Kehebatan Power Pumping

Nukilan Mama Ain
Apakah itu Power Pumping?

Satu kaedah atau teknik yang intensif untuk mempercepatkan proses pengeluaran susu /
Hyperstimulation.


Kaedah ini sangatlah aku sarankan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah susu sedikit, di datangi haid, bayi menghadapi growth spurt (beralih bulan di mana bayi akan consume lebih banyak dari biasa) dan boleh buat seminggu sekali dan jika ada banyak masa lapang boleh buat hari-hari.

Macam mana nak buat Power Pumping?

Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri plak 10 minit, tukar pula ke sebelah kanan semula untuk 10 minit dan seterusnya, bertukar-tukar setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat/stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Waktu yang sesuai?

Disarankan, seelok-eloknya waktu antara malam ke subuh kerana hormon prolaktin sangat tinggi dan kandungan susu mengandungi lemak yang lebih pekat pada waktu itu dan berfungsi mengenyangkan dan mempengaruhi kenaikan berat badan (12 tengah malam- 6 pagi). Teknik ini sebenarnya untuk kita mengwujudkan lebih banyak permintaan dengan cara memberi signal kepada badan untuk menghasilkan lebih banyak susu.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Healthy R Us Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez