik Semulajadi
Zink hadir di dalam semua sel tubuh badan sebagai sebahagian daripada tindakbalas enzim di mana ianya terlibat di dalam pelbagai aktiviti biokimia. Zink perlu untuk tumbesaran dan perkembangan tubuh badan.
1) Satu tablet membekalkan 100% nilai harian bagi zink.
2) Zink adalah faktor di dalam mengekalkan kesihatan yang baik, dan membantu tubuh badan memetabolismekan
    karbohidrat, lemak dan protein.
3) Dirumus dengan zink glukonat yang mempunyai bio yang tinggi di dalam bes alfalfa dan barli panggang.
4) Dengan rumusan sayur-sayuran.

masalah rambutZink Dapat Meningkatkan Daya Ingatan dan Tempoh Penumpuan

Campuran suplemen zink ke dalam sajian bagi mereka yang sedang menuntut di sekolah membawa kepada peningkatan daya ingatan dan tempoh penumpuan.
Berdasarkan penyelidikan awal yang dijalankan di Pusat Penyelidikan Pemakanan Manusia Grand Forks, Jabatan Pertanian Amerika di Utara Dakota, dalam kajian tersebut, kanak-kanak yang diberi zink sebanyak 20mg dalam lima hari seminggu selama 10 hingga 12 minggu mempunyai daya ingatan yang lebih baik dan tempoh penumpuan yang lebih panjang berbanding dengan mereka yang tidak menerima suplemen zink.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

sumber : Shaklee Malaysia

Proses Penghasilan Susu

Nukilan Mama Ain 0 comments
Proses Penghasilan Susu

Mari kita kenali bagaimana proses penghasilan susu tu berlaku supaya kita ni tidak lah di tipu bulat2 oleh orang lain.
credit

Susu yang terhasil daripada breast bukanlah bergantung pada saiz breast dan jenis puting ye. Harap maklum.

Kata orang.." badan kecik,breast kecik, maka susunye mmg banyak..org gemuk, breast besar, susu sikit"

Kasihan saya kalau saya jadi orang gemuk.. aduhai...sedihnye saya.. Saiz breast tu sebenarnye tergantung kepada komposisi lemak didalamnye. Breastfeeding ni adalah proses demand-n-supply. kerap kita menyusukan anak atau mengepam, banyaklah susu yang akan terhasil. Jadi siapa kata makin kerap pam, susu akan susut..itulah adalah MITOS shj.

Jom kita kaji anatomi breast kita...



Nipple dan areola ni akan berubah saiz ( membesar ) sepanjang mengandung. Sebab ia membantu anak kita utk 'shoot' nanti

bijik2 kt areola tu dipanggil 'Montgomery gland'. Tugas MG ni, menghasilkan minyak asli ( dlm minyak tu ada enzim yang dpt bunuh bakteria ) yang berfungsi untuk membersihkan, melicinkan dan melindungi puting sepanjang kita mengandung dan menyusukan anak.

Jadi untuk mengekalkan minyak asli, cuci breast kita dengan air sahaja. penggunaan sabun, losyen akan menghapuskan minyak asli tadi.

Jangan korang tak tau..Setiap puting ada 15-20 lubang untuk mengeluarkan susu.


Apabila bayi menyusu, rahang dan lidah bayi tadi akan menekan bahagian areola dan puting untuk menghisap dan menyebabkan susu keluar dan mengalir terus ke dalam mulut bayi.

LET DOWN REFLEX (LDR)

Bagaimana tubuh kita merespon pada hisapan bayi ?

Hisapan bayi akan meransang saraf2 yang ada dikawasan areola & puting. Rangsangan inilah yang membawa mesej pada kelenjar pituitari di otak kita supaya merembeskan hormon oksitosin & prolaktin.

Bagaimana breast kita merespons pada hisapan bayi ?

Prolaktin akan memberi isyarat kepada alveoli untuk menukarkan nutrien dalam darah spt gula dan protein kepada susu.

Oksitoksin pula akan menyebabkan sel2 di kawasan alveoli terangsang (meregang) dan berlaku pengeluaran susu oleh' milk duct'

bila LDR dah berlaku...

-bayi akan mula menghisap-menelan ( sebab susu dah keluar)
-susu meleleh pada breast sebelah
-rasa rahim mcm kejang ( ni masa awal2 slps bersalin. sebabnye, pengecutan rahim berlaku)
-rasa dahaga

LDR jugak boleh berlaku tanpa disengaja

- bila teringat bayi kita
- bila terdengar tangisan bayi kita/ bayi orang lain
- apabila masa menyusu tiba
- apabila kita terangsang

Untuk memberhentikan pengaliran susu dikala LDR tanpa sengaja ini, buat tangan mcm berpeluk tubuh, letak tangan atas nipple. Kemudian tekan pada bahagian nipple sampai susu berhenti.

Atau cara lain, pakai nursing pad.

GANGGUAN LDR

1. gangguan emosi -sedih,marah, tension, takut, risau
2. letih
3. posisi yang tidak betul ketika penyusuan
4. bayi menyusu terlalu singkat
5. sakit pada breast ( puting luka / kesakitan slps bersalin )
6. pembengkakan breast

KEADAAN YANG MEMBANTU LDR

1. cari tempat yang aman dari gangguan
2. pasang muzik yang sentimental
3. tarik nafas 4-5kali sebelum menyusu/mengepam
4. tgk gambar bayi
5. mengurut bahagian breast

Bahaya Vitamin C Sintetik – Merosakkan DNA

Nukilan Mama Ain 0 comments


Assalamualaikum…
Kini ramai yang mengambil suplemen sebagai tambahan kepada nutrisi harian. Ini adalah kerana pelbagai faktor sekeliling yang menyebabkan sesetengah orang berpendapat “Saya perlukan suplemen”. Walau bagaimana pun, adakah anda benar2 perlukan suplemen? Dan, adakah anda memerlukan suplemen yang anda sedang ambil itu? Maksud saya, vitamin sintetik (sekiranya ada).
Ramai orang yang telah bertukar dari vitamin sintetik, atau vitamin yang tidak diketahui adakah ia natural atau sintetik; bila cuba vitamin Shaklee, mereka mengakui “lain”. Apa yang lainnya?
Ya pasti lain antara bunga asli dengan bunga plastik.
Namun, perbezaannya bukan setakat itu saja. Vitamin  sintetik memberi kesan lebih dari cuma “sintetik”.
Vitamin C
Vitamin Sintetik umpama buah plastik
Dalam satu kajian yang dibuat oleh University of Leicester, London, 500 mg vitamin C sintetik mempunyai kesan antioksidan dan pro-oksidan dalam masa yang sama! Bermakna walaupun ia menghapuskan radikal bebas dalam tubuh, pada masa yang sama mereka juga menghasilkan radikal bebas!
Kajian berkaitan juga pernah dibuat oleh seorang profesor dari Mount Sinai School of Medicine, New York tentang kerosakan yang dibuat oleh vitamin C sintetik ini.  Beliau berkata bahawa Vitamin C sintetik adalah tidak sama langsung dengan vitamin C dalam buat sitrus, yang mana vitamin C dalam buah bertindak sebagai antioksidan. Manakala vitamin C dalam suplemen sintetik ni adalah agen radox- yakni bertindak sebagai antioksidan pada masa yang sama sebagai pro-oksidan. Akibatnya, ia menyebabkan kerosakan sel seterusnya kerosakan DNA.
Vitamin C sintetik adalah asid askorbik yang dibuat dalam makmal tidak mampu bertindak seperti vitamin C yang sebenar kerana ia cuma ada asid askorbik tanpa komponen2 lain vitamin C seperti bioflavonoids, rutin dan lain-lain.
Jadi, sila berhati-hati dalam pemilihan suplemen. Pilihlah suplemen semulajadi kerana ia diperbuat dari sumber vitamin C yang asli, bukan semata-mata asid askorbik. Kajian menunjukkan asid askorbik tidak memberikan kesan seperti vitamin C tanpa kehadiran bioflavonoids dan komponen2 lain.
Jom dapatkan Vitamin C dengan penghantaran percuma hanya pada bulan ini (Julai 2012). Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?
Hubungi saya di mama.tasnim@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 019-3347834 untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Healthy R Us Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez