Kisah susu ibu

Nukilan Mama Ain

Aku ade terdapat satu email, kisah ibu-ibu yang berkorban menyusukan anak mereka serta anak-anak yang kehilangan ibu ketika saat kawasan mereka dilanda bencana dengan kata lain darurat.

1st kisah seorang ibu yang sedang di ambang maut di bawah runtuhan banggunan ketika gempa bumi di Sichuan China. Beliau bertindak mengguncikan badannya secara melengkung dengan tujuan untuk memudahkan anaknya menyusu sekaligus melindungi anak yang baru berusia 3-4 bulan dari ditimpa runtuhan banggunan. Pihak polis telah berjaya menjumpai bayi tersebut tanpa sebarang kecederaan, Polis juga telah menjumpai sebuah telefon bimbit yang mengandungi pesanan buat anak kecilnya.

"wahai anakku sayang sekiranya dikau selamat .. ingatlah.. ibu sentiasa menyayangimu..."




Inilah wajah si ibu yang masih lagi ingin menyusukan anaknya walaupun menyedari tubuh sudah menjadi mayat.

Kisah ke dua dari sebuah artikel yang menyatakan seorang anggota polis wanita telah bertindak memberikan susu badannya sendiri kepada anak-anak kecil yang kehilangan ibu akibat bencana.

Inilah wajah bidadari yang sanggup berkorban menyusukan bayi-bayi kecil yang sedang dalam kesusahan..

Tuhan itu Maha Mengetahui bahawa setiap pekara yang dijadikan itu mempunyai tujuan yang tersendiri. Setelah membaca kisah ini, perasaan hiba menyelubungi diri kerana tidak dapat menyusukan anak sehingga usia 2tahun , apakan daya hasrat hati memang ingin meneruskan tapi tubuh badan telah membataskan tujuan tersebut.

Kepada ibu-ibu diluar sana, hargai setiap titis susu yang keluar dari tubuh badanmu kerana setiap titis itu adalah anugerah Tuhan buat anda kepada bayi anda.

Ya Allah engkau perbanyakan susu ibu-ibu diluar sana, tanamkanlah semangat dalam diri mereka, izinkanlah mereka untuk menyusukan anak-anak mereka selama yang boleh. Amin.

BREASTFEEDING :-

B. Best for baby
R. Reduces incidence of allergies
E. Economical - no waste
A. Antibodies - greater immunity to infections
S. Stool inoffensive - never constipated
T. Temperature always correct and constant
F. Fresh milk - never goes sour in the breast
E. Emotionally bonding
E. Easy once established
D. Digested easily within two to three hours
I. Immediately available
N. Nutritionally balanced
G. Gastroenteritis greatly reduced

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Healthy R Us Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez