Ceritaku sekadar perkongsian semata-mata. Bukan utk mengaibkan mana2 pihak, hanyalah keluhan rasa...
16 Ogos 2012, Khamis - Kejadian berlaku begitu pantas skali.. Sekelip mata, semuanya ranap.. Sakit dan trauma je yg tinggal..
Ya Allah, aku sanggup bertukar nyawa dengannya jika sesuatu berlaku padanya, kerana aku sangat sayangkannya, cintakannya dan kasihkannya... Sebagai tanda sayangku, cintaku dan kasihku, aku hadiahkan titisan emasku ini hanya buatmu, puteriku... Tasnim... dengan izinMu...
Ptg itu, kelihatan kereta Honda di bahu jalan.. Kami di lane kedua.. Honda tersebut membuat pusingan U di depan JPJ Padang Jawa d tempat yg xsepatutnya..double line.. Lalu melintangkan body kereta nya dilaluan kedua. Lalu merempuh bahagian pintu kereta tempat aku duduk. Ianya berlaku begitu pantas skali.
Hubby ku cuba mengawal stereng kereta. Aku sedaya upaya memeluk baby Tasnim dgn erat. Titisan emas itu penyelamatnya. Kalau aku xbfeed, mungkin baby Tasnim pun akan cedera atau tercampak ntah ke mana..
Tasnim dalam dakapanku semasa kemalangan itu berlaku. Sedang menikmati susuku. Aktiviti paling aku suka buat setelah aku naik kereta, Tasnim akan duduk dlm posisinya tanda untuk bfeed. Aku suka bfeed Tasnim setelah naik kereta. Dengan manja, dia akan menikmati titisan emas itu..
Aku terhantuk di cermin kereta dan akhirnya pecah. Tiba2 semua nya blackout. Aku pengsan seketika. Air susuku meleleh, kerana Tasnim telah pun di ambil oleh hubby ku untuk ditenangkan. Aku sedar bbrp seketika kemudian. Aku cuma dpt melihat hby ku dan baby Tasnim yg menangis sekuat hatinya. Hby memberinya padaku. Aku memeluknya dalam keadaan yg sayu. Aku memberinya susuku untuk ditenangkan. Dengan rakus dia menghisap, aku dlm keadaan xbermaya, tp berusaha juga gagahkan diri demi Tasnim. Kalau boleh, dakapannya itu seakan tidak mahu berpisah denganku. Sedih, pilu, sayu dengan situasi itu.
Aku memeriksa seluruh anggota badannya. Tiada kecederaan. Tp byk betul serpihan kaca di atas kepalanya. Sedang menunggu utk dibawa ke hospital. Aku terus bfeed tanpa malu.. Dengan berbekalkan kekuatan yg ada, aku bfeed Tasnim tanpa alasan.. Titisan emas itu menyelamatkannya, titisan emas itu menenangkannya, titisan emas itu menghubungkan kami.. Titisan emas itu sebab untuk aku kuatkan diri.. Titisan emas itu sgt magic..
Ya Allah, terima kasih dgn kurniaanMu dgn titisan emas ini. Sudah hampir 1tahun 7bln aku dibekalkan dgn titisan emas ini sbg makanan buat Tasnim.. Syukur Alhamdulillah..
Setelah aku sampai DEMC, aku telah di X-ray utk pemeriksaan pd kepala. Sepanjang kejadian tu sehingga arini, aku masih lagi sakit kepala.
Takpe, takpe.. Vitamin2 ku, bertindak dan berkesanlah dengan izin Allah dlm badanku ini.. Wahai titisan emasku, terima kasih kerana selalu ada dikala Tasnim perlukanmu.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Setiap yg berlaku ada sesuatu hikmah yg tersembunyi.. Mungkin ada rezeki yg lg besar akan datang.. Insya Allah..
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin..
0 comments:
Post a Comment