-
Penyusuan pertama seelok-eloknya dilakukan secepat mungkin selepas bayi dilahirkan, untnk meransang penghasilan dan pengeluaran
-
Sebelum menyusukan bayi, ibu haruslah melembutkan payudara dengan meletakkan tuala hangat pada payu dara
-
Susu badan mengandungi 87.5 peratus air. Oleh itu, bykkan minum air sekurangnya enam hingga lapan gelas sehari.
-
Semakin kerap ibu menyusukan bayinya, semakin banyak susu dihasilkan.
-
Ibu yang menyusukan secara eksklusif akan kerap lapar
-
Sepanjang
tempoh menyusu, bayi akan makan apa saja makanan yang dimakan oleh
ibunya. Ibu harus mengawal mengambilan kafein, gula kerana ia mudah
meresap dalam tubuh
-
Ibu-ibu digalakkan kerap menyusukan anak waktu malam kerana tahap prolaktin tinggi
-
Ibu hendaklah berhati-hati semasa mencuci payudara. Elakkan daripada menyapu sabun pada bahagian aerola dan puting
-
Mencuci payudara dengan air suam adalah terbaik
-
Payudara yang penuh dan tidak diperah akan menyebabkan bengkak dan rasa tidak selesa
-
Bayi
yang minum susu ibu secara eksklusif jarang diserang penyakit kerana
susu ibu mengandungi antibodi yang berupaya melawan penyakit
-
Vitamin A, B kompleks, Vitamin C dan Asid folik antara vitamin penting perlu semasa menyusukan bayi
-
Susu ibu lebih mudah dihadam berbanding susu formula
-
Menyusukan bayi dengan susu badan akan membantu tubuh ibu kembali ke bentuk asal dgn lebih cepat
-
Susu ibu berupaya meningkatkan perkembangan otak dan kognitif bayi
-
Hormon oxytocin yang terkandung dalam susu ibu membantu mengecutkan rahim
-
80 peratus sel dlm susu ibu terdiri daripada 'makrofaj'. Sel tersebut berfungsi untuk membunuh bakteria, fungus dan virus
-
Menyusukan bayi dengan susu ibu mengurangkan risiko obesiti di kalangan kanak kanak
-
Susu ibu menyediakan nisbah kandungan lemak, karbohidrat, dan protein yang tepat untuk keperluan bayi mengikut tahap umur mereka
-
Ibu yang menyusu tidak boleh mengambil ubat-ubatan tanpa nasihat doktor
0 comments:
Post a Comment