Amalan Yang Boleh Dilakukan Wanita Ketika Haid

Nukilan Mama Ain
Amalan Yang Boleh Dilakukan Wanita Ketika Haid

Haid adalah hukum fitrah yang telah ditentukan oleh Allah, yang mana mendatangkan banyak faedah dan nikmat yang tidak diberikan kepada seorang lelaki. Tambah-tambah di bulan Ramadhan...

Saat paling indah?? Yer, sangat indah dan feveret momen kerana dapat makan tanpa rasa bersalah...

Buat kuih raya sepanjang hari lalu tiru Maria Tunku Sabri, 'satu untuk kuih, satu untuk saya' ? Wajib buat...

Membeli belah di tengah panas, Jalan TAR etc dan xsempat balik rumah, dalam kereta dah teguk milo ais...Kenapa tidak..?

Haid di bulan Ramadhan
Untung nye jadi wanita

                                   
Seronok kan? Tapi keseronokan tu tak dapat ditandingi dengan keberkatan mencari Lailatul Qadar di sepuluh malam terakhir :'(

So what we have to do? Makan pil supaya tak didatangi haid sepanjang Ramadhan? No way, it will ruin your hormone and period cycle. Menangis dan menyesal dicipta sebagai perempuan lalu mengomel 'Untunglaaaa jadi lelakiiiiii'? Don't. Because:

“Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran).(Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. “(An-Nisa’:32)

Hal-hal yang dilarang dilakukan oleh wanita haid, dan wanita nifas: 

  1. Solat
  2. Puasa
  3. Memasuki masjid (terdapat ikhtilaf dikalangan ulama]
  4. Perceraian , wanita haid tidak boleh dicerai,namun harus menunggu hingga ia suci.
  5. Berhubungan / bersetubuh suami isteri
  6. Membaca Al-Qur’an (ada perbezaan pendapat) dan menyentuhnya
  7. Tawaf

 Mungkin kita terlalu memandang kepada ibadah-ibadah khusus sehingga terlupa tentang ibadah yang lain. Jadi, apakah yang boleh dilakukan oleh wanita ketika haid dan nifas?


Amalan ketika haid dan nifas:

1. Memberi makan orang yang berpuasa. Pahalanya adalah sama dengan orang berpuasa. Bayangkan haid 7 hari, setiap hari sediakan untuk 3 orang berbuka puasa, maka anda akan dapat pahala puasa untuk 21 hari. Untung tak? Perlu diingat, makanan yang disediakan adalah sekurang2nya sebiji kurma dan segelas air pun sudah memadai.
2. Melakukan kerja-kerja rumah.
3. Membaca buku / menambahkan ilmu pengetahuan.
4. Berdoa.
5. Berzikir.
6. Beristighfar.
7. Berselawat.
8. Bersedekah.
9. Ziarah orang sakit.
10. Berdakwah.
Dan banyak lagi.


Maka raikanlah Ramadhan penuh kesyukuran kerana kita, seorang wanita.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Healthy R Us Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez