5 Alasan Tidak Mahu Simpan Emas

Nukilan Mama Ain

Selama berkecimpung dalam menyebarkan maklumat tentang kepentingan menyimpan kekayaan dalam bentuk emas fizikal selain daripada harta tanah dan makanan kepada Umat Islam akhir zaman ini. selalu mendapat alasan-alasan yang mungkin disebabkan oleh kurang yakin sebab kurang maklumat, mungkin disebabkan kekurangan sendiri dalam penerangan. Atau mungkin mereka masih terpengaruh dengan sihir wang kertas.

Terdapat 5 alasan yang selalu dengar dan hadapi. kongsikan punca alasan ini dan bagaimana merawatnya.

Nombor 1 : Simpan Emas Kena Zakat.
Punca:
Ini merupakan satu alasan yang besar kemunkinan adalah daripada tindakan fobia kepada perintah Allah dan RasulNya yang di apikan oleh penghasut-hasut ghaib yang telah berdendam dengan perlantikan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini.

Rawatan:
Berzikirlah sambil menyebut Taawudz sekurang-kurang 313x sehari. Semoga kita tergolong didalam orang-orang yang terpilih untuk mampu dalam melaksanakan Rukun Islam ke 4 iaitu mampu mengeluarkan zakat.


Nombor 2 : Tidak Tahu Nak Simpan Emas Fizikal Kat Mana.
Punca:
Biasanya diberikan oleh mereka yang tinggal di rumah-rumah merpati macam. Maklumlah takde tanah. Nak korek dinding tempat tanam Emas pun tak boleh, nanti gangu jiran sebelah. Tapi ada juga mereka yang ada tanah juga memberi alasan yang sama. kebanyakan mereka ini termasuk sebelum ini, telah dikaburi atau ditutup atau dihijab pintu hatinya untuk melihat dengan lebih jelas berbanding mata kasarnya.
  
Rawatan:
Sebutlah Allah sebanyak 700x sehari. Semoga kita dibuka pintu hijab hati agar dipermudahkan oleh Allah melihat dan berfikiran cergas untuk mencari jalan bagaimana merekacipta suatu tempat menyimpan emas sendiri. selain itu, rajin-rajin lah guna google atau youtube untuk dapat idea kreatif.


Nombor 3 : Nak Tunggu Harga Rendah.
Punca:
Ini juga alasan kegemaran, maklum ler diri sendiri biasa guna. Ia adalah kesan daripada rasa diri dan aqal yang tinggi egonya, mengatakan kita mampu melihat masa depan. Ia juga boleh disebabkan oleh lemahnya kekuatan rohani berbanding jasmani yang disogokkan dengan kertas-kertas sebagai makanan berharga.

Rawatan:
Ingatlah sambil menyebut Ya Allah sebanyak 1000x sehari. Agar digilapkan dan diberi makan rohani kita. Semoga bertenaga setanding jasmani kita bahawa janji Allah itu benar sebagaimana yang disampaikan oleh RasulNya. Bahawa pengetahuan analisa kita hanya bertepatan 99% yang mutlak adalah yang 1 (Satu).


Nombor 4 : Tengah Fikir Nak Beli Emas Yang Mana Satu.
Punca:
Alasan yang biasa diberikan oleh orang yang sibuk macam. Sibuk menjadi kuli-kuli manusia atau makhluk Allah yang lain. Sampai tidak sempat nak mendalami atau memahami arah tujuan dan sebab sebenarnya kita menempuh hidup didunia yang fana ini. Secara kasar dan zahirnya kita tak sempat nak pergi dengar orang mengajar atau duduk dalam majlis-majlis ilmu yang bermanafaat.

Rawatan:
Baca dan sebutlah Ya Huu sebanyak 1000x sehari. Moga-moga Allah perkenankan terbuka rahsia tersurat dan tersirat, seterusnya tersurat dalam tersirat. Biar jelas pilihan yang sesuai sebagaimana jelas tujuan dan objektif menyimpan emas. Agar Allah buka jalan ke Majlis-majlis Ilmu yang bermanafaat sebagaimana jalan raya yang sudah terbentang jelas dan nyata.


Nombor 5 : Susahlah/Macamana Nak Jual Balik Emas.
Punca:
Suatu alasan yang diberikan oleh mereka yang belum pasti kenapa dan mengapa saya perlu beli emas. Selain itu, tidak jelas objektif pembelian emas. Persoalan yang samar bagi mereka adalah antara melabur atau menyimpan emas. Ia juga disebabkan bimbang emas ciptaan Allah ini tidak laku ditukar dengan kertas.

Rawatan:
Niatlah didalam hati untuk membersihkan Zahir jasmani dan rohani, kemudian bacalah dan sebutlah semua bacaan yang telah disebutkan didalam panduan rawatan diatas sebagaimana jumlah yang diberikan. Semoga niat kita yang baik bersama cara yang betul dan benar menurut syariat Islam akan diberkati Allah dengan penyucian diri yang sempurna. Agar lebih jelas perjuangan kita dalam meniti hidup yang fana ini.


Senarai alasan yang diatas hanyalah daripada pengalaman sendiri, tidak tepat hanya sekadar berkongsi pengalaman yang insyallah menjadi teladan untuk semua. Seterusnya amalan rawatan yang diberikan tersebut, insyallah saya sebarkan atas keizinan guru saya. Manakala penerangan itu saya olah daripada pemahaman diri saya yang kerdil lagi banyak kesilapan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Healthy R Us Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez