‎6 Fakta Tentang Mealshake

Nukilan Mama Ain 0 comments

1. Nutrisi Lengkap



Menyediakan 24 jenis vitamin A-... Z ,mineral dan ‘Trace Mineral'.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.

*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.

2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel

Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.

*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

3. Untuk Pembesaran

Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.

*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.

4. Anti-oksida

Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.

*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.

5. Pemulihan Kulit

Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.

*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.

6.Detox

Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.

*Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.

~ Rasa yang lazat digemari tua dan muda.Minuman lazat dengan fruktosa semulajadi,nutrien yang perlu untuk badan,tidak mengandungi pewarna tiruan dan gula tiruan.


Boleh dikongsi seisi keluarga. Jimat kan?
Mahu dapatkan harga istimewa boleh PM saya atau call/sms 019-3347834


ESP Sangat Sesuai Untuk Semua

Nukilan Mama Ain 0 comments
ESP bukan saja untuk ibu menyusu:

ESP membantu...

- Menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri.

- Memberi tenaga menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih.

- Membantu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim menjadikan bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam.

- Membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu mengandung di tahap optimum.

- Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur.

- Menghilangkan parut jerawat di muka. 

- Bagi yang alami masalah kesuburan, ESP bantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat. 

- Memberikan rasa kenyang dan meningkatkan metabolisme badan dan membantu dlam penurunan berat badan.

- Membantu penyerapan vitamin dengan lebih baik, maka kesan pengambilannya dapat dirasai dengan lebih cepat dan hebat.

- Membantu meningkatkan paras kolestrol baik serta baik utk kesihatan jantung.

- Membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.

- Menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung

- Setiap hidangan membekalkan 50% daripada nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat.

- Kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous.

- Indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah

- ESP ni bertindak sebagai energy booster dan bagi kita rasa kenyang. Selain tu, bagi bf moms, ESP ini sangat membantu dalam mempercepatkan penghasilan susu badan. Memang best !!! 

Jom jatuh cinta dengan Energizing Soy Protein (ESP)

Nukilan Mama Ain 0 comments
Anda pernah minum air kacang soya? Anda tahu risiko sekiranya kekurangan PROTEIN dalam badan? Di sini saya kongsikan serba sedikit mengenai risiko kekurangan protein...

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):
1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

Sekiranya anda merupakan peminat minuman air kacang soya, jom kita tukar cita rasa dengan minum SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)... ^_^

Kacang Soya Mengalih Kita Dari Pemakanan Sunnah
Sekali sekala pasti akan ada yang mengajukan kepada kami tentang ‘fakta’ bahayanya kacang soya, memberi link artikel, mahupun memforwardkan email yang berkaitan. Acapkali itu jugalah kami akan gigih mengeluarkan semula fakta sebenar Soy Protein dari Shaklee, walaupun adakalanya, kandungan artikel tersebut telah banyak kali dikongsikan di laman ini.

Walaubagaimanapun, sejujurnya saya bersyukur! Dengan adanya lambakan artikel tentang ‘fakta’ bahayanya kacang soya di alam maya ini, customer akan mula mencari kami untuk bertanyakan tentang status Shaklee ESP. Dan setelah kami kongsikan fakta sebenar, lebih ramai yang akan memilih untuk terus mengkonsumsi Shaklee ESP ini.

Tahukah anda apakah ciri-ciri kacang soya yang sepatutnya kita ambil?

(1) Ditanam secara organik.
(2) Tidak menjalani proses genetik (non-GMO).
(3) Mengandungi 9 asid amino penting.

(3) Mengandungi 9 asid amino penting.
(4) Dalam proses pembuatan untuk menghasilkan soya yang mengasingkan, kepingan soya dihancurkan dan dibasuh dengan air, bukan alkohol.
(5) Bahan anti-thyroid/anti-pertumbuhan disingkirkan
(6) Diproses tanpa dipanaskan.
(7) Ditambah dengan kalsium? (ketika minyak dikeluarkan, ia menjadi makanan berasid dineutralkan bila kalsium ditambah).

Maklumat lanjut:

KACANG SOYA TIDAK ORGANIK (menggunakan baja kimia, pestisid, etc) – mengandungi khasiat yang rendah tapi tinggi nitrat. Kandungan nitrat yang tinggi membawa risiko KANSER!!!

KACANG SOYA GMO – lebih murah untuk menghasilkannya, dan lebih berisiko kepada kesihatan pengguna kerana ia menghasilkan toksin!

9 ASID AMINO – adalah penting untuk proses penghasilan hormon, antibodi dan enzim. Kekurangan asid amino perlu ini menjadikan tubuh kita kurang berkesan untuk menjalankan proses-proses penting dalam tubuh.

KACANG SOYA DIPROSES DENGAN ALKOHOL – mengurangkan kadar isoflavone hingga 88%! Isoflavone adalah bahan yang mengurangkan risiko kanser. Ia juga penting dalam tindakan hormon dan jisim tulang.

BAHAN ANTI-TIROID & ANTI-PERTUMBUHAN – menyebabkan fungsi tubuh terganggu dalam meningkatkan risiko kanser.

KACANG SOYA YANG DIPANASKAN – merosakkan kandungan proteinnya!

KACANG SOYA YANG DIPROSES (DIBUANG MINYAKNYA) – menjadi berasid. Kalsium yang ditambahkan akan menjadikannya neutral semula.

Jadi, cubalah anda tengok dan kaji, apa dan dari mana minuman soya yang anda minum tue, ya…
 

SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN
Inilah Energizing Soy Protein dari Shaklee yang memenuhi kesemua 7 ciri di atas. Harganya agak mahal (berbanding soya lain) kerana proses membuatnya begitu rapi untuk menjaga khasiatnya.

Penggemar soya tak perlu risau lagi, bertukarlah kepada ESP, elakkan risiko kanser yang berpunca dari kacang soya yang tidak diproses dengan baik.

Kalau nak maklumat lanjut, atau beli terus, hubungi saya.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Mengenali ESP : ENERGIZING SOY PROTEIN
Apakah Itu ESP?

· Sumber terbaik daripada kacang soya
· Mengandungi protein lengkap (9 essential amino asid)
· Protein mental
· Kolesterol “0” serta rendah lemak
· PER(Protein Efficiency Ratio) yang tinggi

Apa yang boleh dan tak boleh dengan ESP?

-TIDAK BOLEH dicampur air panas
-TIDAK BOLEH diambil lebih 3 sudu besar sehari
-BOLEH campur dengan apa-apa air selain kopi dan teh
-BOLEH dicampur air suam atau sejuk
-BOLEH diminum oleh anak-anak berusia 1 tahun ke atas, orang tua, lelaki ataupun perempuan (utk anak-anak kecik kurangkan dos)

(1) Resepi Lazat ESP – Asas:

ESP + Air suam

*Nota: Rasanya seperti air soya buatan sendiri tanpa gula, sedap! Sangat disyorkan untuk individu yang kali pertama/kurang biasa minum protein soya.

(2) Resepi Lazat ESP:
ESP + Fresh Milk
ESP + Fresh Milk + kurma (blend)
ESP + Shaklee MealShake
ESP + Shaklee Performance Drink
ESP + Shaklee Performance Drink + Shaklee MealShake (my favourite!)
ESP + Nesvita 3in1
ESP + Tropicana Twister
ESP + Ribena
ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih, peria, pegaga)
ESP + Milo/Horlicks
ESP + Sirap bandung
ESP + Meal Shake + Aiskrim
ESP + Air suam (apabila kurang rajin, sebab resepi nie paling simple)
ESP + Tropicana Twiter Orange (terutama bila hari panas/ tengah hari)
ESP + Meal Shake + Low Fat Milk (Early morning & Before Bed)
ESP + Performance Drink (minuman wajib bulan Ramadhan)
dan lain-lain… boleh tambah mengikut kreativiti anda.

**Resepi ini hanya cadangan. Sila hubungi pengedar Shaklee anda untuk mendapatkan konsultasi lanjut mengenai pengambilan ESP (sukatan, jadual, dan sebagainya).
Kelebihan ESP ini ialah;
· membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
· menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung
· setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
· kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
· indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah

Jadi... Apa yang anda akan dapat setelah minum ESP ni?

Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu. terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)

Lelaki : melindungi dari any disease(heart, cancer etc)

Ibu mengandung : for a healthier pregnancy – well-grown fetus ; less late pregnancy discomfort.

Wanita : keanjalan kulit… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).

Ibu yang menyusukan: menambah dan mengekalkan milk supply ; increase berat badan baby healthily. ESP juga membantu menganjalkan bentuk payudara wanita terutama yang menyusukan anaknya. Semua ibu yang telah mencuba ESP mengakui kebenarannya. Payudara mudah rasa berat jika bayi lambat menyusu atau sesi perahan tertunda. Selain itu payudara tidak mudah lembik atau hilang keanjalan. Namun pengambilan yang konsisten membantu mendapatkan hasil yang terbaik.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat???

Hubungi saya di
mama.tasnim@yahoo.com atau SMS ke 019-3347834 untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut

Credit to: Group PRODUK TERBAIK

Nak Cepat Kurus? 3 Prinsip Asas

Nukilan Mama Ain 0 comments
Apakah cara nak cepat kurus? Diet yang ketat? Hmm sayangnya itu bukan cara yang baik. Kerana ramai yang ‘salah diet’. Misalnya hanya makan buah saja, atau mengurangkan makan hingga kekurangan zat. Malah ada yang menjalani senaman keras sehingga mencederakan diri sendiri.



Jadi, bagaimanakah cara untuk kurus tanpa memudaratkan diri sendiri?

Pastikan anda mengikuti 3 prinsip asas ini:

3B
- bersih
- bina
- buang

Apakah yang diBERSIHkan, diBINA, dan diBUANG ini?

BERSIHKAN USUS:
- dengan menjalani detoksifikasi. Nyahtoksik-kan badan terutama bahagian usus agar penyerapan vitamin dan mineral dapat berlaku dengan berkesan.

HERB-LAX digunakan untuk detox usus.

ALFALFA juga boleh digunakan untuk tujuan ini.

FIBER PLAN UNFLAVOURED adalah bekalan serat harian yang juga boleh memberikan rasa kenyang.

MEMBINA OTOT:
Bina otot badan dan buang lemak dengan CINCH SHAKE MIX

Bagi ibu yang menyusukan anak pula, Cinch Shake Mix tidak sesuai, jadi pilihan untuk golongan ini ialah ENERGIZING SOY PROTEIN

MEMBUANG LEMAK:
Salah satu penyebab kegemukan ialah lemak di dalam badan. Bagaimana untuk membuang lemak? Adakah boleh kita membuang lemak?



LECITHIN membantu untuk mengemulsi lemak terutama yang tersembunyi.

Namun begitu, anda harus ingat, amalan ini harus disertai dengan pemilihan makanan sihat – jauhi fast food, makanan berlemak… Pendekata ikut saranan piramid makanan; menjalankan kegiatan sihat seperti bersenam secara konsisten serta berfikiran positif.

Jom kurus secara sihat!

9 Petua Doa Mustajab

Nukilan Mama Ain 0 comments
Mutiara Doa: 9 petua doa mustajab



BERIKUT antara sembilan petua daripada Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa mustajab.



Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” 



Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.



Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.”



Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”



Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan.” 


Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.” 

Ata bin Abi Rabah berkata: “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” 
Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: “Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.” 

Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: “Pada hari Jumaat itu ada suatu saat bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”



Waktu Doa Mustajab



-Pada malam qadar (sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadan)

-Pada hari Arafah (9 Zulhijjah ketika jemaah haji wuquf di Arafah)
-Pada bulan Ramadan
-Pada malam Jumaat
-Pada hari Jumaat
-Waktu berjumaat, lebih-lebih lagi ketika imam duduk di mimbar sampai imam mengucapkan salam
-Pada tengah malam
-Seperdua malam yang kedua (selepas jam 12 malam)
-Sepertiga malam yang pertama (jam 6 sampai 10 malam)
-Sepertiga malam yang terakhir (selepas jam 2 pagi)
-Pada waktu sahur (sebelum fajar)
-Sesudah berwuduk
-Ketika orang azan untuk solat
-Antara azan dan iqamat
-Ketika orang mengucapkan iqamat
-Ketika berbaris (berjalan bersama) menuju medan perang sabil
-Dalam pertempuran di malam perang
-Pada akhir tiap-tiap solat fardu
-Pada waktu sedang sujud (dalam solat atau di luar solat)
-Ketika sedang membaca al-Quran
-Ketika tamat membaca al-Quran
-Ketika minum air zamzam
-Pada waktu ayam jantan berkokok (pada waktu pagi)
-Pada saat berkumpulnya kaum Muslimin kerana agama
-Pada waktu berkumpul untuk berzikir (iaitu berkumpul untuk menyebut kebesaran Allah, bertakbir, bertahmid dan bertasbih, atau berkumpul membaca dan mempelajari al-Quran atau berkumpul menerima pelajaran agama Islam).
-Ketika menutupkan mata orang yang telah mati
-Pada waktu hujan turun

Petua Cepat Dapat Anak

Nukilan Mama Ain 0 comments
Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman2 semua dah bertiga, berempat.. kita masih berdua.



Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:

*Tiub fallopian tersumbat
* Endometriosis
*Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
*Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
*Masalah hormon
*Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
*Menopous sebelum waktunya
*Masalah tiroid
*Fibroid

Penyebab biologi di kalangan lelaki:

*Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
*Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
*Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
*Menghidap hernia
*Gangguan hormon
*Salur sperma tersumbat
*Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb

Penyebab2 dari faktor luaran (lelaki dan wanita):

*Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
*Stress dan tekanan
*Pemakanan yang tidak sihat
*Kekurangan zat
*Amalan merokok atau meminum alkohol
*Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
*Terdedah kepada pencemaran
*Terlalu kurus atau terlalu gemuk

Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.

Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.
Bersenam

Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.
Mengelakkan pencemaran

Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok
Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan

Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:

Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.

Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.

Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

Vita C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Vita E & Selenium - bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.

Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.

Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma

Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan

Banyaknya supplement, mana satu yang perlu ambil? Semua kah?

Kalau nak ambil semua mungkin terlalu banyak, jadi untuk mereka yang mahu mencuba, ikhtiar untuk cepat dapat anak, saya cadangkan ambil supplement di bawah sebagai permulaan”



Untuk Suami :(vitalea+b complex+vita C) bersama Vita-E dan Zinc

Untuk Isteri :(vitalea+b complex+vita C) atau Set B (vitalea+b complex+vita C+alfalfa) bersama vita-E
credit:vitaminsemulajadi.com

Untuk dapatkan harga istimewa, boleh sms saya di 019 3347834



Bagaimana Ingin Meningkatkan Kesuburan/ Mendapatkan Anak

Nukilan Mama Ain 0 comments
Kenapa saya lambat dapat anak? Sudah lama kahwin tapi masih belum merasa menimang cahamata? Sedangkan saya dan suami tiada apa-apa masalah. Apa yang perlu saya buat? Bagi suami isteri yang menghadapi masalah tersebut, mungkin boleh baca tips ini.


1. Tukar Gaya Hidup

Cuba amalkan gaya hidup sihat. Jika wanita itu sendiri merokok, sudah pasti kena hentikan jika ingin mendapatkan anak. Jika suami yang merokok, harus diingat 'sperm count' akan berkurang jika anda seorang perokok.

2. Bagi wanita, hindarkan penggunaan pencuci faraj atau wangian pada faraj. Ini akan menyukarkan sperma untuk hidup dan seterusnya akan mengurangkan kebarangkalian untuk hamil.

3. Sperma lebih bertenaga dan sihat di waktu pagi. Cuba berhubungan pada awal pagi sehari sebelum waktu ovulasi.

4. Para suami boleh mencuba memakai boxer daripada 'brief' kerana ianya boleh menghasilkan sperm count yang lebih baik.

5. Jika haid anda tidak teratur, ianya juga menyukarkan kehamilan. Perbetulkan hormon anda supaya ianya teratur dan merancang kehamilan menjadi lebih mudah.



Cara Rawatan Pada Wanita

* Cuba amalkan pemakanan yang sihat. Makan makanan yang betul dengan cara yang betul. Pengambilan protein dari tumbuhan adalah lebih baik dari protein dari haiwan. 

Cth protein dari tumbuhan: ESP

* Ambil prenatal vitamin adalah bagus untuk mereka yang mencuba untuk hamil.

* Bagi wanita boleh cuba supplement untuk meningkatkan lagi kesuburan. Mengambil supplement seperti EPO yang mengandungi GLA boleh meningkatkan 'cervical mucus'. Dengan itu ianya akan memberi satu keadaan yang memudahkan penempelan sperm pada ovum.

Cara Rawatan Pada Lelaki

* Sekarang gaya hidup dan persekitaran yang dipenuhi toksik menyebabkan lelaki bermasalah dengan kesihatan sperma.Masalah yang biasa adalah 'low sperm count' dan juga 'motility'.

*Bahan kimia seperti klorin dan bleach juga memberi kesan pada kualiti sperma.

* Vitamin C dan Zink boleh membantu kesuburan lelaki. Vitamin C boleh mengelakkan sperm clumping. Zink boleh meningkatkan kadar sperm count dan juga kelajuan sperma.

* Pengambilan multivitamin akan memberi zat yang seimbang.

Bagi yang berminat, boleh dapatkan set kesuburan untuk suami/isteri dengan harga istimewa. PM me for info lanjut.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


--------------------------------------------------- 
Hubungi saya dengan sms ke 019 3347834 untuk maklumat lanjut.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Healthy R Us Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez