Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

Masalah penyusuan, pemakanan dan perahan susu

Nukilan Mama Ain 0 comments
                                        
 
Masalah Penyusuan Susu ibu
  1. Puting leper atau tenggelam 
    • Bayi masih boleh menyusu walaupun puting leper kerana bayi perlu merangkum areola untuk mendapatkan susu
    • Penyelesaian -perlu yakin tentang kebolehan menyusu
        • Gunakan picagari/pam untuk tarik piuting keluar 
        • Potong hujung picagari sebelah masuk ubat. 
        • Kemudian ambil penekan di bahagian belakang, masukkan penekan tadi dibahagian yang telah dipotong. 
        • Ibu boleh menarik penekan picagari perlahan-lahan secar berterusan tetapi dengan tekanan lembut
  2. Bengkak payudara
    • Berlaku kerana samada bayi tidak menyusu dengan kerap, diberi susu formula atau bayi menghisap dari puting sahaja
    • Penyelesaian 
      • tuam payudara dengan tuala panas
      • perah payudara perlahan-lahan untuk melembutkannya
      • pastikan bayi menghisap dari aerola
      • susuilah bayi anda kerap
  3. Puting luka
    • Berlaku kerana bayi menghisap dari puting payudara
    • Penyelesaian 
      • pastikan bayi menghisap dari aerola
      • beri bayi hisap dari payudara yang tidak sakit dahulu
      • bila susu mengalir baik, beralihlah ke payudara yang sakit
      • selepas menyusu, masukkan hujung jari anda ke  penjuru mulut bayi
      • alihkan bayi dari puting anda perlahan-lahan
      • sapukan puting yang sakit dengan sedikit susu anda
      • elakkan penggunaan sabun atau losyen pada puting
Pemakanan Untuk Ibu
  • perlu ambil makanan seimbang untuk pastikan badan anda mendapat bekalan kalori, protein, vitamin dan mineral secukupnya untuk keperluan diri dan bayi anda
  • amalkan pemakanan yang seimbang berasakan piramid pemakanan
    • banyak sekali ambil dalam bentuk bijirin, 
    • makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran
    • makan sederhana nasi
    • makan sedikit 
  • anda digalakan minum 6 ke 8 gelas air sehari. Anda juga boleh menambah  pengambilan air dari sup dan buah-buahan
Memerah susu
Tujuan memerah susu ibu
  • membekalkan susu kepada bayi yang terpisah dari ibunya
  • meningkatkan penghasilan susu
  • membekalkan susu kepada bayi yang sakit atau bayi pramtang yang belum bersedia menghisap susu ibu
  • melegakan bengkak payudara atau duktus yang tersumbat 
  • mengekalkan dan meneruskan penyusuan ibu bagi ibu yang bekerja
Teknik memerah
  • dengan tangan
  • dengan pam tangan
  • dengan pam mesin 
perah setiap payudara 5 ke 10 minit secara bergilir

Penyimpanan susu perahan
  • suhu bilik - 4 ke 8 jam
  • peti sejuk - 48 ke 72 jam
  • pembeku (2 pintu) - 3 bulan
Cara memberi susu perahan
  • susu dari tempat pembeku - letakkan susu beku di rak bawah peti sejuk semalaman
  • rendam bekas berisi susu di dalam bekas yang mengandungi air suam.
  • jangan panaskan dalam ketuhor gelombang mikro atau dia atas api
  • berikan susu kepada bayi menggunakan sudu atau cawan kecil untukelak keliru puting
Penyusuan susu ibu bekerja
  • semasa cuti bersalin, susuilah bayi anda sepenuhnya
  • 2 minggu sebelum bekerja, berlatihlah dengan jadual berikut
Masa Hari 1-3 Hari 4-6 Hari 7-9 Hari 10-13
Sarapan Perahan susu ibu Perahan susu ibu Perahan susu ibu Perahan susu ibu
Minum pagi Susu Ibu Perahan susu ibu Perahan susu ibu Perahan susu ibu
Makan tengahari Susu Ibu Susu Ibu Perahan susu ibu Perahan susu ibu
Minum petang Susu Ibu Susu Ibu Susu Ibu Perahan susu ibu

Rujukan
Pamplet Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
Disember 2006

SET LENGKAP UNTUK IBU MENYUSU - SET 3M

Nukilan Mama Ain 0 comments

SET LENGKAP UNTUK IBU MENYUSU - SET 3M

Susu ibu adalah hak anak. Jom kita jayakan perjalanan 2tahun penyusuan dengan berkualiti. Dikesempatan ini saya ingin memperkenalkan set lengkap 3M untuk ibu menyusu. Saya pun telah mengambil supplement ni, tanpa was-was... Jadi, jom kita ungkapkan fungsi supplement yang ada dalam Set 3M nie khas untuk mereka yang bertanya dan juga ibu-ibu diluar sana..

Set 3M terdiri daripada 6 jenis supplement iaitu:

1)Vitalea
2)Vitamin C
3) B Complex
4) Alfalfa
5) Ostematrix
6) Energizing Soy Protein(ESP)

Vitalea
  • Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. 
  • Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. 
  • pengambilan zat besi sangat pentinmg bagi ibu yang menyusu supaya pertumbuhan dan pembesaran anak berjalan dengan baik.
  • Apabila usia anak mencecah 6 bulan, ibu disyorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak. begitu juga dengan ibu menyusu multivitamin yang disertai dengan zat besi perlu bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...
  • Ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian bagi mengelak dari mudah pitam atau pening selepas memerah dan menyusukan anak. 
Vitamin C
  • Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. 
  • menjaga salur darah 
  • sebagai antioksidan 
  • membantu meningkatkan antibodi ibu dan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. 
  • Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik menghasilkan kulit yang bersih, cerah dan cantuk.
B Complex
  • B Complex perlu dalam penghasilan sel darah merah
  • membantu menstabilkan hormon badan manusia 
  • membantu si ibu  menjadi lebih bertenaga 
  • Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein
  • Membantu meninggikan sistem imunisasi, si ibu tidak mudah jatuh sakit
  • menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga
  • Anti stress (sebagai penenang), membantu si ibu berfikiran positif  secara tidak langsung dapat menstabilkan emosi dan secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar.
  • Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan supplemen B Complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
  • wajah si ibu akan bertambah berseri dan tidak kusam.

Alfalfa
  • membantu pengeluaran susu (milkbooster)
  • Alfalfa mempunyai 1001 khasiat yang dikenali juga sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. 
  • memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.
  • Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.
  • alfalfa  membantu dalam sistem perkumuhan di mana si ibu akan mudah lawas
  • membantu membuang angin dalam badan
  • BIanya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. 
  • Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa.
  • alfalfa juga tidak boleh diambil oleh ibu@anak yang menghidapi penyakit SLE atau pun G6PD.    
   Ostematrix
  • membantu pengeluaran susu (milkbooster)
  • mengatasi masalah sembelit
  • memberi tenaga terutama bila si ibu bangun tidur si ibu akan berasa segar dan mudah bangun.
  • mengekalkan tekanan darah normal
  • mengelakkan kemurungan
  • mengatasi masalah pra-haid
  • mengelakkan kekejangan & sakit tulang belakang
  • mengatasi masalah tulang rapuh dikalangan wanita terutama ibu yang menyusu
  • memastikan tulang padat
  • dalam bentuk pil dan boleh diganti dengan susu bagi yang tidak suka minum susu.

Energizing Soy Protein (ESP)
  • membantu pengeluaran susu (milkbooster)
  • mengandungi protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino untuk pembentukan sel. Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada  bayi yang sedang membesar.
  • Membekalkan tenaga yang bergnada
  • Memberikan rasa kenyang
  • Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
  • Membantu sistem imunisasi
  • menganjalkan otot
  • Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
  • mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat    
Ingat!!!!! 
    Suplement untuk penyusuan bukanlah salah satu cara untuk membanyakkan susu ibu. Pengambilan suplemen (vitamin dan mineral) sebenarnya memastikan tubuh si ibu kekal sihat, bertenaga,  ceria dan terus bersemangat. Secara langsung membantu si ibu menjayakan penyusuan susu ibu kepada si manja. Kejayaan penyusuan antaranya bergantung kepada kesihatan si ibu. Namun, konsep asas penyusuan susu ibu yang perlu difahami adalah SUPPLY vs. DEMAND, yakni, lebih kerap bayi disusukan/lebih kerap sessi perahan maka lebih banyak susu dihasilkan.

     Namun demikian, pengambilan suplement akan memberi kesan besar dalam perjalanan penyusuan susu ibu andai TIGA PERKARA PENTING ini dipatuhi :
  1. sessi penyusuan bayi yang kerap, atau bagi ibu berkerjaya, membuat sessi perahan yang konsisten setiap 3 jam, serta pam sehingga payudara benar-benar kosong.
  2. Memastikanpengambilan air yang cukupdanseimbang , iaitu tidak kurang 3 liter sehari, tidak berdiet serta berusaha mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang.
  3. Berfikiran positif dan tenang selalu, serta sentiasa mendekatkan diri dengan Pencipta.

    * Produk ini tidak bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh/ atau mencegah sebarang penyakit.

    Berminat?
    Hubungi saya / SMS ke 019-3347834 untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Breastfeeding : Punca Masalah dan Penyelesaian

Nukilan Mama Ain 0 comments


Assalamualaikum..
Ramai yang beranggapan penyusuan susu ibu mudah tetapi apabila menghadapi sedikit masalah, maka mulalah ibu berputus asa dan terus memberikan susu formula. Sebenarnya setiap masalah ada penyelesaiannya. Saya kongsikan sedikit situasi, masalah dan penyelesaiannya.
Kes pertama :
Aisyah seorang surirumah dan mempunyai seorang bayi berusia 3 bulan. Beliau berusaha menyusukan anaknya walau dalam keadaan beliau sakit di bahagian tempat pembedahan semasa melahirkan anaknya itu. Namun adakala beliau merasa sangat ngilu ditempat bahagian pembedahan itu dan disebabkan kerana itu beliau terpaksa adakala memberi anaknya dengan susu formula sementara menunggu kesan sakitnya hilang. Lama kelamaan suami beliau meminta agar penyusuan berlangsung untuk setakat itu kerana tidak mahu isterinya merasa sakit terutama mengiring untuk menyusukan anaknya dengan susuibu.
Punca masalah :
Sakit ditempat bekas pembedahan. Apabila sakit hormon menjadi tidak stabil. Otak akan lebih tertumpu kepada kesan sakit dan sistem tidak dapat berfungsi dengan baik kerana otak tidak fokus kepada penyusuan.
Penyelesaian :
Dapatkan rawatan agar luka tersebut cepat baik. Apabila tiada lagi kesakitan, otak akan lebih fokus kepada apa yang sedang diusahakan.
………………………………………………………………………………………………………….
Kes Kedua
Fatim adalah seorang pegawai salah sebuah syarikat swasta. Beliau menyusukan anaknya yang berusia 7 bulan. Sejak akhir-akhir ini beliau merasakan susunya merundum dengan teruk sekali walaupun beliau telah membuat perahan yang konsisten setiap hari iaitu setiap 3 jam.Kehidupan beliau sangat hectic, yang mana biasanya beliau akan memanaskan lauk yang dibeli dari luar untuk makan malam atau memasak lauk yang sangat simple untuk makan berdua bersama suami. Beliau cuba mencari alternatif iaitu apa jua milk booster bagi mengatasi masalah kerunduman susu yang dilaluinya.
Punca masalah:
Fatim sangat keletihan dan mungkin pengambilan makanannya sangat tidak seimbang dan tidak mengikut saranan dalam piramid makanan yang dicadangkan oleh kementerian kesihatan.
Penyelesaian :
Fatim digalakkan untuk memastikan beliau mendapat cukup zat melalui pengambilan makanan hariannya. Jika wujudnya kekangan melalui makanan, pengambilan supplement merupakan salah satu alternatif. Ianya boleh dibeli atau dapatkan melalui klinik kesihatan yang berdekatan.
………………………………………………………………………………………………………….
Kes ketiga :
Saerah baru sahaja memulakan kerjanya selepas bercuti dua bulan kerana berpantang melahirkan anak keduanya. Beliau berniat untuk menyusukan anaknya dengan susuibu setelah mendapat pendedahan kebaikan susuibu. Namun beliau memberi alasan sibuk dan tidak mampu untuk mengepam di pejabat. Namun beliau teruja dengan cadangan kawan-kawannya yang mengamalkan pengambilan supplement brand XXXX yang dikatakan boleh membanyakkan susuibu. Beliau mencubanya dan kesannya sangat hampa dan mengatakan brand XXXX tidak bagus.
Punca masalah :
Saerah tidak memahami konsep asas penyusuan susuibu. Penghasilan susuibu berlandaskan konsep permintaan dan pengeluaran. Lebih banyak yang diminta maka lebih banyak yang ditawarkan. Bermaksud lebih banyak penyusuan secara langsung @ direct feeding / kekerapan perahan @ consistantly pumping maka lebih banyak susu yang dihasilkan. Makanan tambahan atau milk booster tidak akan memberi kesan apa2 ke atas penghasilan susuibu jika konsep asas ini tidak difahami.
Penyelesaian :
Saerah perlu pandai membahagikan masa dipejabatnya untuk membuat jadual perahan berkala iaitu perahan yang konsiten supaya penghasilan susuibu telah berlangsung dengan berterusan.
………………………………………………………………………………………………………….
Kes Keempat
Rohaiza seorang kakitangan kerajaan dan beliau seorang yang kuat semangat untuk menyusukan anaknya. Beliau sangat yakin dengan amalan pemakanan yang sihat demi memastikan susuibu yang dihasilkan memberi kesan yang sangat baik pada perkembangan anaknya. Namun satu hari beliau telah disahkan mendapat penyakit kurap kulit di belakang badannya. Beliau diminta oleh doctor menghentikan penyusuan susuibu kerana beliau terpaksa bergantung dengan kesan ubat yang sangat tinggi untuk membaik pulih kesihatan beliau.
Punca masalah
Penyakit yang dilaluinya berpunca dari pemakanan yang tidak seimbang hakikatnya beliau mungkin kekurangan zat terutama vitamin yang berkaitan dengan sistem imunisasi. Beliau hanya bergantung dengan seorang panel doktor tanpa mencari alternatif lain untuk merawat penyakitnya itu.
Penyelesaian
Sebenarnya beliau boleh mendapatkan beberapa pendapat doctor bagi merawat sakitnya itu. Setiap doktor mempunyai pandangan dan cara perawatan yang berbeza. Beliau boleh mendapatkan khidmat nasihat pakar pemakanan jika mahu menggunakan perawatan melalui pemakanan dan bukan semata bergantung dengan perubatan sahaja.
………………………………………………………………………………………………………….
Kes Kelima
Suzi seorang peminum coffee tegar. Beliau mendapati penghasilan susuibunya semakin merosot dan makin merosot walaupun membuat perahan yang konsisten. Suzi mudah penat dan stress walaupun bekerja hanya seorang guru sekolah.
Punca masalah
Coffee mengandungi kafien. Sifat kefien merosakkan semua zat vitamin yang sedia ada dalam tubuh manusia. Sifat vitamin sangat fragile. Ianya mudah musnah apabila pengambilan kafien yang banyak, keletihan melampau, panas terik dan stress. Secara tidak langsung ia boleh mengganggu penghasilan susuibu.
Penyelesaian
Suzie boleh kurangkan pengambilan minuman coffee dan menggantikan dengan teh yang rendah kafien bagi membantu menjaga semua zat makanan yang sedia ada dlm badan ibu.
Nama-nama di atas cuma rekaan semata-mata. Ini cuma beberapa contoh. Sekiranya anda menghadapi masalah lain, jangan segan-segan untuk hubungi saya. InsyaAllah saya akan cuba membantu.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Berminat?
Hubungi saya di mama.tasnim@yahoo.com atau SMS ke 019-3347834 untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Healthy R Us Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez