Bercium - perkongsian untuk pasangan yang dah kahwin
Ahli perubatan mendapati bahawa bercium itu baik untuk kesihatan. Kenapa yer? Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa seronok, tenang dan nikmat, tapi ciuman juga dikatakan untuk melawan pelbagai penyakit.
Keistimewaan dan kelebihan bercium :
1) Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem pengaliran darah kita. Ketika berciuman, degup jantung makin cepat hingga mencapai 110 degupan jantung seminit. Cuba dgr degupan jantung anda...
2) Setelah berciuman, paru-paru akan bekerja lebih keras. Tarikan nafas selepas bercium adalah kira-kira 60 seminit (nafas normal hanya 20 kali seminit.) Maka bercium adalah baik untuk mencegah penyakit lemah paru-paru. Senang je untuk mengelakkan penyakit lemah paru-paru.
3) Sesetengah doktor gigi percaya, bahawa bercium dapat mencegah gigi daripada mudah berlubang. Ciuman akan membuatkan rembesan air liur berlaku yang mananya boleh meneutralkan cecair berasid yang menyebabkan kerosakan gigi. Selepas ini, byk klinik gigi akan tutup kalau ramai yg bercium.
4) Proses ciuman yang berlaku melebihi 3 minit membantu seseorang menghadapi tekanan hidup atau melawan stress. Bercium dalam waktu yang lama boleh menghindari hormon penyebab tekanan atau stress. So, kalau stress je, terus g cium pasangan.
5) Pasangan yang mengamalkan tabiat bercium ketika berpisah hendak pergi bekerja setiap pagi contohnya, dikatakan mampu memberikan lebih masa hidup 5 tahun lebih lama daripada mereka yang tidak melakukan rutin bercium ini. So, jgn bercium masa mula2 kahwin je...
6)Ciuman mampu memberikan keyakinan diri dan rasa dihargai. Ciuman akan membuatkan seseorang merasa dihargai dan memberikan ketenangan diri kepada kedua-dua pihak.. Sangat hebat!!!
7) Ciuman dapat membakar kalori sehingga 2-3 kalori seminit dan meningkatkan kadar metabolisma seseorang. Malah ada yang mendakwa bahawa ciuman yang dilakukan dengan penuh ghairah sebanyak 3 kali sehari (iaitu sekurang-kurangnya 20 saat setiap kali bercium) boleh membantu mengurangkan berat badan. Cara ini adalah cara plg senang untuk diamalkan.
8) Ciuman yang dilakukan dengan penuh perasaan mampu menghilangkan ketegangan, mengurangkan tenaga negatif, membangkitkan rasa sihat dan juga mengurangkan rembesan hormon penyebab tekanan. Ciumlah pasangan anda untuk mengekalkan kesihatan sepanjang hari.
9) Aktiviti bercium menggunakan sekurang-kurangnya 30 otot wajah dan ini boleh mencegah pipi dari menjadi kendur. Otot pipi yang menegang semasa ciuman ghairah yang dilakukan dikatakan mampu membantu kulit menjadi lebih halus dan meningkatkan peredaran darah. Peredaran darah akan lancar jika asyik bercium je keje...
10) Bercium adalah sangat baik untuk jantung kerana ia menurunkan kadar tekanan darah dan kolesterol. Sesape yang berkenaan tuh, bolehlah amalkan, nnt bg testimoni kat saya yer?
11) Mereka yang sering berciuman didapati jarang menghadapi masalah perut. Sesape sakit perut tuh, mesti jrg bercium..kan, kan?
12) Semasa bercium, antibiotik akan dirembeskan keluar melalui air liur. Air liur ini dikatakan bertindak sebagai anestetik yang membantu mengurangkan rasa sakit. Perciuman yang hebat dalam menghasilkan antiobiotik semulajadi.
Yang belum kahwin, jgn amalkan yer... Maka, jom lah kita amalkan cara hidup sihat... Tak salah kalau bercium dengan pasangan... Bukan org lain pun...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment