WANITA ISLAM WAJIB TUTUP AURAT
1. Bulu kening -
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau
menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening -
Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2.
Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan)
menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang
mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan :
Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan
kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga
seperti pelacur dizaman jahiliyah .
3. Wangian - Siapa
sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum
supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap
melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang
berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari
Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada -
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi
bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat
31.
5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir
gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis
Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya
supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher - Dan
tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu
menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu.
Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan
ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7.
Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan
memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya
seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan
anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari
Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan - Sesungguhnya
kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum
yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis
Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata - Dan katakanlah
kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari
pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi
Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan
lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala
pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari
Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut
(suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam
berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam
hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari
S ura h Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat
ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala
mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan,
maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis
Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada
perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan
mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari S ura h An Nur Ayat
31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa
di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka
masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya -
Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang
perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan
dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari
Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12.
Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama
yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di
hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud , An
Nasaii dan Ibn Majah.Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 59.
Bermaksud
: Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu
dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab
(baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken
ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi
maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah
perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada
maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak
akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya -Petikan dari Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian
tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian
tertentu.
13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun
perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih
otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup
rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan
dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
sumber: