Tips untuk Ibu-ibu yang belum nampak perubahan setelah consume Set Penyusuan Shaklee

Nukilan Mama Ain 0 comments
Alhamdulillah.. saya sangat gembira apabila customers saya memberikan feedback positif setelah mencuba set penyusuan yang kami sediakan. Set penyusuan yang terdiri daripada Vitalea, B Complex, Vitamin C dan Alfalfa. Ini adalah set basic (asas).

Tapi, tak kurang juga yang tidak mendapat hasil yang mereka mahu, lebih-lebih lagi jika mereka ini sedang mengalami zaman kemelesetan hasil tenusu. Saya faham, semua orang kalau boleh mahu hasil yang cepat. Tapi, perlu diingat, vitamin bukan ubat, bukan dadah .. secepat mana hasil yang mahu dilihat depends pada kondisi tubuh dan usaha masing-masing.

Bagi yang mengambil Set Penyusuan, ada TIGA PERKARA PENTING harus anda lakukan.


                     
Tiga Tips Penting Sukses Breastfeed dengan Vitamin Shaklee

1.Minum 3 liter air masak sehari : air merupakan indicator yang sangat penting bagi mereka yang mengambil natural supplement kerana air membantu untuk mengatasi masalah healing crisis, sebagai contoh ibu mengalami pening kepala jika kurang air dalam badan.

2. Pam 3 jam sekali/ min 6 kali sehari : lagi kerap anda kosongkan breast lagi banyak susu boleh dihasilkan (supply on demand). Power pumping juga sangat membantu buat jika perlu.

Notes : Bagi yang mahu relaktasi, anda harus pam setiap 2 jam dengan kekerapan 8-12 kali sehari sebelum mendapat rhythem yang anda mahukan.

3. Niat IKHLAS, DOA dan TAWAKAL : mintaklah dengan Allah S.W.T kerana rezeki susu ibu itu datangnya dari Dia, Ikhlaskan hati untuk menyusukan anak bukan sebab ikut-ikutan atau ingin bersaing dengan kawan-kawan, dan seterusnya Tawakal..banyakkan berzikir sewaktu menyusukan dan mengepam. Sabar dengan usaha yang telah dilakukan jangan cepat mengalah bila hasil tidak seperti yang diharapkan.

Ingat tau TIGA PERKARA PENTING ni.

Sekarang mari kita lihat kenapa anda tidak mendapat hasil sebagaimana yang didapati dalam testimoni-testimoni customers kami yang berjaya :


5 Sebab Gagal Banyakkan Susu dengan Vitamin Shaklee

1. Tidak amalkan 3 langkah diatas : makan supplement dalam Set Breastfeeding Shaklee tapi minum air tak cukup, pam pun jarang-jarang hanya pam bila breast bengkak je..katanya kalau breast tak bengkak susu tak de..kalau macam tu lah caranya memang tak de maknalah perhabis duit beli supplement. Silap hari bulan dapat pening kepala je sebab bahana healing crisis (badan kurang air).

2. Tidak tahu fungsi vitamin : senang cerita main makan je, bila kawan-kawan kata set ni bagus ibu ni pun beli dan tak tahu pun apa yang dia beli dan apa yang dia makan. Vitamin ni bukan ubat, ia tiada dadah seperti yang tedapat dalam pil hormon untuk tambah susu. Vitamin bertindak secara perlahan dan lembut di dalam badan dan mungkin mengambil masa untuk serasi dengan badan kita. Janganlah mengharap bila makan Set Breastfeeding ni terus susu memancut-mancut keluar sedangkan baru je sehari makan, terus nak salahkan vitamin.

3. Tidak sabar dan tamak : seperti yang saya katakan tadi Natural Supplement Shaklee tiada mengandungi dadah dan mengambil masa untuk menampakkan hasil. Ibu-ibu kene sabar dan jangan cepat mengalah. Natural Supplement Shaklee bertindak mengikut badan kita jika badan kita banyak sel yang rosak maka lambatlah untuk menampakkan hasil. Ibu-ibu jangan tamak, bila dah mengambil satu jenis milk booster jangan pula dalam masa yang sama mengambil milk booster lain..atas alasan untuk memeriahkan susu, tapi apa yang ibu-ibu dapati anak yang akan cirit-birit. Makan dulu satu jenis jangan setiap jenis milk booster anda ingin cuba.

4. Berniat tidak baik : dalam apa jua perkara yang kita buat mestilah dengan niat yang baik "Lillah hi Taala". Jangan kita pesongkan niat kita, mintaklah dengan Allah supaya usaha kita ini membuahkan hasil seperti yang kita inginkan.

5. Tidak merujuk kepada pengedar yang sah : "niat bukan nak berniaga semata-mata" saya agak kecewa bila ada ibu-ibu yang mengambil Set Breastfeeding Shaklee ini tidak merujuk kepada pengedar apabila menghadapi masalah berkaitan pemakanan vitamin ini. Terus salahkan vitamin katanya tidak bagus tapi baru je makan 2 hari sebab pening kepala, itulah yang dinamakan healing crisis. Jika rujuk kepada saya, InsyaAllah saya cuba jawab bagi penyelesaian masalah anda.

So, dah tahu puncanya, sekarang saya kongsikan tips yang saya harap dapat membantu kawan-kawan yang belum berjaya.

Tips Buat Yang Mahu Tambah Susu dengan Vitamin Shaklee

1. Buat checklist : pastikan ibu-ibu telah buat 3 langkah di atas, wajib.

2. Belajar tentang vitamin@supplement : ibu-ibu boleh menggali di blog saya berkaitan vitamin@supplement, tidak perlu membeli buku yang mahal mengenai vitamin @ supplement. Mesti tahu tentang vitamin@supplement apa yang anda makan, jangan jadi buta dan terus mendengar kata-kata mereka yang tidak pro-vitamin. Sangat sedih bila ibu-ibu tidak tahu apa yang di makan dan terus salahkan vitamin.

3. Bersabar : bukan setiap usaha kita terus membuahkan hasil, kesabaran itu sangat penting untuk mengatasi sesuatu masalah. Jangan terburu-buru.

4. Betulkan niat : berniatlah untuk berubat, bukan berniat untuk cari kesalahan penjual semata-mata. "Lillah hi Taala" dalam apa jua yang anda buat.

5. Dapatkan nasihat pengedar anda : dapatkan dulu nasihat dari pengedar anda, kerana kebiasaannya pengedar akan merujuk kepada Pakar Nutrisi Shaklee, bukan memberi maklumat tanpa asas yang betul. Bukan semua Doktor pro-supplement (sama juga bukan semua Doktor pro-breastfeeding) kalau tidak masakan ibu yang tidak cukup susu disuruhnya tambah dengan Susu Formula. Tepuk dada tanyalah IMAN
*** rujukan : Mommy Lyna

Insya ALLAH. Sekiranya anda ada masalah, kami sedia membantu.Call saya untuk keterangan dan nasihat percuma... 019-3347834

Atasi Masalah Anak Sering Demam

Nukilan Mama Ain 0 comments

Kesihatan Kanak-kanak

Bayi yang demam atau kurang sihat pasti meragam dan anda juga pasti tidak dapat berehat dengan secukupnya terutama ibu bekerjaya. Ianya lumrah kehidupan. Jangan anda ambil mudah kerana jika panas badan terlalu tinggi, bayi anda mungkin akan terkena sawan. Anda boleh mengatasinya dengan pelbagai cara sebagai ikhtiar...Salah satu penyebab anak sering demam ialah berkait dengan sistem imunitinya.

                             

Sistem imun merupakan salah satu sistem paling sensitif dan kompleks dalam tubuh badan kita. Ia bekerja untuk menghapuskan bahan asing dan merbahaya dalam tubuh kita. Senang kata, sistem imun akan mengenalpasti bahan yang sememangnya ada dalam tubuh badan secara semula jadi dan bahan-bahan asing atau memudaratkan…. kemudian menghapuskan atau meneutralkan bahan asing itu. Semua perkara daripada pemulihan kepada kemerosotan yang disebabkan proses penuaan, hinggalah proses pemulihan daripada sesuatu penyakit, (walaupun cuma luka kecil), adalah bergantung kepada kecekapan sistem imun.

Sistem imun ni umpama tentera yang menjaga tubuh kita dari dirosakkan oleh elemen luar yang boleh menjadikan kita sakit.

Apakah vitamin untuk tingkatkan imuniti terutama untuk atasi masalah anak sering demam ni?

UNTUK KANAK-KANAK 1-3 TAHUN -> Mealshake & Omega Guard
UNTUK KANAK-KANAK 4-12 TAHUN -> Vita C Chewable, Vitalea for Children, Mealshake, Omega, Nutriferon
12 TAHUN KE ATAS -> Nutriferon, B-Complex, Carotomax, Vita-C, Vita-E, Vitalea

Set nutrisi ini memastikan anak-anak kita menerima jumlah vitamin yang mencukupi untuk memelihara kesihatan selular, fungsi organ utama yang normal dan pengeluaran tenaga yang mencukupi agar tubuh badan dapat mengekalkan kesihatan optimum.

Ia juga untuk menguatkan lagi mekanisma pertahanan tubuh badan terhadap bakteria, virus dan kulat, dengan kombinasi minyak ikan, b complex, dan antioksidan seperti Beta-Karotena, Vitamin C, Vitamin E serta juga selenium bagi membantu menguatkan lagi sistem imun tubuh badan anda dengan mengawal aktiviti radikal bebas yang merosakkan tubuh.

Bagi anak-anak yang kurang selera makan, mengalami sembelit, sering mengantuk juga sesuai untuk mengambil set ini.

Ibu bapa yang prihatin tentunya mahukan yang terbaik untuk anak-anak.

Jangan sembarangan memberikan mereka makanan tambahan. Pastikan ianya dari sumber semulajadi yang tidak memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan mereka.
credit

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee dan konsultasi percuma, sila hubungi saya :- 0193347834

APABILA ANAK DEMAM PANAS

Nukilan Mama Ain 0 comments
DOA RAWATAN UNTUK DEMAM PANAS



Salam Pembaca Yang Setia,

Atas permintaan seorang pembaca untuk anaknya yang selalu demam panas. Demam panas adalah biasa bagi kanak-kanak tapi luarbiasa bagi yang dewasa pula. Jika tidak dikurangkan panas yang melampau itu. Kesan keatas kanak-kanak sangat serius dimana ia akan menganggu bahagian otak dan boleh mengakibatkan kanak-kanak itu mendapat sawan (Epilepsy), kerosakan otak dan terencat akal. Siapa mahu anak-anak jadi begini. Bila kanak-kanak sudah kena sawan, kadang-kadang ia boleh membahayakan dirinya bila bermain seorang diri. Penyakit sawan jika tidak dirawat semasa kecil, ia akan dihidapi sampai ke dewasa nanti.

Daripada hadis Nafi’ bin Jubir, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada anda demam, sesungguhnya demam itu adalah sebahagian daripada api neraka, hendaklah memadamkannya dengan air sejuk. Hendaklah berendam dalam sungai yang mengalir, mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tak sembuh cubalah sebanyak 5x,7x atau 9x. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi daripada 9x InsyaAllah.

Rawatan jika anak demam panas melampau.

Langkah 1. Sebelum itu bawa anak ke klinik yang berdekatan. Jika tidak "jelum" kepalanya dengan tuala yang direndam dengan air. Air itu dimasuk sedikit asam jawa. Jelum sampai hilang panas dikepala.

Langkah 2. Bacakan doa-doa berikut:

1. Al-Fatihah (1x).
2. Ayat Kursi (1x).
3. Doa Demam Panas (3x). Dibaca pada air kosong dan diberi minum.



Maksudnya:

"Dengan nama Allah Yang Maha Besar, aku memohon perlindungan dengan Allah Yang Maha Agung daripada kejahatan urat dan kejahatan kepanasan api"

Wasallam.

Collagen Powder dari Sisik Ikan Merah

Nukilan Mama Ain 0 comments
Collagen Powder dari Sisik Ikan Merah. KENAPA??
------------------------------------------------------------------------------------

Kolagen pelihara kulit anjal

APABILA ada wanita berusia 40-an ke atas dan masih memiliki kulit yang tegang dan anjal, pasti ramai bertanya rahsia kejelitaannya. Bagaimana dia mampu menjaga kecantikan untuk tampil cantik dan anggun walaupun sudah memasuki usia separuh abad.

Di dalam Islam, menjaga kecantikan serta berhias cantik untuk suami adalah diwajibkan. Namun, bagi wanita Muslimah, melakukan rawatan pembedahan merubah wajah adalah dilarang kerana hukumnya haram.

Menyedari kebanyakan wanita berkerjaya masa kini ramai yang mementingkan kecantikan selain mendapatkan rawatan halal, terdapat pelbagai cara boleh dilakukan wanita bagi meneruskan impian mendapatkan kulit yang cantik, anjal dan berseri iaitu menerusi produk makanan kesihatan yang banyak terdapat di pasaran.

Jika dulu ramai tidak tahu kepentingan kolagen, tetapi kini rata-rata wanita memilih makanan kesihatan berasaskan kolagen kerana dikatakan bahan ini mampu melambatkan proses penuaan selain menjadikan kulit lebih anjal dan cantik.credit:

Terdapat byk jenis produk kolagen dipasaran sekarang kan? Istimewanya SHAKLEE COLLAGEN POWDER dihasilkan dengan gabungan 7 ramuan yang aktif untuk meningkatkan keberkesanan kolagen. Dan formula SHAKLEE memilih kolagen dari sisik ikan merah...

Kolagen daripada sisik ikan merah. Ikan merah hidup secara bebas dalam lautan sedalam 5000m. Adalah sukar bagi ikan yg biasa untuk hidup di bawah keadaan lautan yg bertekanan tinggi

Kenapa Shaklee menggunakan ikan merah sebagai formula istimewanya?

Kerana ikan merah boleh menahan tekanan sehingga 20paun, bertelur dan hidup dengan bebas di dalam lautan dalam. Menjadikan ia sumber kolagen yang sangat lasak.

♥ Sangat lasak dan elastik
♥ Kepaduan sel yang sangat tinggi
♥ Tinggi kapasiti dalam mengekalkan kelembapan
♥ Jisim molekul yang sangat rendah untuk penyerapan unggul


                        
credit:

Teruja tak, nak cuba Collagen Powder???
----------------------------------------------------------------------------------------------------

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi. 

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee dan konsultasi percuma, sila hubungi saya :- 0193347834

Tanda-tanda bersalin & Petua Senang Bersalin

Nukilan Mama Ain 0 comments
Alhamdulillah, aku dah pun 3 orang anak sekarang. Semuanya mempunyai pengalaman yang berbeza, tapi semuanya tetap dilahirkan secara normal. Susah mana pun, mama tetap lahirkan anak mama secara normal tanpa epidural...

Mama ada 3 orang anak, Quesha, Hazriq dan Tasnim. Semuanya berat 3.2kg, 3.5kg dan 3.8kg... Magic kan? Titisan emas mama hadiahkan sepanjang 2tahun untuk semua anak2 mama, tanda sayang, kasih dan cinta mama... Memang hak korang pun... Jom kita tengok tanda2 hendak bersalin dan petua senang bersalin.

Tanda-tanda Hendak Bersalin

PENGALAMAN sakit bersalin berbeza-beza bagi setiap wanita. Ada yang merasakan seperti perut memulas hendak membuang air besar, sakit belakang, perut seperti akan pecah dan seumpamanya.

Bermula seawal 28 minggu usia kandungan, wanita akan mula mengalami pengecutan rahim yang normal secara fisiologi, ia dinamakan pengecutan rahim Braxton-Hicks.

-Pengecutan rahim ini berlaku jarang-jarang, sekitar setiap 30 minit dan mengambil tempoh beberapa saat saja serta tidak menyakitkan. Ini berbeza dengan pengecutan rahim bersalin yang dialami setiap 15 minit namun kemudiannya menjadi lebih kerap (setiap lima atau tiga minit), setiap satu pula semakin panjang tempohnya (sehingga 45 saat) dan disertai dengan kesakitan.

-Tempoh ini bolehlah dikira secara meletakkan tapak tangan pada puncak rahim untuk mengesan pengecutan rahim itu yang sentiasa datang dan menghilang.

-Berjumpalah dengan doktor untuk mengesan punca kesakitan yang anda alami. Tanda hampir bersalin adalah seperti berikut:

-Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.

-Keluar lendir pekat seperti gam yang lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.

-Pengecutan otot rahim yang semakin kerap dan untuk tempoh yang lama.

-Keluar lendir bercampur darah apabila pintu rahim mula membuka.

-Anda juga boleh mempelajari cara mengesan pengecutan otot rahim. Ia juga dapat dilihat dalam carta cardio-tocograph atau CTG yang mencatat pola aktiviti jantung bayi serta pengecutan otot rahim.

Ia dilakukan secara melekapkan dua alat berbentuk cakera tebal ke atas puncak rahim dan pada kawasan jantung bayi, alat ini dilekapkan dengan bantuan tali pinggang bergetah dan dibiarkan selama kira-kira 20 minit. Ujian air kencing juga mungkin dilakukan untuk memastikan tiada jangkitan air kencing yang juga boleh mengakibatkan kesakitan yang sama walaupun lazimnya ia lebih kepada sakit bahagian ari-ari.

Selain tanda di atas, anda juga perlu ke hospital jika mengalami keluar air ketuban, pergerakan bayi menjadi kurang kerap, keluar darah atau apa saja masalah yang dialami untuk kepastian doktor. Waktu 40 minggu adalah dikira bermula hari pertama haid terakhir sehingga tarikh jangkaan bersalin. Namun, 90 peratus wanita didapati sudah selamat bersalin sebelum tiba tarikh terbabit, sekitar 10 hari sebelum tarikh itu.

Bayi dikatakan cukup bulan apabila mencecah usia 38 minggu kandungan. Bayi pula dikatakan lebih hari jika masih belum dilahirkan selepas tarikh 40 minggu, jika melebihi 42 minggu pula dikatakan lebih masa. Lazimnya bayi selamat jika lahir dalam tempoh 38 hingga 41 minggu, sebaliknya melebihi usia 42 minggu pula dikaitkan dengan risiko kepada bayi.

Membenarkan bayi di dalam kandungan melebihi usia 40 minggu memerlukan pengawasan pergerakan bayi, kandungan air ketuban, keadaan uri, aktiviti jantung dan seumpamanya bagi wanita yang tidak mempunyai masalah seperti darah tinggi, kencing manis atau rhesus negatif. Pada masa sama, jika keadaan terbabit masih memuaskan, kandungan mungkin dibenarkan selama sekitar seminggu bagi memberi peluang jika anda didatangi sakit bersalin sendirinya tanpa perlu dipaksa bersalin (induksi). Namun, ia lebih bergantung kepada keputusan anda setelah mendapat pandangan doktor anda.


Sumber: Harian Metro


                               

PETUA MUDAH BERSALIN - PETUA SEBELUM BERSALIN
  • Elakkan mengangkat benda-benda terlalu berat kerana boleh menyebabkan rasa mual dan hendak muntah. Elakkan 'melompat' dari kati selepas bangun tidur.
  • Amalkan pemakanan yang mengandungi asid folik yang baik untuk pertumbuhan otak bayi dan badan ibu.
  • Sesetengah ibu mengalami gejala gusi lembut dan mudah berdarah. Pilihlah berus gigi dari jenis yang lembut. Banyakkan memakan sayur, buah dan yogurt. Elakkan makan buah nenas atau buah peach kerana boleh menjadi punca keguguran.

Minum Minyak Tanak --> aku ada buat selusuh pakai minyak, tp telan skali je, masa nak bersalin, sebelum tuh sapu kat perut ja, yg minum tu air...
Semasa kandungan berusia 6 bulan minum minyak tanak (santan kelapa tua yang ditanak sehingga menjadi minyak) sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Bila kandungan mencapai 9 bulan amalkan meminum setiap hari. Kadar minyak satu sudu teh.

Petua Mudah Melahirkan Anak : Telan Telur Ayam -->Aku selalu amalkan ni, tp telor ayam kampung lah, dengan air milo...
Supaya mudah bersalin, telanlah sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum waktu untuk melahirkan anak.


Tambahan:
  • baca Surah Maryam start from 3rd trimester
  • masa dah contraction (dlm labour room) baca doa Nabi Yunus masa terperangkap dlm perut ikan nun (baca ulang2 kalo bleh sampai la bersalin)
“Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang orang yang zalim". (Surah Al-Anbiya': ayat 87)
  • Mintak maaf kat husband, sbb org ckp kalo byk dosa dengan husband susah beranak (Jangan ada sedikit pun kekesalan dihati suami)
  • Mkn kurma masa pregnant
  • Byk berjalan
  • Byk2 berdoa kpd Tuhan supaya dipermudahkan utk bersalin nanti       
p/s kita hanya berusaha, Allah jgk yg menentukan nanti bila sampai masanya.. insya Allah... Semoga dipermudahkan...

HIKMAH SAKIT BAGI MANUSIA

Nukilan Mama Ain 0 comments
HIKMAH SAKIT BAGI MANUSIA

Credit: Zaldy Munir

“Tidaklah orang Muslim ditimpa cobaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.”
(HR. Bukhari-Muslim)

SETIAP orang pasti pernah mengalami sakit. Rasulullah SAW sendiri mengalami sakit demam berat. Namun begitu Nabi tetap sabar dan tabah. Beliau mengatakan kepada Ibnu Mas’ud ra, bahwa penyakit yang datang ke dalam tubuh seorang Muslim itu dapat menggugurkan dosa sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.

Dalam waktu lain, Rasulullah menjenguk Salman al-Fahrisi yang tengah berbaring sakit. Rasulullah bersabda. “Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.”

Rasulullah pun melarang untuk mencela penyakit. Ketika Ummu Saib sakit demam dan mencela penyakit yang menimpanya, Nabi bersabda.“Janganlah kamu mencela demam. Karena sesungguhnya demam itu menikis kesalahan anak cucu Adam sebagaimana bara api mengikis keburukan besi.” (HR. Muslim)


                                                  

Hikmah Sakit
 

Dalam sebuah buku yang berjudul Yasalunaka fi al-Dinwa al-Hayat dan dikutip dalam Tabloid Syiar, Dr. Ahmad al-Syurbasi menulis ada lima hikmah dari sakit yang dialami manusia.  

Pertama, sakit merupakan kesempatan untuk beristirahat. Kecendrungan manusia saat sehat adalah memperlakukan tubuhnya laksana robot. Ia terus bekerja demi mengejar kenikmatan dan kesenangan materi tanpa henti dan tanpa memperhatikan kesehatan diri sendiri. Ia tidak menyadari bahwa otot-otot yang ada dalam tubuhnya memiliki keterbatasan.

Maka ketika seseorang sakit, ia memperoleh kesempatan untuk beristirahat, sambil melakukan introspeksi dan berpikir untuk memperbaiki pola hidupnya setelah ia sembuh nanti.


Kedua, sakit merupakan pendidikan. Ketika seseorang sakit parah, ia akan memahami betapa mahalnya nilai kesehatan. Ia pun rela mengeluarkan segala yang ia miliki demi kesembuhan penyakitnya.

Ketika seseorang sakit, ia akan meresakan betapa nikmatnya selalu ditemani, dilayani, disediakan makanan, dan yang paling nikmat dihibur. Maka, setelah sembuh nanti, ia akan tahu apa yang harus ia lakukan ketika orang lain yang sakit.

Ketiga, sakit merupakan teguran atas kesombongan manusia. Ketika sehat, manusia terkadang bertingkah seolah-olah dialah yang paling gagah, paling berkuasa dan paling berpengaruh. Tapi ketika sakit menderanya, segagah apapun menusia, sebesar apapun manusia dan sebesar apapun pengaruhnya, ia tidak dapat beranjak dari tempat tidurnya. Ketika itu, ia tidak lebih dari seonggok tulang dan darah yang dibungkus kulit.


Keempat, sakit merupakan kesempatan untuk bertaubat dan menghapus dosa. Hal ini bukan hanya dilakukan oleh yang saleh, orang sejahat apapun ketika sakit parah tak bisa berbuat apa-apa. Tangannya tidak ringan lagi. Mulutnya tak mampu mencacimaki lagi. Yang ada hanyalah penyesalan dan penyeselan.

Di samping itu, sakit yang diderita manusia merupakan kesempatan untuk memohon ampun atas dosa-dosanya. Dalam hadits diterangkan. “Tidaklah seorang muslim tertimpa keletihan, sakit, kebingungan, kesedihan dan keruwetan hidup, atau bahkan tertusuk duri, kecuali Allah menghapus dosa-dosanya. (HR. Muttafaq Alaih).

Kelima, sakit merupakan kesempatan untuk memperbaiki hubungan keluarga dan sosial. Ketika seseorang sakit, kerabat dekat akan semakin dekat, kerabat jauh akan menjadi dekat dan yang kenal akan semakin akrab. Ketika seorang anak sakit, orang tua akan semakin sayang dan perhatian terhadap anaknya. Sebaliknya, ketika orang tua sakit, sang anak akan semakin sayang dan hormat kepada orang tuanya.

Alangkah mulianya Allah yang telah meciptakan segala-galanya tanpa sia-sia. Hanya satu sakit yang Dia timpakan kepada manusaia. Akan tetapi, begitu banyak kebaikan yang dikandungnya. Kebaikan bagi si sakit yang sabar, kebaikan bagi orang tua dan keluarga yang melayani, kebaikan bagi masyarakat yang berbondong-bondong menjenguk, kebaikan bagi semua doa yang terucap.

Alfalfa, B Complex dan Vit C mengatasi masalah alergi pada seafood

Nukilan Mama Ain 0 comments
Seafood adalah kegemaran ramai, tapi anda mungkin salah seorang yang mengalami masalah alergi pada seafood. Saya ada penyelesaiannya...

Testimonial suami saya:

Sejak consume set resdung ni, terutama vitamin C dan alfalfa, alergi dan resdung pagi2 dah kurang. Nampak ketara, bila saya biasanya terpaksa amik pil untuk hilangkan gatal2 pada muka dan badan, tapi kali ni saya tak perlu mengambilnya lagi setiap kali nak makan sotong ataupun udang. Apa lagi ketam, saya rasa macam tercekik je... Bersin saya pun tak lah sekerap dulu. Dulu pagi2 saya selalu bersin dan akan mengalami gatal pada hidung yang tak jadi kerja dibuatnya. Langsung tak selesa. Rasa nak cabut je hidung tuh pun ada... Syukur Alhamdulillah, sejak isteri saya berbest friend dengan Shaklee, set resdung ni menjadi supplement saya yang setia sampai sekarang. Suka sangat hati kerana tidak perlu lagi mengushar lagi produk2 lain di pasaran.

                                                                        

Dalam set resdung terdapat :

Vitamin C - berfungsi sebagai antioksida dan meningkatkan antibodi badan so tak mudah terkena selsema lagi

B-complex - berfungsi utk menstabilkan hormon dan bertindak sebagai penenang.

Alfalfa - berfungsi mengurangkan keradangan dengan sumber klorofil yang terkandung didalamnya.

                                            

Hubungi kami untuk dapatkan harga istimewa!! ;)

*DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya :- 0193347834


 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Healthy R Us Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez