Promosi Januari 2013 - Joint Health Tablet

Nukilan Mama Ain 0 comments
MERAIKAN KEDATANGAN 2013 
DENGAN SENDI YANG SIHAT

PROMOSI JANUARI 2013

BERTENAGA SAMBIL BERIBADAH

Nukilan Mama Ain 0 comments



Jom raikan Malam Tahajjud serta lain-lain ibadah di malam hari dengan kusyuknya. Tambahkan TENAGA dengan Energizing Soy Protein (ESP) tanpa was-was.

Dapatkan ESP sebagai teman setia anda hari ini!!!

Hubungi / whatsapp saya di 0193347834, harga istimewa khas untuk anda yang sangat2 prihatin betapa perlunya kita menjaga kesihatan dan bertenaga sepanjang masa...

Jangan risau DEMAM KUNING (JAUNDIS)

Nukilan Mama Ain 0 comments
Bayi Demam Kuning, Ibu Tak Perlu Risau

            

RAMAI ibu terutama yang baru saja melahirkan anak risau apabila bayi mereka mengalami jaundis. Terpaksa berulang-alik ke hospital untuk menjalani ujian darah sangat memenatkan. Lebih teruk apabila si ibu dan bayi terpaksa ditahan di hospital kerana harus menjalani rawatan fototerapi.

Apa yang membuatkan keadaan bertambah kusut apabila orang di sekeliling mencadangkan agar menggunakan pelbagai kaedah tradisional seperti bayi diberi minum susu kambing, berjemur di bawah matahari, mandi dengan air kunyit atau herba sehingga si ibu sendiri keliru mana satu yang harus diikuti. Petua ini mungkin juga berguna, mungkin juga sebaliknya atau akan membuatkan keadaan bertambah teruk.

Rata-rata ibu percaya kaedah tradisional sangat membantu bagi mengurangkan masalah demam kuning di kalangan bayi. Ini kerana wujud tekanan atau rasa panik bagi ibu apabila bacaan jaundis pada bayi semakin meningkat. Ini ditambah dengan kurangnya ilmu pengetahuan mengenai jaundis yang dianggap masalah serius pada bayi.

Menurut Pakar Kardiologi Pediatrik, Hospital Perubatan Pantai, Dr Azam Mohd Nor, jaundis atau demam kuning di kalangan bayi adalah perkara normal.Dianggarkan 60 hingga 70 peratus bayi baru lahir mengalami gejala ini. “Jaundis merujuk kepada bayi yang mempunyai tanda seperti bahagian putih mata dan kulit yang berwarna kekuningan. Warna ini dapat dilihat dengan lebih jelas pada bahagian muka, dada, perut dan kaki apabila kulit bayi ditekan lembut dan akan bertukar kekuningan,” katanya.

Bagi ibu-ibu muda, Dr Mohd Azam menasihatkan supaya jangan risau sekiranya selepas dua hari dilahirkan bayi mengalami demam kuning kerana ini adalah fenomena biasa apabila darah pada bayi menjadi rosak, pecah dan dicernakan di dalam hati. Pencernaan dan penguraian komponen dalam darah ini akan menghasilkan bilirubin.

“Biasanya bilirubin akan dibuang melalui najis dan air kencing. Tetapi apabila terdapat terlalu banyak darah yang rosak dan pecah kemudian dihuraikan secara serentak dalam satu masa, tahap bilirubin dalam darah akan meningkat. Peningkatan bilirubin inilah yang dapat dikesan melalui kekuningan pada tubuh bayi,” katanya.

Apa yang ibu bapa perlu tahu setiap bayi mempunyai tahap kuning berbeza dan akan mula dikesan pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia mula kelihatan dari kepala dan turun ke kaki. Jaundis akan kelihatan pada bahagian muka, diikuti dada, perut dan kaki.

“Pemeriksaan bayi untuk demam kuning biasanya boleh dibuat di dalam cahaya matahari atau di bawah lampu panjang putih (fluorescent) dan bukannya mentol kuning kerana ini akan menampakkan kulit bayi lebih kuning,” jelasnya.

Biasanya bacaan bilirubin akan meningkat pada hari ketiga, kelima dan ketujuh. Tahap bilirubin yang melebihi 85umo1/1 (5mg/dL) akan menunjukkan tanda kekuningan dan sekiranya meningkat kepada 100umo1/1 ia masih di dalam kawalan. Namun sekiranya dalam masa seminggu tahap bilirubin meningkat sehingga melebihi 340umo1/1 atau 21mg/dL, rawatan fototerapi akan diberikan.

“Bayi akan diletakkan di bawah lampu biru mengandungi 450 nano water dengan hanya memakai lampin dengan mata ditutup. Cahaya lampu ini berfungsi menukar bilirubin kepada biliverdin yang lebih ‘mesra tubuh’ dan akan dikumuhkan menerusi air kencing. Sekiranya rawatan fototerapi ini gagal menghalang daripada kenaikan tahap bilirubin sehingga mencecah 428umo1/1 atau 25mgd/L, rawatan pemindahan darah terpaksa dilakukan,” katanya.

Menurut Dr Azam, apabila pemindahan darah tidak dilakukan dan jaundis berlarutan sehingga 30 hari dikhuatiri bayi akan menghidap penyakit lain seperti radang hati, saluran darah tersumbat atau hepatitis. Lebih teruk sehingga menyebabkan kerosakan otak, sawan serta gangguan pendengaran.

Namun ibu bapa tidak perlu bimbang kerana kini, kes pemindahan darah amat jarang berlaku. Ini kerana pemantauan daripada pihak hospital menyebabkan tahap bilirubin dapat dikurangkan selepas seminggu kelahiran.

Secara saintifik, antara faktor paras bilirubin pada bayi normal meningkat disebabkan oleh:

-Bayi tidak diberikan susu ibu sepenuhnya.

-Jaundis lebih kerap berlaku di kalangan bayi pramatang atau tidak cukup bulan berbanding bayi cukup bulan. Ini kerana hati tidak dapat memproses bilirubin dengan cepat. Usus mungkin tidak berfungsi sepenuhnya, terutama jika mereka sakit dan tidak disusukan.

-Sel darah merah bayi mempunyai tempoh hayat yang lebih pendek dan pecah dengan cepat. Biasa berlaku bagi bayi yang mempunyai G6PD.

-Lebam pada badan bayi yang disebabkan proses kelahiran seperti kaedah vakum yang menyebabkan banyak sel darah merah rosak dan perlu diganti.

-Darah ibu dan bayi tidak sesuai.

-Ibu menghidap kencing manis.

-Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran.

-Bayi lelaki Asia mempunyai peratusan demam kuning yang lebih tinggi dan kerap berbanding bayi perempuan.

-Ibu bapa perlu merujuk kepada doktor dengan segera sekiranya demam kuning dikesan dalam tempoh 24 jam selepas kelahiran yang membabitkan bahagian tangan dan kaki, atau bayi demam melebihi 37.8 darjah Celsius atau bayi kelihatan lemah dan tidak sihat. Ini kerana jaundis dianggap serius dan memerlukan rawatan rapi.

“Ia boleh disebabkan masalah yang serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal, jangkitan atau kelahiran yang trauma atau kelahiran pramatang sebelum 28 minggu,” ujarnya.

Ramai ibu bapa gembira apabila melihat bayi mereka tidur lena selepas dilahirkan.

Namun menurut Dr Mohd Azam, tidur yang nyenyak dan berpanjangan sepanjang hari akan menyebabkan bilirubin meningkat.

“Ini kerana bayi tidak dapat menyusu dengan kerap. Sebaiknya kejutkan bayi untuk menyusu sekerap mungkin. Semakin banyak susu ibu diberikan ini akan menggalakkan pergerakan usus dan menyebabkan bilirubin dapat dikeluarkan daripada tubuh menerusi najis. Penyusuan yang bagus apabila bayi disusukan setiap tiga jam sekali atau lapan hingga 12 kali sehari,” katanya.

Bayi jaundis perlu dipastikan agar tidak mengalami kekeringan akibat pengambilan cecair yang tidak mencukupi. Namun ibu dinasihatkan tidak memberikan air masak kerana air ini tidak memberi sebarang tenaga dan kesan positif kepada bayi.

Selain itu, bayi yang tidak pandai menghisap, puting susu tenggelam, pembedahan Caesarean, penggunaan ubat penahan sakit dan bayi yang tidak matang dengan daya menghisap yang lemah akan mendorong kepada peningkatan bilirubin.

Terdapat juga jaundis susu ibu yang mengakibatkan kelewatan atau memanjangkan tempoh pembuangan lebihan bilirubin melalui usus. Biasanya bermula daripada minggu kedua dan akan hilang selepas beberapa minggu atau beberapa bulan kemudian. Walaupun mendapat susu mencukupi, bayi masih mendapat jaundis.

Jika kadar bilirubin terus meningkat, doktor mungkin menasihatkan untuk memberhentikan penyusuan badan selama dua atau tiga hari. Namun dalam masa ini, ibu dinasihatkan memerah susu bagi mengekalkan bekalan susu dan boleh meneruskan penyusuan apabila tahap bilirubin menurun.

Bagi menghasilkan susu ibu yang banyak serta berkualiti, ibu harus mendapatkan makanan berkhasiat dan seimbang supaya dapat menghasilkan susu yang banyak serta berkualiti. Paling penting, jangan risau atau tertekan kerana ini akan menyebabkan pengeluaran susu ibu merosot.

“Jangan sesekali memberikan susu formula pada bayi sebaik dilahirkan tetapi memberi lebih banyak rangsangan supaya bayi dapat menghisap dengan sempurna.
Dapatkan bantuan daripada pihak hospital mengenai teknik menyusu dengan betul serta cara merangsang proses pengeluaran susu,” nasihatnya.

Selain rawatan di hospital, terdapat pelbagai petua tradisional yang diamalkan ibu bapa. Sebaiknya ibu bapa jangan terus melakukannya tanpa mendapatkan pandangan daripada pakar terlebih dulu. Ini kerana ada antara amalan tradisional ini belum terbukti keberkesanannya. Antaranya:

Jemur bayi di bawah matahari

Ramai ibu percaya dengan menjemur bayi di bawah matahari dapat menghilangkan kekuningan. Namun ibu bapa harus memastikan melakukannya dalam waktu dibenarkan iaitu dari jam 8.30 pagi sehingga 9.30 pagi selama 10 hingga 15 minit saja.

Sekiranya bayi didedahkan terlalu lama, dikhuatiri akan menyebabkan masalah lain seperti kerosakan retina dan strok. Namun kebanyakan pakar perubatan tidak menggalakkannya kerana hanya cahaya lampu di hospital saja memberi kesan positif pada bayi.

Minum susu kambing

Memberi bayi minum susu kambing boleh memberi kesan kepada bayi. Ini kerana belum terdapat sebarang kajian menyatakan susu kambing mampu mengurangkan tahap bilirubin pada bayi. Malah pemberian yang keterlaluan akan menyebabkan masalah lain seperti cirit-birit atau radang usus.

Makan jamu dan halia

Banyak makan jamu yang tidak diketahui kandungan bahan kimia akan menyebabkan pengurangan enzim yang membantu dalam penyingkiran bilirubin apabila bayi disusukan. Begitu juga dengan halia yang boleh menyebabkan bilirubin meningkat.

Sebaiknya diambil dalam kadar sederhana saja.

Memberi air glukos pada bayi

Ramai mencadangkan supaya diberi air glukos kepada bayi bagi mengurangkan masalah demam kuning. Sebenarnya petua ini amat merbahaya kerana air glukos boleh menyebabkan perut kembung dan bilirubin tidak dapat dikeluarkan melalui najis.

source

Testimonial Collagen Powder Shaklee

Nukilan Mama Ain 0 comments

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.

Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi, dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buahpinggang,jantung
serta sistem limfatik.

Terdapat 29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.

Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi

Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata

Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim

Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.

Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.


 













Sila hubungi saya untuk mendapat harga promosi, hanya bulan ini sahaja 0193347834.

Rahsia pekatkan susu ibu

Nukilan Mama Ain 0 comments
                     

ESP sangat membantu dalam dunia penyusuan. Ianya mempunyai pelbagai fungsi yang diperlukan oleh badan.

Jadi, macamana kita nak pekatkan susu badan? Ada caranya. Dengan kerap menyusukan bayi, kita akan create demand dan hantar signal kepada otak untuk produce kan susu dengan lebih banyak.

Dengan pengambilan Energizing Soy Protein (ESP), anda akan dapati susu anda akan lebih pekat daripada biasa. ESP juga sangat membantu dalam mempercepatkan penghasilan susu tika breast kosong. Jika anda kerap menyusu atau mengepam, susu yang terhasil akan mengandungi lebih banyak lemak dan bayi akan cepat kenyang. Jadi, ESP adalah minuman yang sangat sesuai dalam perkayakan susu ibu untuk bayi.

Perasan tak, jika kita menjarakkan waktu mengepam / menyusu, susu akan kelihatan cair, banyak air daripada lemak? Jadi, kerapkan menyusu bayi anda disamping pengambilan ESP atau apa2 milk booster.

Dapatkan ESP sebagai teman setia anda hari ini!!!

Hubungi saya di 0193347834, harga istimewa khas untuk anda yang sangat2 prihatin tentang susu ibu.

SET SUBUR - CEPAT HAMIL

Nukilan Mama Ain 0 comments


Set subur ini bukannya kursus utk sesiapa sahaja yg dah kahwin, ia juga sangat digalakkan kepada yg belom berkahwin.. Persiapan utk menimang cahaya mata sangat penting, tujuan utama adalah untuk mempersiapkan badan kita supaya lebih bersedia menerima orang baru dalam kehidupan berumahtangga.

Set subur ini adalah satu ikhtiar, saya bukan menjanjikan cepat hamil, tapi insyaAllah jika persiapan dan usaha dilakukan, ianya bukan sahaja cepat hamil, malah badan tidak lah terkejut atau mengalami alahan yang teruk kerana badan kita sudah pun bersedia untuk menghasilkan fetus yang sihat. InsyaAllah...

Set Suami : SET B + Vit E Complex + Zink Complex
Set Isteri : SET B + Vit E Complex / GLA Complex
Tambahan vitamin : Energizing Soy Protein (ESP) dan Mealshake

Nota:
SET B akan bertindak dalam badan dengan secepat mungkin bergantung kepada individu juga (dengan syarat minum air banyak)
GLA akan mengambil masa selama 21 hari untuk menampakkan hasilnya, manakala;
ESP pula mengambil masa 20 hari (paling cepat) untuk menggantikan balik sel-sel yang rosak dan membina sel-sel baru.

Untuk bakal pengantin: Dicadangkan agar mengambilnya dalam masa 3 bulan sebelum hari perkahwinan.

Jom hubungi saya untuk keterangan lanjut di 0193347834.(CALL/SMS/WHATSAPP)

Nutrisi untuk Ibu mengandung dan menyusu

Nukilan Mama Ain 0 comments
Nutrisi untuk Ibu mengandung dan menyusu:

SET SUBUR / SET MENGANDUNG / SET BERPANTANG / SET MENYUSU / SET KECANTIKAN / SET DIET


















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Healthy R Us Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez