Vitamin E dan Kanser Paru-paru

Nukilan Mama Ain


Mengambil Vitamin E sebagai makanan tambahan untuk jangka masa yang lama boleh meninggikan risiko kanser paru-paru, menurut kajian yang di terbitkan oleh American Journal of Respiratory and Critical Care Medicine.

Penyelidikan yang melibatkan 77,000 orang itu menunjukkan, dengan mengambil 400 miligram sehari untuk jangka masa yang lama terdapat 28% risiko untuk risiko kanser terutamanyanya kepada mereka yang merokok.

Kajian ini walaubagaimanapun bukan satu ‘trial’. Hasil kajian cuma menunjukkan kaitan diantara mereka yang mengambil suplemen Vit E dan kanser paru-paru. Faktor lain juga mungkin bertanggung-jawap meninggikan risiko barah ini, komen penyelidik lain pula.

Untuk penyelidikan ini, Ketua Penyelidik Dr Christopher Slatore dari University of Washington mengkaji mereka yang berumur 50-76 tahun selama 4 tahun yang mengambil Suplemen Vit C, folate dan Vitamin E, mendapati terdapat 521 kes kanser paru-paru.

Rokok, faktor genetik, umur dan Vit E dikaitkan dengan pembiakan kanser paru-paru tetapi tidak dengan pengambilan Vit C, menurut penyelidikan itu.

Para Penyelidik juga mendapati, risiko bertambah sebanyak 7% selepas satu dekad dikalangan mereka yang mengambil 100 miligram sehari. Sekiranya dos yang diambil adalah 400 miligram, risiko mungkin meningkat 28%.

Vit E selalunya dilabelkan sebagai antioksidan dan dipercayai berupaya menentang unsur (radicals) berbahaya yang boleh mencederakan sel dan menyebabkan pertumbuhan kanser.

Kajian makmal awal menunujukkan yang alpha-tocopheryl succinate, a vitamin E ester boleh menghalang pembiakan sel kanser dan menyekat pertumbuhan sel kanser pada haiwan tapi tiada bukti yang ia boleh menghalang kanser terhadap manusia.

Tetapi, penyelidik menerangkan, Vit E boleh juga bertindak sebagai pro-oxidant, bermaksud ia boleh menyebabkan oksidasi dan mengalakan kerosakan pada sel badan.

Kanser paru-paru adalah salah satu kanser utama yang menyebabkan kematian dikalangan manusia.

Sumber: Taking Vitamin E supplement may raise lung canser risk

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Healthy R Us Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez