PANDUAN TINGKATKAN PENGHASILAN SUSU
Nukilan
Mama Ain
Prinsip asas penyusuan ibu dan konsep asas bg meningkatkan penghasilan susu ialah meransang payudara sekerap mungkin.Oleh itu kita perlu menyusui bayi dgn lebih kerap di samping mengamalkan panduan-panduan berikut.
1. Kosongkan payu dara
Pastikan bayi menyusu secara efektif. Kosongkan payudara dgn sempurna. Jika tidak susu akan berkurangan. Perhatikan jua posisi dan cara bayi melekap. Posisi dan cara bayi melekap yg salah boleh menyebabkan bayi tidak berjaya mengosongkan payu dara dengan baik.
2. Kerapkan sesi penyusuan
Keraplah menyusukan bayi mengikut permintaannya. Jika dia menghadapi masalah berat badan, sasarkan utk menyusu sekurang-kurangnya setengah jam hingga dua jam sekali di sinag hari dan tiga jam di waktu malam
3. Gunakan waktu bercuti sebaik-baiknya
Sewaktu bercuti,ambillah dua hingga tiga hari dan berehatlah sambil menyusukan bayi sekerap mungkin tanpa melakukan aktiviti lain yang mungkin boleh menggangu sesi penyusuan efektif
4. Susukan menggunakan kedua-dua belah payu dara
Biarkan dia menyusu sehingga puas di sebelah payu dara kemudian tawarkan sebelah payudara lagi
5. Kerapkan beralih payu dara
Lakukan amalan ini tiga kali atau lebih bg setiap sesi penyusuan,ketika bayi mengantuk atau hilang minat.Susukan dia dgn sebelah payudara sekurang-kurangnya dua kali setiap sesi penyusuan
6. Gunakan alternatif
Elakkan puting kosong dan botol susu.Jika masalah timbul ketika sesi penyusuan berlansung,gunakan alternatif seperti sudu dan cawan
7. Elakkan suplemen
Berikan bayi hanya susu ibu. Hindari makanan pejal (bayi kurang 6bulan),air dan susu formula. Bagi bayi 6 bulan ke atas,tingkatkan pemberian makanan pejal kepadanya.Ketahuilah! pemberian beberapa auns susu formula sehari kpd bayi sekalipun boleh mengganggu penghasilan susu
8. Berehatlah
Tidur ketika bayi tidur.Minum ketika dahaga.Minum air yang byk tidak membantu meningkatkan penghasilan susu.Dan makan makanan yg seimbang
9. Kerap mengepam
Menambah sesi pengepaman selepas atau antara waktu penyusuan dpt membantu.Pengepaman sgt penting apabila bayi tidak menyusu dgn efisyen tau kurang menyusu.Matlamat mengepam adalah utk mengeluarkan susu dari payu dara atau meningkatkan kekerapan payu dara menjadi kosong
10. Bahan peransang penambah susu
Pertimbangkan utk menggunakan galactagogue.contohnya,herba atau ubatan utk menambah penghasilan susu.Perlu diingat,galactagogue hanya berkesan jika amalan dan teknik penyusuan betul! Ia bukanlah jalan pintas untuk menambahkan penghasilan susu
Credit: Majalah PA&MA-Ruangan Laktasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment