Amalan Doa Untuk Mendapatkan Anak Lelaki

Nukilan Mama Ain
Semua pasangan yang berkahwin menginginkan zuriat...tetapi andai di takdirkan zuriat yang lahir itu perempuan kita teringin juga untuk mempunyai anak lelaki....atau dengan kata lain kawan untuk ayahnya...saya nak share apa yang saya dapat semasa pergi kursus baru- baru ni...


Penceramah memaklumkan dia telah menemani kawannya berjumpa ustaz kerana beliau sangat menginginkan anak lelaki kerana telah ada 3 orang puteri...ustaz itu meminta dia mengamalkan membaca surah maryam ayat 1-4 yang dijadikan amalan doa selepas solat jika menginginkan anak lelaki.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Kaaf, Haa, Yaa, Ain, Saad. (1) (Ini ialah) perihal limpahan rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad), kepada hambaNya Zakaria. (2) (Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan. (3) Dia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang-tulangku dan telah putih melepaklah uban kepalaku dan aku wahai Tuhanku tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu. (4) Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas agama sepeninggalanku dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki.

Info berguna ini saya share untuk kawan2 yang memang menunggu kehadiran anak lelaki di dalam keluarga mereka...doa untuk dapat anak perempuan penceramah tu kata lupa nak tanya ustaz plak..heee...credit



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Healthy R Us Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez