Fungsi pakaian menurut Islam
1.MENUTUP AURAT
"sungguh Kami turunkan kepada kamu pakaian yang dapat menutup aurat kamu
(Al-A'raf:26)
Ia bersifat Tabbudi(tetap tak berubah-ubah),universal dan berlaku pada semua individu pada sepanjang zaman.Ia adalah penentu tentang ciri kemuliaan pemakainya di sisi Allah.(Ini bermakna pakaian mestilah sopan dan tidak mencolok mata dan mestilah perlu ditutup auratnya dengan sempurna)
2.PERHIASAN
Diselitkan dengan budaya atau adat yang mungkin berubah-ubah mengikut keadaan setempat .Pereka fesyen atau pilihan potongan pakaian direka dengan mengambil kira faktor keselesaan yang ditegaskan dengan nilai estika agar si pemakai tampil anggun,rapi serta cantik.(penting dan perlu kepada pereka terutama pereka beragama Islam untuk mereka pakaian yang sesuai menurut Islam iaitu tidak ketat dan jarang)
3.PENUNJUK IDENTITI
"yang demikian itu lebih mudah mereka(muslimah)dikenali dan mereka tidak diganggu.."(al-Ahzab:59)
Dalam hal ini,kita dituntut kreatif dan inovatif dalam penampilan agar wujud perbezaan antara orang Islam dan bukan Islam.Secara tidak langsung ia memberi mesej bahawa si pemakainya adalah seorang yang baik,tidak bersedia diganggu,dapat mengawal diri daripada melakukan perkara yang tidak baik.Pemakainya juga tampil sopan dan terpuji tanpa mengabaikan keindahan dan kekemasan.
4.PERLINDUNGAN DIRI
"..dan Dia(ALLAH) telah jadikan bagi kamu pakaian itu sebagai pelindung diri kamu daripada(cuaca) panas..(an-Nahl:81)
Pakaian yang dipakai seharusnua sesuai dengan cuaca,keadaan dan suasana.Selain itu ,pakaian perlu sesuai dengan keadaan di mana dan bila ia hendak dipakai.Tepat guna,tepat masa dan tepat suasana.Selain itu,pilihan potongan pakaian adalah tidak terlalu nipis dan ketat serta mempamerkan ciri kesempurnaan.
0 comments:
Post a Comment