Diet Untuk Golongan Darah 'A'
Dr. Peter J.D'Adamo
dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet
vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang
sedikit.
Ini
kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan
mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu
yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak
berbanding jenis darah lain.
Keadaan
ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti
asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu
sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil
tetapi dalam kuantiti yang terbatas.
Individu
dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah
melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju
alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah
terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu
kacang soya.
Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
Makanan
yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti
ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju
hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang,
mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.
Ciri khas individu jenis darah A:
- Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
- Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
- Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
- Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
- Cukup beristirehat
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba
Diet Untuk Golongan Darah 'B'
Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel.
Teori
Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari
makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan
makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang
tinggi.
Ciri khas golongan darah B:
- Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
- Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
- Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
- Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Pemilik
golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi
dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang
kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan
yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut,
semua produk susu kecuali 'blue chesse' dan aiskrim, telur ayam organik
dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan
berasaskan beras dan buah-buahan.
Manakala
makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam,
udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak
jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa,
santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan,
kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum,
mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba
Diet Untuk Golongan Darah 'AB'
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B.
Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.
Pengambilan
jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur
(kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian),
minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah,
semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis
buah-buahan kecuali jeruk.
Golongan
daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu,
udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang
diproses.
Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit.
Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.
Ciri khas individu jenis darah AB:
- Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
- Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
- Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek: Yogurt
Makan Tengahari: Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam: Omelet dan salad buah serta kopi
Diet Untuk Golongan Darah 'O'
Dr.
Peter J.D'Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak
mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat
dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta
sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk
susu dan gandum.
Beliau
turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan
buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis
bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D'Adamo turut menyenaraikan jenis
makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh,
terung, cendawan, dan kentang.
Bagi
pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak
diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber
daging.
Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
Ciri khas golongan darah O:
- Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
- Mudah mengadaptasi berbagai makanan
- Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
- Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
- Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek: Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek: Sepotong kuih
Makan Malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba
Rujukan: