Susu ibu anugerah dari Ilahi yang sangat ternilai bagi setiap
titisannya. Setiap bayi selayaknya berhak untuk mendapatkan khasiat susu
dari ibunya. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu berusaha
memastikan bayi kita mendapat nutrisi yang mencukupi melalui pemberian
susu badan.
Susu
ibu mempunyai kandungan lemak, gula, air dan protein yang sempurna
untuk tumbesaran bayi. Banyak kandungan yang ada di dalam susu ibu tidak
ada di dalam susu lembu. Susu ibu lebih
senang dihadam
berbanding dengan susu formula. Ia mengandungi kurang protein dan
protein yang ada juga lebih nutrisi dari susu formula. Susu ibu
mengandungi antibodi
yang menolong melindungi bayi daripada bakteria dan virus. Antibodi ini
juga menolong mereka menentang jangkitan kuman dan penyakit. Bayi yang
menyusu susu ibu didapati lebih kurang mendapat jangkitan paru-paru,
jangkitan kuman pada pundi kencing, telinga dan juga septicimia.
Tidak ada bayi yang alah kepada susu ibu. Susu ibu
sentiasa steril,
tidak pernah tercemar atau rosak. Menyusu badan
menjimatkan wang. Tidak perlu membeli, menyukat dan membancuh di tengah malam buta.
Menyusu menyebabkan anda
lebih rapat dengan bayi
kerana sentuhan akan membuatkan bayi merasa nyaman, selamat dan selesa.
Menyusu boleh memyebabkan badan anda membakar kalori dengan lebih
cepat. Anda
senang kembali ke bentuk badan asal. Ia juga
menolong rahim mengecil dengan lebih cepat dan mengurangkan pendarahan. Menyusu
mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
Bayi yang menyusu badan lebih sihat. Kurang kadar sembelit dan cirit birit. Bayi kurang risiko untuk menjadi terlalu gemuk.
Susu Ibu Makanan awal terbaik!!!
- Kaya dengan DHA dan AA untuk pembentukan sel otak, mudah diserap
oleh usus bayi, kaya kolesterol, mengandung enzim pencerna lemak.
- Mengandung lactoferin (baik untuk usus), lisosim (enzim anti mikroba), kaya protein untuk tumbesaran tubuh dan otak.
- Kaya dengan laktosa (karbohidrat penting untuk perkembangan otak)
dan oligosakarida berfungsi untuk meningkatkan kesihatan usus.
- Kaya dengan sel darah putih dan imunoglobulin (untuk antibodi).
- Mengandung zat besi, zink dan kalsium, (besi mampu diserap sekitar 50-75%), juga mengandungi antioksidan.
- Kaya dengan enzim pencerna seperti lipase dan amilase. Kaya hormon seperti tiroid, prolaktin, oksitosin.
- Rasa Susu Ibu sesuai dengan makanan yang dikonsumsi oleh ibu.
Kebaikan Susu Formula:
- Mudah – Sesiapa sahaja boleh berikan susu kepada bayi, tak
semestinya ibu sahaja. Tak perlu kosongkan/ pam payudara pada waktu
tertentu. Tak perlu cari ruang privasi untuk memberi susu.
- Kurang frekuensi penyusuan kerana penghadaman susu yang perlahan. Bayi akan tidur lebih lama.
- Ibu tak perlu risau untuk kawal pemakanan sendiri – boleh makan apa
jua, atau tak makan langsusng (diet) kerana tak perlu risau tentang
penghasilan susu badan.
Walaupun kebaikan Susu Ibu kelihatan lebih banyak berbanding Susu
Formula, penyusuan susu ibu ini tidaklah semudah A-B-C, ya (namun,
tidaklah menyusahkan sehingga memudaratkan si ibu). Anda silap jika anda
rasa tak perlu baca apa-apa, dan apabila tiba masanya nanti (bila bayi
dah lahir), secara semulajadi anda akan pandai menyusu bayi/ susu akan
banyak melimpah ruah! Emm, fitrah semulajadi?
Jadi, mari kita lihat apa pula Cabaran Susu Badan berbanding Susu Formula.
Cabaran Menyusu Badan:
(1) Sakit di payudara pada peringkat awal kerana masih tidak pandai
untuk menyusukan (latch-on pain). Namun, masalah ini boleh di atasi
dengan mendapatkan pertolongan daripada yang pakar. Banyakkan pembacaan,
tingkatkan pengetahuan.
(2) Lebih frekuensi penyusuan kerana susu ibu sangat mudah di
hadam. Anda akan dapati bayi anda tidur tidak lama seperti bayi yang
minum susu formula.
(3) Lebih komitmen buat si ibu – perlu
kerap menyusu/ pam payudara untuk buat stok susu perahan. Namun, akan
menjadi lebih mudah dengan praktis yang berterusan & pengurusan masa
yang efektif.
(4) Ibu perlu hadkan pengambilan kafein.
(5) Kondisi kesihatan/ perubatan si ibu.
Cabaran Memberi Susu Formula:
(1) Perlu cari susu formula yang benar-benar serasi dengan bayi.
(2) Keselamatan produk tersebut.
(3) Susu formula yang berjenama agak mahal, terutama susu untuk bayi dari 1 hari ke 6 bulan. Ada yang 1kg = RM100!
(4) Kurang antibodi.
(5)
Kesesuaian dengan keperluan bayi seiring dengan pembesaran bayi. Perlu
tukar jenis-jenis susu apabila bayi telah capai umur tertentu.
(6) Kebarangkalian untuk kolik dan sembelit adalah lebih tinggi.
Sekarang
anda dah tahu kebaikan di antara Susu Ibu dan Susu Formula, serta
cabaran masing-masing, mungkin anda boleh jadikan panduan ini untuk
membuat keputusan dalam memilih makanan awal yang mana untuk anak anda,
bergantung kepada tahap keselesaan dan cara hidup anda.
credit: