Fenomena bumi bergelap 72 jam (23, 24 dan 25 Disember 2012)

Nukilan Mama Ain
Benarkah Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012?



Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja.
Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.
Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.

Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu sama lain, berdoa, dan terus berdoa. Beristirehatlah di rumah selama 3 hari tu
Banyak perbahasan tentang apa yang akan terjadi 3 hari tersebut tapi ramai yang tidak percaya. Gini je lah!, kita tunggu dan lihat je lah nanti pada 23, 24 dan 24 Disember 2012 tu, ni hanyalah jangkaan atau ramalan manusia je, tak pasti. Tapi kalau benar-benar terjadi, sekurang-kurang kita dah tahu dan bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari tu nanti.
Sumber

 
Angkasa nafi laporan bumi akan bergelap 3 hari

10 November 2012

KUALA LUMPUR - Agensi Angkasa Negara (Angkasa) hari ini menafikan laporan blog dan artikel yang mendakwa bumi akan bergelap selama tiga hari mulai 23 Disember berikutan kedudukan bumi, matahari dan pusat Galaksi (Bima Sakti) akan berada pada kedudukan selari.

Di samping itu, laporan itu mendakwa, kedudukan awan-awan debu gelap atau Dark Dust Clouds berhampiran dengan Galaksi boleh menghalang penduduk dunia daripada melihat sebahagian daripada Galaksi, menurut kenyataan akhbar agensi itu yang dikeluarkan.

Menurut kenyataan itu, berikutan senario tersebut, ada yang berpendapat bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari (sejajaran) maka akan berlaku penumpuan daya gravity daripada bumi, matahari dan pusat galaksi sehingga boleh mengakibatkan kemusnahan alam semesta.

Selain itu mereka turut mendakwa bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari, di mana terdapat awan-awan debu gelap berhampiran pusat galaksi maka bumi akan bergelap.

Angkasa berkata semua andaian itu adalah tidak benar kerana pusat galaksi terlalu jauh dari bumi dan matahari iaitu 165 quadrillion batu, jadi kesan tarikan graviti adalah terlalu kecil.

"Awan-awan debu gelap menghalang penglihatan kita ke arah pusat Galaksi bukannya menghalang matahari daripada dilihat dari bumi," menurut agensi itu.

Malah, menurut Angkasa, terdapat juga video YouTube oleh pihak NASA yang telah disalahguna oleh pihak tertentu yang menunjukkan Pegawai Tabir NASA, Charles F. Bolden, Jr memberi penerangan berkenaan persediaan peribadi dan keluarga sekiranya berlaku kecemasan, iaitu merujuk kejadian 911, puting beliung, gempa bumi dan sebagainya.

"Pihak-pihak tertentu telah memanipulasi video tersebut dengan artikel “Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012”," katanya. - Bernama
credit:




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Healthy R Us Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez