KEBAIKAN VITAMIN E

Nukilan Mama Ain 0 comments
Vitamin E yang mempunyai pelbagai kelebihan:

1. Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
2. Memperbaiki peredaran darah,utk memperbaiki tisu,
3. Melindungi
paru2 dari pencemaran udara.
4. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
5. Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan menguatkan dinding kapilari.
6. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat,
7. Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk)
8. Merendahkan kadar kolesterol.
9. Membantu mencegah kanser.
10. Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.
11. Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin chenta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri.
 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Hubungi saya untuk HOT ITEM ini 0193347834 - sms/whatsapp/email

Vitamin E dan Kanser Paru-paru

Nukilan Mama Ain 0 comments


Mengambil Vitamin E sebagai makanan tambahan untuk jangka masa yang lama boleh meninggikan risiko kanser paru-paru, menurut kajian yang di terbitkan oleh American Journal of Respiratory and Critical Care Medicine.

Penyelidikan yang melibatkan 77,000 orang itu menunjukkan, dengan mengambil 400 miligram sehari untuk jangka masa yang lama terdapat 28% risiko untuk risiko kanser terutamanyanya kepada mereka yang merokok.

Kajian ini walaubagaimanapun bukan satu ‘trial’. Hasil kajian cuma menunjukkan kaitan diantara mereka yang mengambil suplemen Vit E dan kanser paru-paru. Faktor lain juga mungkin bertanggung-jawap meninggikan risiko barah ini, komen penyelidik lain pula.

Untuk penyelidikan ini, Ketua Penyelidik Dr Christopher Slatore dari University of Washington mengkaji mereka yang berumur 50-76 tahun selama 4 tahun yang mengambil Suplemen Vit C, folate dan Vitamin E, mendapati terdapat 521 kes kanser paru-paru.

Rokok, faktor genetik, umur dan Vit E dikaitkan dengan pembiakan kanser paru-paru tetapi tidak dengan pengambilan Vit C, menurut penyelidikan itu.

Para Penyelidik juga mendapati, risiko bertambah sebanyak 7% selepas satu dekad dikalangan mereka yang mengambil 100 miligram sehari. Sekiranya dos yang diambil adalah 400 miligram, risiko mungkin meningkat 28%.

Vit E selalunya dilabelkan sebagai antioksidan dan dipercayai berupaya menentang unsur (radicals) berbahaya yang boleh mencederakan sel dan menyebabkan pertumbuhan kanser.

Kajian makmal awal menunujukkan yang alpha-tocopheryl succinate, a vitamin E ester boleh menghalang pembiakan sel kanser dan menyekat pertumbuhan sel kanser pada haiwan tapi tiada bukti yang ia boleh menghalang kanser terhadap manusia.

Tetapi, penyelidik menerangkan, Vit E boleh juga bertindak sebagai pro-oxidant, bermaksud ia boleh menyebabkan oksidasi dan mengalakan kerosakan pada sel badan.

Kanser paru-paru adalah salah satu kanser utama yang menyebabkan kematian dikalangan manusia.

Sumber: Taking Vitamin E supplement may raise lung canser risk

Makanan yang berpotensi menambah susu

Nukilan Mama Ain 0 comments

                 

Secara ringkas, anda semua boleh mencuba mengamalkan pemakanan seperti di senarai di bawah. Perlu diingat, kesan pada setiap individu adalah berbeza. Oleh itu, cuba satu persatu dan kenalpasti makanan yang sesuai dengan biologi anda =)

1. Soya (Air/ Taufu)
2. Tauhu
3. Tempe
4. Bayam
5. Anak tamban
6. Keju
7. Ikan bilis
8. Daun kucai
9. Kurma
10. Oat
11. Barli
12. Longan (Segar/ Kering/ Tin)
13. Horlicks
14. Kopi Radix (Herba)
15. Halba
16. Pucuk betik
17. Jantung pisang
18. Air masak
19. Susu Anmum
20. Lobak putih
21. Sawi/ pak choy
22. Pucuk paku

Makanan pelengkap
1. Set Menyusu Shaklee (boleh didapati dari saya dengan diskaun dan penghantaran percuma)
2. Pil ASI
3. Soya mililea
4. Fenugreek (Pil halba)
5. In-Comix Red Dates with Longan Instant Tea

Selamat mencuba! ;)

Kelebihan ahli Shaklee

Nukilan Mama Ain 0 comments

Sertailah kami hari ini dengan menikmati kelebihan sebagai AHLI SHAKLEE SEUMUR HIDUP


INI ADALAH PELUANG KEEMASAN ANDA BERSAMA KAMI

Daftarkan keanggotaan anda dengan bersama kami hanya RM65 atau keahlian percuma dengan pembelian 200points (lebih kurang RM660 untuk semenanjung & RM850 untuk Sabah/Sarawak) dan nikmati pelbagai ganjaran menarik. Anda hanya perlu menghubungi saya & saya akan uruskan pendaftaran atau datang sendiri ke branch terdekat dengan menggunakan ID saya sebagai sponsor/upline.




Apakah kelebihan menjadi ahli Shaklee?


* boleh membeli produk dengan harga ahli & mengumpul point dlm bentuk UV
* jana pendapatan dari rumah secara part time / full time
* UV boleh meningkat walaupun tiada downline
* minimum UV adalah 150UV, tapi sebenarnya tiada paksaan dalam bisnes ni

ANDA BUAT, ANDA DAPAT
* modal yang rendah
* potensi yang besar
* group yang harmoni dan bkn grup MLM yang lain, hanya mementingkan downline.
* jika berminat untuk serius berbisnes, ada kelas khas disediakan. Juga blog dan group exclusive kumpulan Euphoria Shaklee di FB. (ilmu2 bisnes internet, pemasaran FaceBook, teknik-teknik perniagaan internet terkini, jana pendapatan pasif dan banyak lagi )
* Shaklee menawarkan 3C iaitu Cash, Car (bonus kereta) dan Convention (local & international/Umrah yg ditaja sepenuhnya oleh Shaklee jika cukup syarat.
* Bimbingan dan sokongan berterusan
* Tutorial dan coaching secara online/offline
* Kelas-kelas yang boleh diuruskan di rumah anda sendiri

Apakah kelebihan mendaftar dengan kami?

-Sekiranya anda berdaftar bersama kami, saya akan kongsikan ilmu perniagaan, produk & konsultasi kepada pelanggan.
-Kami menawarkan training & guidance berterusan kepada anda, tidak kira di mana anda berada di seluruh Malaysia.
-Kelas bukanlah sesuatu yang wajib. Semuanya di hujung jari anda.
-Dengan ilmu, disiplin dan kerajinan, kami pasti anda juga boleh berjaya seperti yg lain. Insya Allah.

Bagaimana nak bermula?

Anda boleh memilih pakej-pakej di bawah:-

-Membayar yuran RM75, ATAU
-Membuat pembelian RM660 untuk keahlian percuma, ATAU
-Pembelian 2 botol Vivix, ATAU
-Pembelian 3 kotak Collagen Powder


Perbezaan kami:

-Perniagaan berasaskan produk
-Sistem yang halal
-Gabungan 3 elemen RAHSIA dalam pernigaan

OFFER BEST ini hanya terdapat dalam kumpulan kami sahaja. Hubungi saya mama.tasnim@yahoo.com @ 0193347834 untuk maklumat lanjut.


Sembelit di kalangan kanak-kanak

Nukilan Mama Ain 0 comments
Sembelit adalah satu masalah yang kerap berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan oleh pemakanan mereka yang tidak cukup mengandungi air dan serat atau fiber, ataupun kerana faktor-faktor lain dalam persekitaran kanak-kanak tersebut.

Seseorang kanak-kanak itu dikatakan mengalami sembelit apabila ia membuang air besar kurang tiga kali seminggu; bila najis itu keras, kering dan besar atau; apabila ia menjadi sukar untuk kanak-kanak tersebut membuang air besar.








Cara Menghadapi masalah sembelit


* Berikan air yang lebih
Minum air yang mencukupi dan juga cecair lain, menolong pergerakan najis yang lebih senang melalui usus.
Keperluan air seseorang kanak-kanak ditentukan mengikut umur dan berat badan. Lazimnya kanak-kanak dalam umur persekolahan memerlukan tiga ke empat gelas air sehari.
Selain itu, boleh juga ditambah dengan satu hingga dua cawan jus setiap hari.

* Makanan kaya serat
Makanan yang mengandungi kandungan serat yang tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan roti bijirin penuh boleh membantu mengatasi masalah sembelit.
Serat ini tidak dihadam, jadi ia menolong membersihkan usus dalam pergerakan, ia melalui sepanjang usus.
Sementara itu, diet yang penuh dengan lemak, bergula atau berkanji boleh memperlahankan pergerakan usus.
Serat ini lazimnya tidak digemari oleh kanak-kanak, justeru kita boleh mencuba buah-buahan seperti epal, oatmeal, oren, pisang, kentang bakar dan dan bertih jagung.

* Senaman yang cukup
Aktiviti fizikal menggerakkan lagi usus. Jadi galakkan kanak-kanak bersenam dengan melakukan aktiviti-aktiviti mudah seperti bermain tangkap-tangkap dan berbasikal.

* Jadual pemakanan yang tetap
Makanan merupakan rangsangan asli atau semula jadi bagi pergerakan usus. Oleh itu, jadual pemakanan yang tetap menolong mewujudkan pergerakan usus yang rutin.

* Mewujudkan suatu tabiat tandas yang baik
Jika kanak-kanak itu suka menahan bila masa hendak ke tandas, kita boleh memastikan kanak-kanak tersebut duduk di tandas sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari pada waktu yang sama, sebaik-baiknya selepas makan.
Jawapan disediakan oleh Pakar Perunding Kanak-kanak, Dr. Mohd. Nazir Abu Bakar.

Sumber: Utusan Malaysia (24/09/2006)

Adakah susu ibu boleh tercemar?

Nukilan Mama Ain 0 comments
Perbincangan tentang susu ibu boleh tercemar di TV3: WHI

1. Adakah susu ibu boleh tercemar?
Boleh tetapi kebarangkaliannya sangat rendah, kerana susu ibu adalah susu HIDUP, manakala susu formula adalah susu mati. Ini bermakna dalam susu ibu terdapat antiviral, antifungal dan antibakteria yang akan melawan viral, bakteria dan fungal dari luar.

2. Adakah ubat-ubat yang boleh menyebabkan susu tercemar?
Ubatan untuk rawatan kemoterapi boleh memberi kesan kepada susu ibu tetapi ubatan lain adalah selamat.

3. Payudara adalah kawasan yang steril
Semua ibu digalakkan untuk menyusu secara terus dari payudara setaip kali bersama bayi kerana ia adalah kawasan yang steril berbanding botol susu atau alatan lain. Ini kerana, ‘askar-askar’ dalam susu ibu aktif jika keluar dari payudara, maka askar-askar itu akan memberi pertahanan kepada sistem tubuh bayi.
Keadaan adalah berbeza dengan susu yang diperah keluar dan disimpan. Askar-askar tersebut akan tidur dalam suhu yang rendah. Apabila dipanaskan, askar ini perlu berlawan dengan bakteria-bakteria yang telah muncul dalam susu ibu. Namun begitu bakteria itu tidaklah memberi kesan kepada bayi kerana askar-askar dalam susu ibu menjadi benteng pertahanan pertama dengan bakteria tersebut

4. Bolehkah Susu ibu basi?
Susu ibu tidak akan basi atau bertukar menjadi keju. Susu ibu akan tercemar semasa proses perahan yang tidak bersih atau tercemar.

5. Susu ibu mempunyai kepelbagaian rasa.
Keistimewaan susu ibu adalah ia mempunyai rasa yang berbeza-beza mengikut menu harian ibu. Keunikan itu akan menyediakan bayi dengan pelbagai rasa sebelum memulakan makan pejal. Kebiasaannya, bayi yang menyusu jarang menjadi bayi yag cerewet makannya (picky eater).

6. Susu ibu boleh bertukar warna
Seperti juga rasa, susu ibu boleh bertukar warna mengikut apa yang dimakan oleh ibu.

7. Menguruskan badan selepas bersalin dengan penyusuan ibu.
Dynaz, selebriti yang menyusukan anaknya mengakui beliau menguruskan badan dengan mengamalkan rejim penyusuan badan sahaja. :)

8. Peranan Majikan dalam memberi sokongan
Majikan diseru agar menyokong penyusuan susu ibu sepenuhnya kerana ia boleh membantumeningkatkan mutu kerja pekerja. Pekerja yang mempunyai anak yang sihat akan lebih gembira keluar bekerja. Selain itu, penyediaan tepat khas untuk memerah susu dan peti ais untuk penyimpanan susu juga amat digalakkan sebagai tanda sokongan kepada penyusuan susu ibu.

credit: Mummy Miqhael

Cara Cepat Menurunkan Berat Badan

Nukilan Mama Ain 0 comments
Ramai yang nak kurus dengan cepat, tapi tak faham bagaimana konsep berat badan dan menurunkan berat badan.

“Ambil produk XXXX tapi tak kurus pun”
“Kalau kena diet (tak makan), sama je lah ambil produk ni atau tidak”

Mula-mula kita kena tahu apakah sebenarnya yang menyebabkan badan jadi naik. Makan makanan berlemak? Kajian mendapati pengambilan makanan berlemak BUKAN FAKTOR UTAMA yang menyumbang kepada kegemukan. Tetapi, jawapannya adalah – ketidakseimbangan penggunaan kalori.



Jumlah kalori yang diambil dari makronutrien harus diseimbangkan dengan kalori yang digunakan oleh tubuh untuk metabolisma (RMR), aktiviti fizikal dan TEF (thermal effect of food). Sekiranya yang diambil tu berlebihan dari yang digunakan.. apa jadi? Ia tidak akan dikeluarkan sebaliknya disimpan dalam tubuh sebagai LEMAK SIMPANAN.

Maka cara untuk menyeimbangkan persamaan ini adalah, samada mengurangkan pengambilan kalori, atau menambahkan aktiviti fizikal.

Program diet adalah satu cara, dan harus ingat, PRODUK KURUS BUKAN SATU MAGIK. Sekiranya anda makan satu produk kurus dan anda benar2 menjadi kurus tanpa mengubah lifestyle.. it must be something wrong.

-Kenapa biasanya orang gagal berdie tanpa sebarang produk:
-Kurang nutrisi kerana kurang makan
-Kadar metabolisma menjadi rendah
-Otot mengecut dan rosak

Bagi yang mengambil produk kurus:
-Susah nak ikut
-Hasil yang lambat
-Kandungan tak selamat
-Menukar fungsi tubuh

Dalam kebanyakan diet, berat badan menurun kerana anda kehilangan jisim otot. Bila jisim otot ‘mengecut’ berat badan menjadi lebih mudah untuk turun kerana otot lebih berat dan padat dari lemak.



Kehilangan jisim otot menjadikan tubuh kurang keupayaan membakar lemak, dan merendahkan metabolisma. Hasilnya, bila kita dah berhenti ikuti diet tersebut, misalnya dah mula makan seperti biasa, tubuh sudah tidak boleh membakar kalori seperti sebelumnya. Maka jadikan kita lebih gemuk dari biasa!

Jadi, bagaimanakah cara cepat menurunkan berat badan?

Pertama, anda HARUS menstabilkan persamaan CALORIE IN = CALORIE OUT. Secara amnya, mesti kurangkan mengambilan kalori dan lebihkan aktiviti fizikal.

Bila kita kurang makan, makan tubuh kekurangan nutrisi, betul? Namun harus ingat, bila tubuh kurang nutrisi ia menyumbang kepada kehilangan jisim otot.

Oleh itulah kita perlu mengambil produk kurus tadi tu. Produk kurus sepatutnya tidak menjadikan kita kurus secara ajaib, tapi menggantikan nutrien yang kita hilang apabila berdiet.

Jadi, adakah anda kena diet lagi walaupun ambil produk kuruskan badan? Jawapannya, YA.

Bezanya di sini adalah – produk kurus badan yang mana satu?

Apa ciri-ciri produk kurus badan yang bagus?
-Memberikan nutrien yang mencukupi.
-Melindungi otot.
-Indeks glisemik yang rendah.
-Penggunaan bahan2 asli bebas GMO.
-Mengandungi makro & mikro nutrien penting.
-Diuji secara klinikal!

Yang penting, look for the facts, not fads. Jangan tertipu dengan testimonial semata-mata, sebab testimonial orang boleh tipu tau!

Program turunkan berat badan yang terbaik haruslah:

KEKALKAN OTOT YANG SIHAT

BAKAR LEMAK BERLEBIHAN

LOSE INCHES YOU DON’T WANT!


HANYA RM138 SAHAJA

Cinch, produk turunkan berat badan Shaklee yang berfungsi:
-Tingkatkan jisim otot tanpa lemak
-Bakar lemak
-Membantu mengawal kelaparan
-Meningkatkan tenaga
-Menyokong metabolisma optimum

Yang penting ia diuji secara klinikal!

Hubungi saya untuk mendapatkan Cinch dan ikut program Cinch hari ni!
credit:

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Hubungi saya untuk HOT ITEM ini 0193347834 - sms/whatsapp/email

SOYA menghalang kanser

Nukilan Mama Ain 0 comments

Kanser payudara. Bagaimana cara menghalangnya?

Wanita sebenarnya mempunyai reaksi yang berbeza apabila diberitahu ada sesuatu yang tidak kena dengan payu dara mereka. Apa yang lebih membimbangkan atau mungkin menjadi trauma dalam hidup, jika wanita itu didiagnosis menghidap barah payu dara.

gambar hiasan. maaf jika agak boleh kurangkan selera makan anda
Kini, dengan ledakan teknologi moden dan pengesanan awal terhadap pembunuh nombor satu wanita itu mampu mengurangkan risiko berlakunya kanser. Bagaimanapun pemakanan yang teratur dan sihat memainkan peranan penting dalam menjalani kehidupan yang sempurna.

Bukan lagi rahsia, melalui pemakanan berasaskan soya mampu mengurangkan risiko terjadinya kanser payu dara di kalangan wanita. Ini terbukti apabila satu kajian secara klinikal yang telah dilakukan oleh Yayasan Penyelidikan Kesihatan Awam Tokyo, di bawah Kumpulan Penyelidikan Bakteria Asid Laktik dan Kanser Payu Dara yang dilakukan oleh profesor di Jabatan Pembedahan, Universiti Kyoto, Jepun, Dr. Masakazu Toi bersama seorang profesor dari Jabatan Biostatistik di Universiti Tokyo, Dr. Yasuo Ohashi. 

Mereka mendapati pengambilan soya dan begitu juga pengambilan minuman yang mengandungi bakteria Strain Shirota iaitu minuman susu kultur, Yakult secara tetap dan berterusan mampu mengurangkan risiko yang boleh membawa kepada kanser payu dara.

Malah, dalam kajian yang dilakukan oleh penyelidik ini mendapati, wanita yang mengambil minuman susu kultur dengan lebih kerap di lihat kurang berpotensi untuk di jangkiti kanser payu dara, walaupun mereka tidak mengambil makanan berasaskan soya dalam jumlah yang banyak.

Kajian itu juga mendapati pengambilan secara tetap setiap hari produk yang mengandungi bakteria Lactobacilus casei Shirota (LcS atau lebih dikenali sebagai Strain Shirota) semenjak usia remaja mampu mengurangkan risiko seseorang wanita itu terkena kanser payu dara.

''Ini terbukti kerana komponen di dalam makanan yang berasaskan soya dan Strain Shirota mempunyai fungsi yang boleh melindungi daripada kejadian kanser payu dara di kalangan mereka yang mengambilnya,'' ujarnya semasa membentangkan kertas kerja di Simposium Kanser Payu Dara di San Antonio, Amerika Syarikat Disember lalu.

Kajian kertas kerja itu mengkaji hubung kait antara pengambilan minuman yang mengandungi Strain Shirota dan makanan yang berasaskan soya dengan penyebab kanser payu dara. Bakteria yang dinamakan LcS dapat mengawal pertumbuhan bakteria perosak di dalam usus dan sekali gus mengatasi masalah kesihatan di kalangan yang mengambilnya.

Beliau menjelaskan bahawa kesan perlindungan tersebut mungkin disebabkan oleh kesan bakteria Strain Shirota ke atas mikroflora usus yang telah membantu penghadaman isoflavon soya yang berkaitan rapat dengan pengurangan kanser payu dara.

''Strain Shirota juga mampu meningkatkan sistem imunisasi semula jadi tubuh khususnya aktiviti-aktiviti yang boleh menjejaskan kesan perlindungan," tegasnya.

Tegasnya dalam kajian itu, seramai 355 pesakit berumur 40 hingga 55 tahun yang menjalani pembedahan kanser payu dara dari tempoh Oktober 2007 hingga Mac 2009 dan 710 orang yang sihat yang tinggal di kawasan yang sama dan berumur sebaya dijadikan objek dalam kajian tersebut.

''Mereka dikaji berdasarkan kepada diet dan gaya hidup sejak masih remaja lagi dan semasa dewasa.

''Hasilnya, didapati sebanyak 30 peratus risiko kanser payu dara dapat dikurangkan bagi mereka yang mengambil minuman yang mengandungi bakteria asid laktik iaitu susu berkultur Yakult sebanyak empat kali atau lebih seminggu berbanding mereka yang mengambil tiga kali atau kurang dalam seminggu," kata Dr. Toi.

Dalam pada itu, sebanyak 40 peratus risiko kanser payu dara dapat dikurangkan bagi mereka yang menyatakan mereka tidak makan banyak produk soya tetapi minum Yakult empat kali atau lebih seminggu berbanding dengan mereka yang minum tiga kali atau kurang seminggu.

''Sebelum ini terdapat kajian yang mendapati pengambilan unsur soya turut memberi pengaruh dalam pengurangan risiko kanser payu dara.
 
''Penyumbang kepada pengurangan risiko kanser payu dara itu adalah disebabkan oleh pengaruh LcS kepada mikroflora yang terdapat pada usus yang sekali gus menambahbaikan metabolisme pada unsur soya," katanya.
 
 
ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
 
Energizing Soy Protein (ESP) merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebeas kolesterol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.

-Tumbuhan berprotein yang berkualiti tinggi dengan kandungan 14 gram protein soya sihat dan 500 mg kalsium bagi setiap hidangan
-Membantu mengekalkan kepejalan otot
-Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
-Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolesterol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat
 
Shaklee ESP bertindak:
-Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten. 
-Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
-Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. -Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
-Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu program yang digelar Identiti Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.
-Sbb Protein adalah makanan terpenting untuk badan kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel.Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti Membina sel-sel baru, Menggantikan tisu-tisu badan yang lama@tua dengan tisu-tisu yang baru, Menggantikan tisu-tisu yang rosak @ cedera dengan tisu-tisu yang baru.
 
Apa yg BEST tentang ESP?
-Ianya merupakan Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian, berasakan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol dan terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, disamping membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna. 
-ESP juga membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah. Kandungan lemak dlm ESP sangat minum iaitu (1gm) dan tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. dan plg penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet, Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.
 
Kelebihan ESP 
-Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri
-Bantu hilangkan parut jerawat di muka
-Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih
-Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur
-Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.
-Menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.
-ESP jika diambil bersama supplement2 lain akan bantu penyerapan yg lebih baik semua supplement yg kita ambik..cepat menyerap dan kesan yg lebih baik berbanding mereka yg tak ambil bersama ESP.

1 sudu ESP bersamaan kita meminum 1 jar kacang soya
 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Hubungi saya untuk HOT ITEM ini 0193347834 - sms/whatsapp/email

Kreativiti, imaginasi anak terhad akibat ditakutkan

Nukilan Mama Ain 0 comments
“Adik jangan masuk bilik tu gelap, takut... eii... ada hantu,”
Ungkapan remeh itu asalnya bertujuan menghalang anak degil atau memudahkan tugas keibubapaan, sebaliknya memiliki kesan psikologi yang tidak remeh pada anak. Ia bukan saja membuat mereka sentiasa takut pada gelap dan hantu tetapi membuat mereka lambat ‘pulih’ dari imaginasi hantu atau momok. Malah mengehadkan kreativiti dan imaginasi Pakar Kanak-Kanak, Pusat Perubatan Kampung Baru, Dr Noor Aziah Mohd Saari, berkata sikap ibu bapa sangat penting dalam membentuk personaliti anak. Pendidikan yang berbentuk ancaman dan menakut-nakutkan anak dengan hantu atau momok akan membuatkan mereka gentar mencuba sesuatu.

“Perasaan takut itu boleh terbawa-bawa hingga dewasa dan membuat mereka menjadi kurang yakin untuk mencuba pengalaman baru,” katanya.

Tidak dinafikan, perasaan takut adalah fitrah semula jadi manusia. Ia bersifat mempertahankan diri (self defence) dalam situasi yang dianggap bahaya atau
mengancam keselamatan.

Sifat ini berkembang pada usia enam hingga sembilan bulan. Awalnya, bayi akan tersenyum dan suka semua orang yang mendekati dan membelainya.

Hinggalah ketika usia mencecah enam bulan, bayi sudah mula menyedari perbezaan antara mama dan ayah dengan orang lain di sekelilingnya.

Apabila usia meningkat, perasaan takut itu berkembang mengikut imaginasi dan juga persekitaran. Jika dia kerap ditakutkan dengan hantu, dia akan terasa
hantu itu sebahagian dari hidupnya.

“Perasaan takut bagaimanapun, akan hilang dengan sendirinya ketika kanak-kanak berusia dua tahun. Jika dia ber usia setahun tetapi tidak takut pada orang
asing misalnya, itu mungkin petanda perkembangannya terlewat ke rana pada usia ini dia sepatutnya ada rasa ‘stranger anxiety’,” kata Dr Noor Aziah.

Apabila kanak-kanak berusia dua tahun, sepatutnya, dia sudah mula ada keyakinan diri. Dia kurang takut pada persekitaran dan orang asing.

Bagaimanapun, bagi sesetengah kanak-kanak ketakutan itu akan beransur-ansur hilang pada usia antara tiga hingga lima tahun.

Kanak-kanak memiliki personaliti sendiri sejak hari pertama mereka dilahirkan.

Justeru, kematangan sosial yang bergantung kepada personaliti anak bukanlah bahan ukuran kepandaian atau IQ keseluruhan tetapi hanya sebahagian daripada
sudut IQ saja. Sebabnya mungkin personaliti anak itu sendiri yang pendiam, pemalu dan peramah membentuk sikapnya.

Secara umum, kebanyakan kanak-kanak akan menunjukkan tindak balas sedikit sebanyak yang menunjukkan dia tidak selesa dengan orang asing.

“Kanak-kanak yang dididik di pusat jagaan misalnya, punyai persekitaran yang mendedahkannya untuk belajar bergaul lebih awal. Dengan kematangan sosialnya
mungkin lebih cepat berbanding kanak-kanak yang dididik di rumah oleh ibu.

Begitupun, jika si ibu kerap membawanya bersiar-siar, bersantai dan bertemu ramai orang, anak itu juga akan memiliki persekitaran sosial yang baik,” katanya.

Ketakutan yang tidak terkawal boleh bertukar kepada fobia jika ia terlalu ekstrem. Fobia mungkin disebabkan anak itu mengalami trauma atau pengalaman pahit
terhadap sesuatu perkara hingga dia tidak boleh bertoleransi terhadapnya.

Misalnya, mungkin dia pernah berhadapan kebakaran rumah atau digigit serangga hingga terasa sangat sakit.

Fobia tidak normal. Ia mesti diatasi tetapi bukan hanya membabitkan kanak-kanak itu saja tetapi ibu bapa dan pakar psikologi.

Apa yang ditakuti kanak-kanak?

a) Hantu dan persekitaran gelap

Takut pada gelap dan hantu bergantung pada imaginasi dan realiti. Jika sebagai ibu, kita mendidiknya ‘jangan takut gelap ia disebabkan tiada lampu, bukan
ada hantu’ kanak-kanak tidak akan takut. Pada usia enam hingga sembilan bulan, perasaan takut sudah wujud dalam diri.

Tetapi ketika mencecah usia dua hingga tiga tahun, kanak-kanak lebih berkeyakinan.

b) Orang asing

Disebabkan jarang bertemu mereka atau tidak pernah bertemu. Ada kanak-kanak mengambil masa untuk mesra dengan orang baru. Pada usia dua tahun, kanak-kanak
lelaki akan lebih selesa dengan rakan sejantinanya begitu juga kanak-kanak perempuan. Kadangkala rasa tidak selesa dengan jantina lain akan ‘pulih’ apabila
usia masuk akil baligh.

c) Doktor

Ada doktor kurang peka ketika merawat anak. Layan anak dengan baik seperti orang dewasa. Mungkin bunyinya agak aneh dan remeh, misalnya perlu minta izin
untuk membuka baju dan lampin mereka. Tetapi hak mereka perlu juga dihormati. Contohnya, kata-kata lembut, ‘doktor buka baju ya, doktor nak periksa, abang
sakit ni,’ mungkin boleh membantu.

Ibu bapa juga jangan takutkan anak-anak dengan doktor misalnya berkata, ‘ha... jangan menangis nanti mama suruh doktor cucuk dengan jarum besar,’kerana
ia akan menyukarkan komunikasi dengan kanak-kanak itu.

Jenis ketakutan yang mungkin dialami anak

a) Kekacauan kebimbangan keterlaluan

Keadaan ini sangat jarang berlaku tetapi kerap berkait rapat dengan pengalaman buruk yang pernah dialami nya. Kanak-kanak secara umumnya takut dengan

pelbagai perkara setiap hari, tetapi tidak termasuk di dalam kategori ini jika tidak keterlaluan.

b) Panik

Kanak-kanak yang cepat panik akan menyebabkan dada mereka sesak, nafas pendek, sakit perut dan kepala terasa pusing. Misalnya panik menghadapi peperiksaan.

c) Bimbang pada orang asing

Bayi selalunya akan berhadapan dengan ketakutan begini. Apabila mereka bertemu orang yang tidak dikenali dia tidak akan jauh dari ibu bapanya.

d) Bimbang berpisah

Pada usia 10 hingga 18 bulan, kanak-kanak mula berasa takut berpisah dengan ibu bapa. Ia mengecewakan dan menakutkan jika mereka terpaksa berpisah dengan
ibu bapa atau orang yang mereka sayang. Merasa menangis, panik atau marah apabila ibu bapa cuba meninggalkannya malah mungkin kerap mengigau atau susah
tidur.

e) Kekacauan tekanan post-trauma

Mereka akan merasainya selepas berhadapan dengan bencana misalnya rumah terbakar. Memori itu sangat jelas.

f) Fobia

Ia terjadi apabila mereka rasa takut yang keterlaluan pada sesuatu perkara seperti serangga, kilat atau berjumpa orang baru.

Pada sesetengah kanak-kanak ia sangat ekstrem dan sukar dikawal.

Kadang-kadang mereka membesar dengan fobia itu.

Sumber: Virtualpediatrichos pital. org

Belajar Kasih Ibu Daripada Seekor Lembu

Nukilan Mama Ain 0 comments

Pada satu hari yang damai, hujan sedang turun renyai-renyai, aku keluar daripada rumah untuk menuju ke satu tempat.

Aku tak ingat ke mana aku mahu pergi ketika itu. Sama ada ke pejabat atau ke sebuah surau untuk menyampaikan kuliah maghrib. Tak kisah kemana hala tujuku, yang penting aku yakin saat itu hujan sedang turun membasahi jalan. Semakin lama semakin lebat.

Aku memandu 'jentera' abah ketika itu. Van Ford Econovan. Usianya 15 tahun. Kepulangan ku dari Jordan masih belum genap setahun lagi. Jadi, van inilah menjadi warisan kami adik beradik sebelum membeli kereta sendiri.

Abah dahulu membeli van kerana adik beradik kami ramai. 8 orang semuanya. Abah memandu, angah duduk di sebelah abah sebagai co-pilot, emak duduk di sebelah pintu belakang sebagai pramugari. =)

Abangku juga pernah menggunakan van ini sebelum dia membeli kereta barunya. Samalah situasinya seperti aku saat ini.

Van ini panas sebab aircondnya rosak. Kalau hujan, perlu dibukakan sedikit tingkap untuk membenarkan angin masuk supaya cerminnya tidak berkabus.

"Hujan... tentu susah nak nampak jalan. Aircond rosak pulak tuh" rungutku seorang diri. Walaubagaimanapun, aku harus meneruskan perjalanan. Aku ada urusan yang perlu diselesaikan.

Hari itu aku perlu melalui satu jalan yang gelap. Kiri dan kanan ladang kelapa sawit. Lampu jalan jaraknya jauh-jauh pula tu.

Seingat aku, aku memandu pada kelajuan 70km sejam. Ok lah, tidaklah laju sangat, dan tidaklah perlahan sangat.

Setibanya aku di satu selekoh, aku melihat seperti ada kelibat seekor 'anjing' sedang melintas jalan. 'Anjing' tersebut berlari dengan pantas cuba melepasi van yang aku pandu. Malangnya tidak sempat.

Gup!

Bunyi pelanggaran yang kecil. Aku hanya mampu menekan brek sedikit sahaja. Aku bimbang van akan berpusing jika menekan brek secara mengejut kerana jalan sedang basah. Ketika itu langsung tidak sempat untuk berhenti melihat apakah yang dilanggar olehku.

"Ah sedikit sahaja tu, dia sempat mengelak kot, tulah siapa suruh lintas sewaktu kereta tengah lalu" aku cuba memujuk diriku sendiri. Seperti mengampunkan kesalahan diri sendiri.

Aku terus melupakan peristiwa itu, malam itu juga. Namun keesokannya...

Aku melalui jalan yang sama menggunakan 'jentera' abah.

Pagi yang indah, damai, bumi yang masih basah kesan hujan semalam. Melalui jalan yang sama, tidaklah membuatkan aku merasa kelainan saat itu. Sehinggalah tiba-tiba aku melihat di depan..

Aku terkejut melihat bangkai seekor anak lembu terkujur di tepi jalan, selekoh yang aku lalui malam semalam. Aku yakin inilah selekoh yang aku lalui semalam. Inilah tempat berlakunya perlanggaran tersebut. Rupa-rupanya 'anjing' yang ku sangka itu adalah seekor anak lembu.


Kakinya sudah ternaik ke atas. Badannya sudah pun mengembung. Matanya pula sudah terbeliak.

Aku terdiam, menarik nafas. Beristighfar. Aku mintak ampun pada Allah kerana seekor lembu amat besar nilainya pada orang kampung.

Orang kampung menjual lembu untuk memasukkan anak ke universiti. Orang kampung menjual lembu untuk mengadakan majlis perkahwinan anak kesayangannya..

Namun ada yang lebih menginsafkanku saat itu. Seekor lembu betina (ibunya mungkin) sedang duduk di sisi bangkai anak lembu tersebut. Sungguh jelas kesedihan terpancar pada wajah ibu lembu tersebut. Kaki depannya membongkok ke bumi seperti sedang sujud, sedang kepalanya rendah hampir ke tanah. Seperti mengharapkan anaknya hidup kembali. Mustahil.

Aku menitiskan air mata saat itu melihat wajah ibu lembu tersebut.

Aku biarkan sahaja drama itu. Aku lansung tak berhentikan van. Aku tak sanggup dan aku memang tak tahu nak buat apa kalau aku berhenti pun..

Esoknya, aku melalui jalan yang sama, dan hari ini bangkai anak lembu sudah pun tiada. Namun, aku tetap sedih kerana ibu lembu masih ada. Aksinya sama seperti semalam. Bezanya hari ini anaknya sudah tiada. Mungking sudah dibakar oleh tuan lembu tersebut untuk mengelakkan bau bangkai yang busuk.

Aku rasa selama 5 hari berturut-turut aku melalui jalan tersebut, aku pasti melihat ibu lembu yang sedang meratapi kehilangannya anaknya. Aku sedih dan rasa bersalah pada ibu lembu tersebut.

Demi Allah, aku belajar kasih ibu daripada seekor lembu. Tiada ibu yang sanggup melihat anaknya sakit, demam apatah lagi mati sebelumnya. Tiada ibu yang sanggup melihat anaknya gagal dalam kehidupan. Ibu pasti menitiskan air mata. Bangunlah, balaslah jasa ibumu walaupun jasa ibumu takkan pernah dapat dibalas.

credit:  - Artikel iluvislam.com

PROMOSI ESP OKTOBER 2012

Nukilan Mama Ain 0 comments
PROMOSI BULAN OKTOBER - ESP

Menarik kan?

1 Canister tahan 2-3 Bulan...

Antara manfaatnya pada badan:

Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan parut.

Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Hubungi saya untuk HOT ITEM ini 0193347834 - sms/whatsapp/email

Apa patut dilakukan apabila bayi yang menyusui menggigit anda

Nukilan Mama Ain 0 comments

Pertumbuhan gigi dan menggigit 

Terdapat ibu yang mencerai susu ketika mereka rasa bayi mereka akan mulatumbuh gigi, tetapi menyusu badan pada peringkat ini adalah sangat normal dan semulajadi. Gigi tumbuh pada usia yang berbeza-beza; pada puratanya gigi pertama tumbuh sekitar usia enam bulan, tetapi ramai bayi masih tidak bergigi untuk seketika lagi dan sebilangan bayi pula dilahirkan siap dengan beberapa batang gigi.

Kerana keperluan nutrisi baby dipenuhi terutamanya dengan susu untuk sekurang-kurangnya tahun pertama, ramai bayi yang diberi susu badan akan ada gigi dan kebanyakan tidak akan menggigit ibu mereka.

Sebenarnya, ia adalah mustahil untuk seorang bayi menggigit dengan hanya dua batang gigi pada gusi bawahnya, kerana lidahnya menutupi gusi bawah semasa dia menyusui badan. Untuk menggigit, dia terpaksa menarik lidahnya ke dalam untuk mendedahkan giginya. Ini tidak dapat dilakukan ketika dia sedang menyusu.

Apabila lebih banyak gigi sedang tumbuh, bayi anda mungkin hendak menggigit untuk melegakan kesakitan gusi. Anda boleh memberikannya gegelang gigit khas yang sejuk untuk digigit sebelum dan selepas anda menyusuinya. Sementara gel pertumbuhan gigi yang dibeli dari kedai ubat boleh melegakan kesakitan bayi anda, jangan gunakanya sebelum anda menyusu kerana ia boleh menyebabkan lidah bayi anda menjadi kebas and juga mungkin akan mengebaskan areola anda (kawasan kulit gelap di sekeliling puting anda), menyukarkan penyusuan untuk kamu. Sesetengah gel pertumbuhan gigi boleh merengsakan kulit puting yang sensitif juga.

Kali pertama dia menggigit 
Gigi baru tumbuh adalah tajam dan, jika bayi anda tergigit payudara anda, barangkali anda akan menjerit kesakitan! Reaksi anda yang kuat itu mungkin akan memeranjatkan bayi anda sehingga dia tidak berani mengulanginya. Sesetengah bayi boleh menjadi begitu terkejut atau takut akibat reaksi kuat sehingga mereka menolak penyusuan badan.

Reaksi yang lebih biasa kepada jeritan kesakitan anda, walau bagaimanapun, adalah bayi anda berasa ingin tahu dan hairan, dan mengulangi gigitan itu untuk melihat jika ia berkesan lagi - seperti membuat eksperimen dengan mainan berbutang tekan atau mainan berdetar-detar. Jika ini berlaku, cuba terus bertenang dan senyap, tetapi berhenti penyusuan, merenung ke matanya dan katakan “tidak” dengan tegas.

Jika gigitan berterusan 
Anda masih tidak perlu mencerai susu bayi anda kecuali jika anda mahu. Mengetahui apa yang menyebabkan dia menggigit (lihat Sebab Lain Mengapa Bayi Anda Menggigit, di bawah) dan memuaskan keperluan bayi anda untuk menggigit menggunakan cara lain, boleh menyelesaikan masalah ini dengan cepat.

Kebanyakan ibu mendapati penyusuan badan tetap adalah pengalaman yang positif sebaik sahaja mereka dapat hentikan kejadian menggigit ini.

Sebab lain mengapa bayi anda menggigit 
• Tertidur Sesetengah bayi menggigit pada penghujung penyusuan apabila mereka terlelap. Perhatikan pemerlahanan dan pelemahan pergerakan rahangnya dan alihkan bayi anda sebelum dia terlena.

• Gangguan Sesetengah bayi suka membawa puting bersama ketika mereka mengalih perhatian dan memusing kepala mereka! Pastikan jari anda bersedia untuk menghentikan hisapan dengan pantas (lihat Jika Dia Hampir Hendak Menggigit..., di bawah) jika dia memusing kepalanya.

Jika dia hampir hendak menggigit... 
Jika bayi anda kelihatan seperti hampir hendak menggigit, masukkan jari kelengkeng anda ke dalam sudut mulut di antara gusinya. Dia patut menggigit jari anda dan bukan puting anda. Jangan tariknya sementara dia sedang menggigit - anda hanya akan mencederakan diri. Perhatikan penegangan rahangnya sebelum dia menggigit dan cepat-cepat alihkannya. Anda mungkin perlu singkatkan waktu menyusu secara am sehingga fasa ini berakhir.

Cara-cara untuk menghentikan bayi yang menggigit 
• Katakan “tidak” dengan tegas, merenung ke dalam matanya dengan marah dan hentikan penyusuan. Dia perlu mengaitkan menggigit dengan kehilangan puting - kebanyakan bayi tidak suka dengan perpisahan ini.

• Jika dia teruskan juga, letakkannya di atas lantai untuk seketika sebaik saja dia menggigit.

• Untuk kanak-kanak boleh berjalan yang suka menggigit, jadikannya sesuatu yang positif apabila dia tidak menggigit. Berikannya banyak pelukan, ciuman dan pujian.

• Jika anda rasa dia inginkan perhatian, berikan perhatian sepenuh anda semasa penyusuan.

• Belajar menyedari bila dia sudah hampir selesai.

• Jangan menyusukannya kecuali dia betul-betul lapar.

• Hentikan penyusuan jika dia mula terlelap.

• Berikannya gegelang gigit sebelum dan/atau selepas penyusuan.

MASTITIS

Nukilan Mama Ain 0 comments
Mastitis

Definisi : bengkak susu atau bengkak payudara
Punca utama
1-    Tidak mengosongkan payudara dengan sebaik-baiknya
2-    Hisapan yang kurang efektif
3-    Masalah lekapan
4-    Masalah anatomi pada lidah bayi
5-    Saluran tersumbat
6-    Pernghasilan susu terlalu banyak
7-    Penyusuan tidak kerapa
8-    Terlepas sesi penyusuan
9-    Memakai coli @ baju yang ketat
10-  Tidur meniarap
11-   Kerap memakai beg galas yang member tekanan pada bahagian dada

Cara penyelesaian
  1. Kerapkan penyusuan
  2. Memakai pakaian yang selesa dan longgar
  3. Minum air dgn banyak (dehidrasi juga punca mastitis)
  4. Rehat yang cukup
  5. Jika mengepam, pastikan konsisten
  6. Menggunakan corong pam yg sesuai dgn saiz payudara

Artikel dari Majalah PA&MA MEI 2012

ESP - Pelbagai resepi lazat dan enak berkhasiat

Nukilan Mama Ain 0 comments
 Apa yang boleh dan tak boleh dengan ESP?

-TIDAK BOLEH dicampur air panas
-TIDAK BOLEH diambil lebih 3 sudu besar sehari
-BOLEH campur dengan apa-apa air selain kopi dan teh
-BOLEH dicampur air suam atau sejuk
-BOLEH diminum oleh anak-anak berusia 1 tahun ke atas, orang tua, lelaki ataupun perempuan (utk anak-anak kecik kurangkan dos)

(1) Resepi Lazat ESP – Asas:
ESP + Air suam
*Nota: Rasanya seperti air soya buatan sendiri tanpa gula, sedap! Sangat disyorkan untuk individu yang kali pertama/kurang biasa minum protein soya.

(2) Resepi Lazat ESP:
ESP + Fresh Milk
ESP + Fresh Milk + kurma (blend)
ESP + Shaklee MealShake
ESP + Shaklee Performance Drink
ESP + Shaklee Performance Drink + Shaklee MealShake (my favourite!)
ESP + Nesvita 3in1
ESP + Tropicana Twister
ESP + Ribena
ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih, peria, pegaga)
ESP + Milo/Horlicks
ESP + Sirap bandung
ESP + Meal Shake + Aiskrim (buatan sendiri)
ESP + Air suam (apabila kurang rajin, sebab resepi nie paling simple)
ESP + Tropicana Twiter Orange (terutama bila hari panas/ tengah hari)
ESP + Meal Shake + Low Fat Milk (Early morning & Before Bed)
ESP + Performance Drink (minuman wajib bulan Ramadhan)
dan lain-lain… boleh tambah mengikut kreativiti anda.

**Resepi ini hanya cadangan. Sila hubungi pengedar Shaklee anda untuk mendapatkan konsultasi lanjut mengenai pengambilan ESP (sukatan, jadual, dan sebagainya).

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
 
Hubungi saya untuk HOT ITEM ini 0193347834 - sms/whatsapp/email

ESP memeriahkan susu

Nukilan Mama Ain 0 comments

ESP dan bengkak susu

Dahulu aku selalu membiarkan bayiku tidur selena lenanya apabila dalam pantang. Hal ini menyebabkan aku seringkali kena bengkak susu. Sudah menjadi lumrah dalam pantang untuk aku terkena bengkak susu. Ianya suatu nikmat sebenarnya. Tapi, setiap kali aku terkena bengkak susu itulah, ibuku dan bidan yang datang ke rumahku selalu menasihatkan agar meletakkan kobis. Kobis??? Aku akur...

Apabila zaman sudah canggih, semua ilmu dihujung jari, juz klik, aku dapati melalui pembacaanku, sebenarnya, kobis itu boleh mengeringkan susu. Bahaya juga mengamalkannya. Syukurnya ia tidak mengganggu perjalanan penyusuan anak3 saya.

Apa yang saya nak share kan ialah saya sangat suka amalkan ESP sepanjang saya dalam dunia penyusuan. Kalau rasa breast lambat bengkak saya akan minum ESP dengan bancuhan yang pekat. [Tolong jangan tiru ya kalau anda tak minum 3-4 liter air kosong sehari]. Adakala bila mood down, memang perasan breast lambat bengkak...maka saya akan bancuh pekat2...alhamdulillah dapat rasa bengkak semula. Namun seperti saya bagi tahu perlu minum air masak dengan sangat banyakkkkkkkk untuk pastikan ia tak mengganggu kesihatan. Sebab minum air masak dengan banyak ia menyebabkan susu saya berterusan ditambah anak kerap menyusu.

Saya juga perasan, pengambilan alfalfa dengan banyak juga akan menyebabkan saya mendapat hasil yang sama. Selepas penelitian dan pembacaan serta pengalaman saya sendiri...saya dapati alfalfa kaya dengan protien dan zat galian yang lain. Malah alfalfa juga mengandungi vitamin K yang membantu memekatkan darah. Alfalfa saya amik selain bagus untuk susu ibu, tiada masalah keputihan dan memberikan keselesaan bila bergerak aktif.

Kenapa vitamin ini berkesan dalam dunia penyusuan? Ini kerana kandungan utama dalam susu ibu adalah protien, kalsium barulah diikuti dengan zat2 lain.



Dua vitamin ini sangat saya sukai semasa melalui dunia penyusuan untuk semua anak-anak saya. 6 bulan pertama mereka dah menunjukkan pertumbuhan yang sangat hebat dan menjadi pujian doktor. Namun vitamin lain pun saya makan juga terutama Vitalea, B complex, Vitamin C serta Kalsium dan Omega. Ini kerana setiap vitamin ini mempunyai fungsi utama untuk diri saya dan saya pasti dan yakin ianya disalurkan dalam susu ibu untuk anak2 saya.

Duit? Memang kami dahulukan beli vitamin berbanding lain-lain. Sebab bila anak sihat hati pun senang. Kalau nak tahu sampai sekarang saya dan keluarga amalkan minum ESP terutama masa breakfast. Mengapa? Sebab ia adalah keperluan utama sel. Protien diperlukan untuk bina sel dan baik pulih tisu2 yang rosak. Bila sel sihat, penyerapan vitamin lain juga menjadi lebih baik.

Jika anda belum pernah mencuba ESP, beri peluang untuk anda rasakan perbezaan produk ini terutama bila diambil bersama dengan vitamin lain.
credit:

Ingin susu lemak berkhasiat disamping pekat berkualiti? Mengapa tidak hubungi saya? 0193347834... Untuk ESP pada harga promosi + Free gift + Free postage...Apa tunggu lagi, call saya / whatsapp / pm saya untuk harga promosi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Healthy R Us Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez