Selamat Menyusu Ketika Sakit

Nukilan Mama Ain
Sekiranya ibu mengalami sakit biasa seperti demam,selsema,sakit tekak,batuk,sakit perut atau mastitis,dia seharusnya meneruskan penyusuan susuibu.Anda dinasihatkan utk memberitahu doktor yg merawat utk memberikan ubat yang bersesuaian bg ibu yg menyusukan anak.


Anda dinasihatkan meneruskan penyusuan susuibu krn sesungguhnya ia adalah lbh baik utk bayi. Apabila anda sakit,tubuh akan menghasilkan antibodi utk melawan penyakit yg dialami. Ketahuilah bahawa susu anda tidak akan menyebabkan bayi sakit sebaliknya ia akan menyalurkan antibodi yang dihasilkan melalui susu badan kpdnya.

Faktanya,antibodi yg dihasilkan oleh badan anda boleh mengelakkan bayi drpd sakit ataupun membantu dia utk melawan penyakit dgn lbh baik.

Dalam usaha memastikan penyusuan susuibu adalah lbh efektif sewaktu sakit,anda dinasihatkan meletakkan bayi berdekatan dgn anda.Ini bagi membolehkan anda baring sambil menyusukan pada bila-bila masa.Biasanya ibu yg sedang sakit tidak menyusukan anaknya dgn kerap dan sering lupa utk minum air dlm jumlah yg secukupnya.Ini menyebabkan penghasilan susu berkurangan.Sesetengahubat juga boleh menyebabkan susu berkurangan.

Keengganan anda menyusukan bayi ketika sakit akan akan mendorong bayi jatuh sakit dan menghalang bayi mendapatkan zat makanan terunggul yg amat diperlukannya.
credit: masthura helmi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Healthy R Us Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez