Masalah Payudara
Apa patut saya lakukan jika puting saya leper atau tenggelam?”
Bermula
daripada penyusuan kali pertama, galakkan bayi untuk memasukkan
sebahagian besar mulutnya ke dalam payudara. Tarik keluar puting anda
sebelum mula menyusukan bayi dengan merangsangnya, menarik areola atau
menggunakan pengepam payudara
“Payudara saya bengkak, keras dan ia menyakitkan saya. Apa yang berlaku?”
Payudara
bengkak memang perkara yang biasaberlaku 2 hingga 4 hari selepas
bersalin. Ini menandakan susu tidak mengalir keluar denganbetul.Bagi
mengatasi masalah ini, susukan bayi secara kerap dan gunakan jaram panas
atau suam keatas payudara anda. Jika payudara masih rasakeras, perah
sedikit susu sebelum dan selepasmenyusukan bayi. Namun begitu, usah
bazirkansusu ini; simpanlah untuk diberikan kepadabayidalam tempoh 24
hingga 48 jam.
“Puting saya pedih!”
Puting
rasa pedih mungkin disebabkan olehposisi penyusuan yang tidak betul,
jangkitankandida, penggunaan pengepam payudara yangtidak betul dan
sebagainya. Untuk mendapatkepastian, bertanyalah kepada doktor.Pada
penyusuan yang berikutnya, pastikan posisiyang betul dan pastikan bayi
menghisap puting dan areola dengan betul. Mulakan penyusuanpada puting
yang kurang rasa pedih.Pakai pakaian yang longgar untuk memberi
ruangkepada puting terdedah kepada udara danmelegakan rasa pedih. Tukar
pelapik coli secarakerap dan gunakan pelindung puting untukmengelak
puting daripada bergesel denganpakaian. Oleh kerana puting anda terlalu
sensitif padawaktu ini, elakkan daripada menggunakan sabun,krim atau
losen ke atas puting. Sebaliknya,sapukan sedikit perahan susu ke atas
putinguntuk membantu menyembuhkannya.
“Saya rasa saya mengalami mastitis.”
Mastitis
berlaku apabila salur susu tersumbat menjadi jangkitan dan
menyebabkan simptom simptom seperti selsema. Segeralah berjumpa doktor.
Jika tidak dirawat, mastitis boleh menjadi abses yang memerlukan
pembedahan. Jangan berhenti menyusukan bayi. Sebaliknya,teruskan
penyusuan selagi mastitis tidak berterusan selama 3 hari atau lebih.
Malah, anda perlu lebih kerap menyusukan bayi. Pastikan posisi
penyusuan yang betul dan cara ‘melepaskan’ bayi dari payudara. Jika
inflamasi mengeluarkan nanah, susukan bayi pada payudara sebelah.
“Terdapat ketulan kecil, keras dan sakit pada payudara. Ada yang tidak kena?”
Ini
bermakna salah satu salur susu anda tersumbat. Apa yang boleh anda
lakukan ialah mengurut perlahan-lahan ketulan tersebut ke bawah mengarah
ke puting sebelum dan ketika penyusuan. Letakkan tuala lembap, hangat
ke kawasan tersebut sebelum menyusukan bayi. Jika anda memerah susu,
elakkan dari menekan tisu-tisu payudara terlalu kuat. Juga pastikan
anda tidak memakai coli yang terlalu ketat.
Masalah Susu
“Mengapa susu saya tidak mencukupi?”
Keadaan
ini mungkin disebabkan anda tidakmemulakan penyusuan awal atau tidak
menyusukan bayi dengan kerap. Penyelesaiannyamudah sahaja: susukan
bayi bila-bila masa dia berasa lapar. Susukan bayi pada kedua-dua
belah payudara dan jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2
jam. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan
bayi.Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi
memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan
perkara-perkara berikut:• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan
Piramid Pemakanan.• Banyakkan minum air sepanjang hari.• Hanya ambil
suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.• Makan pelbagai jenis makanan
yang kaya dengan nutrien
“Tolong! Aliran susu saya semakin berkurangan!”
Adakah
anda membenarkan bayi menghisap susu sekerap yang dia inginkan?
Adakah anda menyusukan bayi dari sebelah payudara sahaja? Adakah anda
telah memberi bayi makanan lain selain daripada susu terlalu awal?
Adakah anda mengurangkan kekerapan penyusuan? Malah perasaan tertekan
atau kurang keyakinan tentang kemampuan anda untuk menyusukan bayi
juga boleh menyebabkan susu berkurangan.
“Susu saya tumpah.”
Usah
risau kerana ketumpahan susu di antara waktu menyusu menandakan anda
mempunyai bekalan susu yang baik. Yang lebih baiknya, ketumpahan susu
dapat mengelakkan bengkak payudara! Bagi mengelakkan susu daripada
menembusi pakaian anda, pakailah pelapik coli dan tukar pelapik secara
kerap kerana kulit yang lembap boleh menyebabkan rasa pedih.
“Bolehkah saya kembali menyusukan bayi selepas berhenti berbuat demikianuntuk satu tempoh tertentu?”
Ya,
anda boleh. Sekerap yang boleh, berikan bayipeluang untuk menghisap
dari payudara untukmerangsang penghasilan susu. Lakukannyadengan sabar
selama beberapa hari dan andaakan dapati payudara anda akan
mulamenghasilkan susu. Doktor anda juga bolehmemberi beberapa preskripsi
ubat danmencadangkan makanan untuk merangsangpenghasilan susu.
“Bolehkah saya menyusukan bayi jika saya sudah memberinya minum susu formula?”
Sudah
tentu! Bincangkan hal ini dengan doktor anda. Dia boleh memberi
beberapa preskripsi ubat untuk merangsang penghasilan susu. Anda juga
boleh berbincang dengan pakar laktasi yang boleh memberi nasihat
berhubung penyusuan semula.
Masalah berhubung baby
“Bayi saya tidak mahu menyusu badan!”
Yang
penting didahulukan: periksa dengan pakar pediatrik untuk memastikan
bayi anda tidak sakitatau cedera. Jika bayi dalam keadaan baik, dia
mungkin enggan menyusu kerana rasa cemas –dia dan anda! Cuba bertenang.
Susukanlah bayidi dalam bilik yang sunyi dan berikan sepenuhperhatian
kepadanya. Tenangkan bayi dengan sentuhan kulit ke kulit di antara
penyusuan.Untuk menenangkannya, elakkan bayi daripada dikerumuni oleh
ahli keluarga yang datang berziarah, melakukan perjalanan jauh atau
mengalami perubahan jadual yang ketara.
“Bayi saya menangis dan meragam. Apa yang patut saya buat?”
Bayi
mungkin meragam ketika tumbesaran meningkat atau sebelum pancutan
susu kerana dia tidak sabar dengan aliran susu yang laju. Diamungkin
meragam pada sebelah payudara keranasusu lebih banyak pada sebelah
payudara sahaja.Jika bayi meragam pada penghujung penyusuan,ini mungkin
menandakan dia sudah kenyang,mahu disendawakan atau sekadar
mahumenghisap.Keadaan ini juga mungkin berpunca daripada pemakanan anda.
Adakah anda mengambilmakanan tertentu yang sama pada setiap kali bayi
anda meragam? Jika ya, berhenti mengambil makanan tersebut selama
seminggu dua dan perhatikan sama ada keadaannya bertambah baik.Bayi
meragam pada waktu petang merupakan satu perkara biasa. Cuba susukannya
dalam kuantiti yang sedikit secara kerap dan disertai dengan dakapan
dan membawanya berjalan-jalan.
“Aduh! Bayi saya menggigit puting ketika menyusu.”
Apabila
ini terjadi, alihkan bayi perlahan-lahan dan katakan dengan tegas,
“Jangan gigit mama.”Serahkannya kepada orang lain untuk seminit sebelum
mengambilnya semula untuk disusukan.Ini mengajarnya bahawa dia tidak
dapat menyusu jika dia menggigit.Jika bayi menggigit pada penghujung
penyusuan,cuba lepaskan hisapannya lebih awal sedikitdaripada
kebiasaannya (setelah dia kenyang).Bayi mungkin menggigit jika dia
mengalami selsema atau hidungnya tersumbat kerana iniboleh menjejaskan
cara dia menghisap. Dia juga mungkin menggigit ketika mula tumbuh
gigi.Cuba berikannya sesuatu untuk dikunyah sebelum dan di antara
penyusuan seperti gegelang gigit, tuala muka yang dibekukan atau jari
anda.
“Bayi saya enggan menyusu apabila dia tidak sihat. Perlukah saya terus cuba menyusukannya?”
Sakit tekak atau jangkitan telinga bolehmenyebabkan bayi hilang selera. Galakkannya menyusu
dengan posisi yang berbeza –terutamanya bila dia dalam keadaan tegak.
Suakan payudara anda kepadanya pada setiap jam. Jika bayi masih
enggan menyusu, cubaberikannya perahan susu menggunakan sudu.
“Bagaimana saya boleh tahu jika bayisaya mengalami cirit-birit?”
Bayi
anda mungkin membuang air besar beberapa kali dalam sehari. Najisnya
lembut, berwarna kuning cair atau coklat keemasan, cair dengan sedikit
berbiji. Selagi najisnya mempunyai tekstur dan warna yang normal,
usah khuatir dengankekerapannya membuang air besar. Akan tetapi,jika
bayi anda tiba-tiba membuang air besar dengan kerap, atau jika
najisnya cair atau berair dan berbau busuk, dia mungkin mengalami
ciritbirit. Cirit-birit juga boleh menyebabkan punggung bayi menjadi
merah.Cirit-birit menyebabkan kehilangan cecair yang banyak dari tubuh
dan boleh mengancam nyawabayi. Jadi, segeralah membawa bayi berjumpa
doktor.
“Bayi saya di dalam hospital. Boleh saya masih menyusukannya?”
Tentu
boleh. Sila maklumkan pasukan penjagaan kesihatan tentang keputusan
anda untuk menyusukan bayi. Jika bayi tidak boleh menghisap, mereka
akan mengajar anda cara untuk memerah susu baginya.
Masalah berhubung Ibu
“Saya suka menyusukan bayi tetapi ada kalanya ia meletihkan saya. Bagaimanakah hendak mengembalikan semangat saya?”
Penyusuan
susu ibu ada kalanyamemerah tenaga yang banyak dan boleh meletihkan
emosi.Beri perhatiankepada keperluan anda dan cuba pastikan anda bebas
daripada stres. Apabila anda rasa mula letih, cuba susukan bayi pada
posisi yang tidak meletihkan anda danbayi. Ramai ibu yang berpendapat
menyususambil berbaring merupakan cara yang baik untuk bayi sambil
berehat. Bersenam juga satu pendorong yang baik dan boleh memberi
manfaat kepada anda secara fizikal dan emosi. Berjalan pantas, eraerobik
secara sederhana dan senaman di dalam air adalah senaman yang
terbaik. Lakukannya perlahan-lahan kerana senaman yang keterlaluan
boleh membuat anda letih untuk menyusukan bayi. Apa yang lebih penting, berehatlah di antara waktu bersenam dan pastikan anda makan dengan sempurna untuk mengekalkan tenaga ..(boleh
cuba supplemen natural Shaklee...mengurangkan stress..kekal
bertenaga... good for mothers and babies too....saya dah amalkan 13
tahun dan sangat berpuashati!)Ambil sedikit masa untuk tidak bersama bayi dan melakukan kerja rumah. Sesekali, luangkan masa untuk keluar dari rumah. Cahaya matahari dan udara segar boleh menjadi terapeutik.Peruntukkan masa untuk perkara-perkara yang anda sukai: membaca buku, bertemu kawan,mendengar muzik atau tidur sekejap.
“Saya terlalu murung untuk menyusukan bayi. Kenapa dengan diri saya?”
Anda
mengalami masalah kemurungan. Ia biasa berlaku pada ibu-ibu baru
beberapa hari selepasbersalin. Rasa kecewa bukanlah petandakelemahan
atau kegagalan dan ia tidakmenjejaskan kemampuan anda untuk menjagabayi.
Jujurlah dengan perasaan anda dan kongsikan perasaan itu dengan
seseorang yanganda percayai – suami, doktor atau jururawat adalah orang
yang terbaik. Kemurungan biasanyatidak akan berlanjutan lebih daripada
2 minggu.
Pengalaman
menyusukan bayi mungkin dilalui tanpa sebarang masalah oleh
sebilangan ibu manakala ada juga yang sebaliknya. Usah berputus asa
jika anda mendapati ia sedikit mencabar. Menyedari masalah-masalah yang mungkin timbul dapat membantu anda bertindak lebih awal dan menangani masalah tersebut dengan lebih yakin. credit:
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Insya ALLAH. Sekiranya anda ada masalah, kami sedia membantu.Call / msg / whatsapp / pm saya untuk keterangan dan nasihat percuma... 019-3347834 - mama ain
0 comments:
Post a Comment