"Waktu Bila Nak Makan Vitamin Ni?"

Nukilan Mama Ain 0 comments

"Bila nak makan vitamin C ni?"
"B-Complex ni kena ambil lepas makan ye?"
Boleh ke nak makan Alfalfa sebelum tido?"

Ha...inilah antara soalan soalan yg popular sejak saya menjadi mengedar dan pembekal rasmi vitamin dan supplement Shaklee ni ye...Ya saya juga seperti anda dulu...masa awal-awal nak makan vitamin, pasti akan teragak-agak...bila nak makan itu, nak makan ini...minum ESP lagi...hendak lagi klau Set B-Breastfeeding yang ada 4 jenis vitamin...tak kan nak telan semua skali kan? kan?
credit to: Shaklee Trial Pack

Jadi, Bilakah waktu pengambilan vitamin yang sesuai? Biasanya saya mencadangkan agar pengambilan vitamin pada sebelah malam (Selepas makan malam) bagi memudahkan. Rule of thumb ialah, badan lebih mudah menyerap nutrient pada waktu malam (waktu tidur). Tapi, tak semua ingat nak telan vitamin pada waktu malam ye....(termasuklah saya)...sebab contohnya, bila nak tidurkan anak, pasti saya akan tertidur sekali...


Walau bagaimanapun, terdapat general rule dalam pengambilan vitamin, sebagai panduan buat semua:

VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.

VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.

OSTEMATRIX (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.

LECITHIN : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.

APA YANG TIDAK DIGALAKKAN

1. JANGAN Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.

2. JANGAN Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrixkerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.

3. Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin &  mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.
Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walau bagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.

JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN SHAKLEE

Bagi memudahkan panduan kebanyakan pelanggan Wondermum, kami mencadangkan waktu pengambilan vitamin dan supplemen Shaklee seperti dalam ENTRY ini:

Waktu
Cadangan Pengambilan
Pagi
 B Complex dan Vitalea untuk memberi kesegaran dan ‘mood’ yang baik.
Minum Pagi
 ESP
Tengah Hari
 Vitamin C dan Alfalfa
Minum Petang
  ESP
Makan Malam
Lecithin/Kalsium/Vitamin E
Supplement
Cadangan Pengambilan
Zinc
Seminggu dua kali kecuali mereka yang ada masalah rambut yang serius.
Nutriferon
Seminggu sepeket setiap hari (Kecuali waktu sakit).
Meal shake
Boleh dibancuh dengan ESP dan PD jika ada.
Alfalfa
Ambil ikut kesesuaian.Untuk ibu menyusu, masa terbaik selepas pam di ambil bersama ESP.
Lelaki juga boleh guna jadual ini mengikut kesesuaian.
Mudahkan? Apa-apa pun, jadual pengambilan vitamin dan supplemen ini hanyalah panduan kepada anda semua namun kesesuaiannya masih bergantung kepada individu..Selamat mencuba!!

Credit to: WonderMum

Berminat untuk mencuba produk Shaklee? Hubungi saya mama.tasnim@yahoo.com atau SMS ke 019-3347834

Cinch Tea Menurunkan Berat Badan

Nukilan Mama Ain 0 comments
Nak tahu macamana Cinch Tea membantu saya???

Ketahui fungsi Cinch Energy Tea Mix liquid oooomph dalam penurunan berat badan...


Credit: mommy lyna

Kaitan B COMPLEX dan Gigitan Serangga

Nukilan Mama Ain 0 comments
Bila selalu kena gigit serangga sedangkan orang lain tak kena, mungkin anda perlukan B COMPLEX


Credit: mommy lyna

Ayat-ayat Al-Quran Berkenaan Emas

Nukilan Mama Ain 0 comments

Ayat-ayat Al-Quranul Karim yang menyebut tentang emas. Fikir-fikirkan:


Al-Kahfi , 31: "Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, ...

Faatir , 33: (Balasan mereka ialah) Syurga - syurga "Adn", yang mereka akan memasukinya; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera."

Az-Zukhruf , 71: "Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta di pandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): ""Kamu adalah tetap kekal di dalamnya""." 

Al-Hajj , 23: Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera.

A-li 'Imraan , 14: "Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak;........

At-Taubah , 35: "(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu." 

At-Taubah , 34: Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. 

Az-Zukhruf , 53: (Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?

JUZUK KEEMPAT: Sesungguhnya orang-orang yang kafir, lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka: emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu....

Al-Israa' , 93: "Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya".....

Al-A'raaf , 148: "Dan kaum Nabi Musa, sesudah ia (pergi ke Gunung Tursina), mereka membuat dari barang-barang emas perhiasan mereka, (patung) anak lembu yang bertubuh dan bersuara....


Period Tak Teratur? Gangguan Hormon?

Nukilan Mama Ain 0 comments
Period tak teratur? Gangguan Hormon? Pening kepala setiap bulan memikirkan tidak didatangi 'kawan baik'? Gangguan ini juga kadangkala menyukarkan kita untuk mengandung..


Irregular Period atau kitaran haid tidak teratur adalah antara masalah yang tidak boleh dipandang remeh jika anda ingin menimang cahaya mata.



Kenapa perlu mempunyai kitaran haid yang teratur??



Ovulasi berlaku semasa kitaran haid iaitu pada hari ke 14 dari hari pertama kedatangan darah haid. Jika anda tidak mempunyai darah haid,bermakna badan anda tidak mengeluarkan ovum atau telur untuk persenyawaandengan sperma. Kitaran haid (period cycle) yang teratur setiap bulan memudahkan untuk anda mengetahui waktu subur dan merancang untuk mendapatkan anak.

Bagaimana?

GLA complex kerana membantu menyelesaikan masalah kitaran haid tidak teratur ( irregular period ). Ramai yang sudah berpuas hati.. Anda bila lagi?

Apakah keistimewaan Shaklee GLA complex berbanding Evening Primrose Oil (EPO) jenama lain?

Evening Primrose Oil diambil daripada bunga evening primrose (EP). Benih bunga liar EP mengandungi sehingga 25% asid lemak penting termasuk Linoleic Acid (LA) dan Gamma-Linoleic Acid (GLA). Asid Lemak sangat mempunyai banyak fungsi dan sangat penting kepada tubuh kita terutamanya wanita. EPO supplement perlu mempunyai sekurang-kurangnya 8% GLA complex.

Peringatan : EPO TIDAK BOLEH diambil semasa kedatangan haid.
Shaklee GLA diekstrak daripada minyak borage yang mengandungi GLA semulajadi yang sangat pekat dalam bentuk yang dengan mudah diserap. Ia dinamakan GLA complex kerana selain borage oil di dalamnya terdapat campuran vitamin E dan minyak benih bunga matahari.

GLA complex BOLEH diambil semasa kedatangan haid.
Peringatan : Jika anda mengambil warfarin atau ubat mencairkan darah, elakkan pengambilan GLA.

Kenapa GLA penting?

Gamma-linoleic Acid (GLA) merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormone yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal.

Kesimpulan : Di dalam EPO terdapat 25% GLA dan Shaklee GLA complex memberikan anda 100% GLA. Jadinya sudah jelas yang pengambilan ShakleeGLA Complex adalah lebih baik daripada EPO.

Tips untuk mengandung dengan GLA

Utk conceive guna GLA..paling penting,period cycle kena tetap supaya senang nak kira ovulation period..katakan period cycle 28hari..so ambil gLA complex daripada day 1 period sampai sehari b4 ovulation..dlm kes ni sampai day 13 la..pastu stop sampai next period..kalo lekat,period x dtg la..vitamin lain amik cam biasa sbb amik vitamin asas ..bile berjaya..alfalfa stop sekali ngan GLA.
credit: tuty rahiza


Tunggu apa lagi? Anda juga berpeluang untuk menjadi ibu tahun hadapan, jadi berusaha lah... Insya Allah... Sila hubungi saya untuk konsultasi dan sbrg pertanyaan 0193347834...


PROMOSI BULAN MEI - GLA COMPLEX

Nukilan Mama Ain 0 comments
Yahooooo!!! Saya sangat suka dengan promosi untuk bulan Mei ni…Sebab saya adalah di antara pencinta setia GLA COMPLEX.. Jom kita tengok secara ringkas apa sebenarnya yang di katakan Gla Complex ni…




GLA adalah singkatan untuk gamma linolenic asid yang merupakan asid omega 6. GLA sering ditemui di dalam tumbuhan seperti borage seed oil dan evening primrose oil.



Kenapa kami konfiden yang GLA Complex Shaklee lebih baik daripada suplemen EPO di pasaran? Ini kerana, ramai yang tidak tahu, bahawa sebenarnya, kandungan bahan utama di dalam EPO ialah GLA -gamma-linolenic acid. Sedikit petikan daripada NCCAM.


Evening primrose is a plant native to North America, but it grows in Europe and parts of the Southern hemisphere as well. It has yellow flowers that bloom in the evening. Evening primrose oil contains gamma-linolenic acid (GLA), an essential fatty acid. Essential fatty acids are required by the body for growth and development, and must be obtained from the diet.

Apakah kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex ?

-Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
-Membantu meningkatkan kesuburan - for those trying to conceive baby!
-Melegakan PMS (sindrom pra-haid) - abdominal pain, breast pain
-Membantu dalam menangani menopus
-Menguatkan kuku dan rambut
-Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
-Membantu menangai ekzema
-Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
-Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
-Menguatkan imuniti tubuh
-Memperlahankan proses penuaan
-Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
-Mengawal kencing manis dan darah tinggi
-Mengawal kolesterol
-Untuk fungsi saraf

Bestkan bila dah tengok khasiat2 yang terkandung dalam GLA ni...Tak rugi pon kalau kita amalkan.. Untuk kecantikan luaran dan dalaman..

Nak tau apa promosi yang best sangat bulan Mei ni mengenai GLA? Jangan lupa sms /whatsapp saya di 019-3347834. Rugi kalau tak ambil peluang ni sebab setahun sekali je kami buat promosi macam ni..


‎6 Fakta Tentang Mealshake

Nukilan Mama Ain 0 comments

1. Nutrisi Lengkap



Menyediakan 24 jenis vitamin A-... Z ,mineral dan ‘Trace Mineral'.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.

*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.

2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel

Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.

*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

3. Untuk Pembesaran

Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.

*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.

4. Anti-oksida

Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.

*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.

5. Pemulihan Kulit

Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.

*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.

6.Detox

Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.

*Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.

~ Rasa yang lazat digemari tua dan muda.Minuman lazat dengan fruktosa semulajadi,nutrien yang perlu untuk badan,tidak mengandungi pewarna tiruan dan gula tiruan.


Boleh dikongsi seisi keluarga. Jimat kan?
Mahu dapatkan harga istimewa boleh PM saya atau call/sms 019-3347834


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Healthy R Us Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez